B-57 Canberra

B-57 Canberra
B-57 di ruang udara Teluk Chesapeake, Maryland
Peranan Pesawat pengebom
Pengeluar Martin
Penerbangan sulung 20 Julai 1953
Diperkenalkan 1954
Status Dibersarakan (2 buah masih digunakan oleh NASA)
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Pakistan
Tentera Udara Republik China
Jumlah dibina 403
Kos seunit AS$1.26 juta (B-57B)[1]
Dibangunkan dari English Electric Canberra

B-57 Canberra merupakan sebuah pesawat pengebom yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk menjalankan misi-misi pengeboman dan peninjauan mulai tahun 1950-an. Kapal terbang ini pada asalnya diasaskan kepada pesawat English Electric Canberra buatan British.

Sejarah

Versi B-57B menjadi versi muktamad pesawat pengebom ini, dan mempunyai beberapa pengubahsuaian. 4 stesen senjata dipasangkan di bawah sayap kapal terbang ini untuk membolehkan lebih banyak senjata dibawa. Kapal terbang ini juga diberikan persenjataan 8 pucuk mesingan of 0.50 in (12.7 mm) Browning M2 dan kemudiannya digantikan dengan 8 pucuk meriam 20 mm jenis M39.

Penerbangan sulung B-57B dilakukan pada 18 Jun 1954. Pesawat jenis B-57 pada awalnya menghadapi beberapa masalah seperti kerosakan enjin dan kegagalan pengerak sayap ekor menyebabkan beberapa pesawat menjunam ke tanah. Tentera Udara Amerika Syarikat menganggapkan pesawat B-57 ini tidak sesuai untuk tugasan pencerobohan malam dan Martin mengambil langkah meningkatkan peralatan elektronik pesawat ini. Menjelang tahun 1957, Tentera Udara Amerika Syarikat menerima pesawat F-100 Super Sabre ke dalam perkhidmatan skuadron, dan B-57 diputuskan untuk dikeluarkan daripada perkhidmatan. Persaraan pesawat ini ditangguhkan kerana Perang Vietnam.

Penempatan pesawat B-57B di Bien Hoa bermula dalam bulan November 1964 dengan perlanggaran di antara 3 buah pesawat semasa tiba! 5 buah pesawat lagi musnah dalam serangan mortar oleh Viet Cong dan 15 lagi rosak. Misi pengeboman bermula pada 19 Februari 1965 dalam Operasi Rolling Thunder. Pesawat B-57 biasanya dipasangkan 9 butir bom 500 lb (227 kg) di dalam badan pesawat dan 4 butir bom 750 lb (340 kg) di bawah sayap.

Dalam bulan April 1965, pesawat B-57B mula membuat serangan waktu malam dibantu oleh pesawat lampu suar dan pesawat peperangan elektronik jenis EF-10B Skyknight. Pada 16 Mei 1967, sebuah pesawat b-57B meletup di atas landasan di Bien Hoa, dan menyebabkan kemusnahan 10 buah B-57B yang lain, bersama-sama 11 buah kapal terbang A1 Skyraider dan sebuah kapal terbang F-8 Crusader.

Akibat pelumpuhan perang, peswat B-57 dihantar ke Phan Rang di mana mereka menyertai serangan membantu operasi tentera di kawasan tersebut bersama-sama pesawat pengebom English Electric Canberra milik Tentera Udara Diraja Australia. Daripada 94 buah pesawat B-57 yang dihantar ke Vietnam, 51 buah menjadi korban perang dan pada akhir tahun tahun 1969, hanya 9 buah sahaja yang masih tinggal.

Pengguna

Pengguna pesawat English Electric Canberra (biru tua) dan B-57 (biru muda).[2]
Pesawat pengebom B-57 semasa operasi dalam Perang Vietnam.
Pakistan
 Republik China
 Amerika Syarikat

Spesifikasi (B-57B)

Data dari Quest for Performance[5]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 65 kaki 6 in (20.0 m)
  • Rentang sayap: 64 kaki 0 in (19.5 m)
  • Tinggi: 14 kaki 10 in (4.52 m)
  • Sayap luas: 960 kaki² (89 m²)
  • Berat kosong: 27,090 lb (12,285 kg)
  • Berat berisi: 40,345 lb (18,300 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 53,720 lb (24,365 kg)
  • Loji kuasa: 2× Wright J65-W-5 turbojet, 7,220 lbf (32.1 kN) setiap satu

  • Pemalar seretan angkatan kosong: 0.0119
  • Kawasan seretan: 11.45 kaki² (1.06 m²)
  • Kadar aspek: 4.27

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 0.79 (598 bsj, 960 km/j) at 2,500 kaki (760 m)
  • Kelajuan sederhana: 476 bsj (414 knot, 765 km/j)
  • Kelajuan menegun: 124 bsj (108 knot, 200 km/j)
  • Jejari bertempur: 950 batu (825 batu nautika, 1,530 km) dengan bom seberat 5,250 lb (2,380 kg)
  • Jarak maksimum: 2,720 batu (2,360 batu nautika, 4,380 km)
  • Lelangit khidmat 45,100 kaki (13,745 m)
  • Kadar kenaikan: 6,180 kaki/min (31.4 m/s)
  • Beban sayap: 42 lb/kaki² (205 kg/m²)
  • Tujahan/berat: 0.36
  • Kadar angkatan kepada berat: 15.0

Persenjataan

  • Meriam: 4× meriam M39 berkaliber 20 mm dengan 290 butir peluru/meriam
  • Bom:
    • 4,500 lb (2,000 kg) dalam ruang bom termasuk bom nuklear
    • 2,800 lb (1,300 kg) di empat tenggekan luar termasuk roket tanpa panduan

Avionik

  • Sistem Panduan Radar Pengeboman Udara APW-11
  • Sistem Pengeboman SHORAN
  • Penerima Amaran Radar APS-54

Rujukan

  1. ^ Knaack, Marcelle Size (1988). Post-World War II bombers, 1945-1973. Office of Air Force History. ISBN 0-16-002260-6.
  2. ^ Jones, Barry (2006). "A Nice Little Earner". Aeroplane. 34 (10): pp. 93–97. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |quotes= (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  3. ^ National Center for Atmospheric Research, Boulder, CO
  4. ^ Mikesh, Robert C. "Martin B-57 Canberra. The Complete Record", p.162
  5. ^ Loftin, LK, Jr. "Quest for performance: The evolution of modern aircraft. NASA SP-468". Dicapai pada 2006-04-22.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

  • English Electric Canberra

Pesawat setanding

  • AJ Savage
  • Avro CF-100
  • B-45 Tornado
  • Ilyushin Il-28
  • Martin XB-51

Senarai berkaitan

  • Senarai pesawat pengebom
  • Senarai pesawat tentera Amerika Syarikat
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan