Şehzade Mehmed

Şehzade Mehmed
Keputeraans. 1521
Empayar Uthmaniyyah
Kemangkatan6 November 1543(1543-11-06) (umur 21–22)
Istanbul, Empayar Uthmaniyyah
PemakamanMasjid Şehzade, Istanbul
AnakandaHümaşah Sultan
DinastiUthmaniyyah
AyahandaSuleiman al-Qanuni
BondaHürrem Sultan
AgamaIslam

Şehzade Mehmed (1521–1543) adalah seorang putera Uthmaniyah (şehzade), anak lelaki kepada Sultan Suleiman al-Qanuni dan Hürrem Sultan.[1] Beliau telah ditugaskan untuk memerintah Manisa selepas abang beliau Şehzade Mustafa dihantar ke Amasya.

Biografi

Kelahiran Mehmed mengubah status harem, menandakan permulaan kebangkitan Hürrem di istana. Para sejarawan berkata Mehmed hampir seiras dengan abang tiri beliau, Mustafa dan beliau menjadikan abang tiri beliau sebagai contoh, dan memiliki hubungan yang baik dengan beliau sejak kecil. Evliya Çelebi memperincikan Mehmed sebagai seorang "putera yang memiliki kehalusan kualiti lebih baik daripada. Beliau memiliki kecerdikan tajam dan pertimabangan yang adil"[2] dan Suleiman berniat beliau akan menjadi pengganti beliau sekiranya Mehmed tidak meninggal dunia. Mehmed terlibat dalam Pengepungan Esztergom yang berjaya bersama-sama ayahanda beliau. Apabila Suleiman menugaskan Mustafa untuk memerintah Amasya, tempat beliau sebagai pemerintah Manisa telah diambil alih oleh Mehmed.

Satu-satunya anak Mehmed adalah Hümaşah Sultan.

Kematian

Terdapat beberapa pandangan berbeza berkaitan dengan kematian Mehmed. Berdasarkan beberapa para sejarawan, beliau meninggal dunia di sebabkan penyakit cacar. Berdasarkan pendapat lain, beliau mati biasa. Penting untuk dicatatkan bahawa Mehmed meninggal dunia pada tahun yang sama beliau pergi berperang bersama-sama dengan ayahanda beliau dalam Pengepungan Esztergom.

Selepas kematian Mehmed, Suleiman telah memerintah arkitek imperial yang terkenal, Mimar Sinan untuk membina Masjid Şehzade di Istanbul bagi memperingati Mehmed. Suleiman juga mencipta sebuah elegi untuk anak lelaki kesayangan beliau, Mehmed yang meninggal dunia pada 1543 dan mengakhiri sajak dengan sebaris ayat "Paling Terhormat dalam Para Putera, Sultan Mehmed ku" yang mana jumlah perkataannya bersamaan dengan tahun kematian anak lelaki beliau.[3][4] Fakta kematian Mehmed yang memberi peluang penting kepada Suleiman untuk menjadi penaung senibina untuk rakyat Uthmaniyah mempercayai bahawa Mehmed merupakan anak kesayangan. Fakta akan Suleiman bukan sahaja membina sebuah masjid untuk Mehmed, tetapi membinanya di Istanbul seperti beliau adalah seorang sultan (kebiasaannya şehzade akan dikebumikan di Bursa mengikut adat) mencerminkan betapa sayangnya sultan kepada anak lelaki beliau ini.

Lihat juga

  • Empayar Uthmaniyyah
  • Dinasti Uthmaniyyah
  • Salasilah keluarga Uthmaniyyah
  • Senarai pewarisan takhta Uthmaniyyah
  • Senarai ibu Sultan Uthmaniyyah
  • Senarai permaisuri Sultan Uthmaniyyah

Bacaan lanjut

  • Peirce, Leslie P., The Imperial Harem: Women and Sovereignty in the Ottoman Empire, Oxford University Press, 1993, ISBN 0-19-508677-5 (paperback).
  • Yavuz Bahadıroğlu, Resimli Osmanlı Tarihi, Nesil Yayınları, 15th Ed., 2009, ISBN 978-975-269-299-2 (Hardcover).

Rujukan

  1. ^ Peirce, Leslie P. (1993). The Imperial Harem: Women and Sovereignty in the Ottoman Empire. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-508677-5.
  2. ^ "Fisher. Suleyman and His Sons". Coursesa.matrix.msu.edu. Dicapai pada 2017-02-26.
  3. ^ "SULEYMAN THE MAGNIFICENT - POET". Web.archive.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-03-09. Dicapai pada 2017-02-26.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-28. Dicapai pada 2017-05-31.
  • l
  • b
  • s
Putera-putera Uthmaniyyah
Generasi pertama
  • Alaeddin Pasha
  • Orhan
Generasi ke-2
  • Süleyman Pasha
  • Murad I
  • Şehzade Halil
Generasi ke-3
  • Savcı Bey
  • Bayezid I
Generasi ke-4
  • Süleyman Çelebi
  • İsa Çelebi
  • Mehmed I
  • Musa Çelebi
  • Mustafa Çelebi
Generasi ke-5
Generasi ke-6
Generasi ke-7
Generasi ke-8
  • Şehzade Ahmet
  • Şehzade Korkut
  • Selim I
Generasi ke-9
Generasi ke-10
Generasi ke-11
Generasi ke-12
Generasi ke-13
Generasi ke-14
Generasi ke-15
Generasi ke-16
Generasi ke-17
Generasi ke-18
Generasi ke-19
  • Abdulmejid I
  • Abdulaziz
Generasi ke-20
Generasi ke-21
  • Şehzade Mehmed Selaheddin
  • Şehzade Mehmed Selim
  • Şehzade Mehmed Abdülkadir
  • Şehzade Mehmed Abid
  • Şehzade Mehmed Ziyaeddin
  • Şehzade Ömer Hilmi
  • Mehmed Ertuğrul Efendi