Bahasa Basque
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Bahasa Baskuh
Bahasa Baskuh | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Euskara | |||||||
Asli kepada | Sepanyol dan Perancis | ||||||
Kawasan | Negara Baskuh | ||||||
Penutur bahasa | 1,033,900 (bahasa pertama: 700,000 | ||||||
Keluarga bahasa | Bahasa pencilan (lihat bawah) | ||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Euskadi dan Navarre (Sepanyol) | ||||||
Dikawal selia oleh | Euskaltzaindia | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | eu | ||||||
ISO 639-2 | baq (B) eus (T) | ||||||
ISO 639-3 | eus | ||||||
dialek-dialek bahasa Baskuh |
Bahasa Baskuh (Euskara; Sepanyol: euskeracode: es is deprecated atau vasco, Perancis: basquecode: fr is deprecated ) adalah bahasa yang dituturkan oleh orang Baskuh yang mendiami kaki gunung-ganang Pyrene di utara Sepanyol dan barat daya Perancis yang terangkum sebagai Negara Baskuh (Euskadi), kawasan Baskuh Sepanyol mempunyai kepentingan kebudayaan dan politik khusus sebagai suatu komuniti berautonomi ditadbir kerajaan negara tersebut. Penutur bahasa ini juga menduduki sebahagian besar kawasan Negeri Baskuh Utara (Pays basque nord) dalam Pyrénées-Atlantiques dan Navarre di Sepanyol. Nama setempat piawai bahasa ini adalah euskara; dalam dialek-dialek lain adalah euskera, eskuara dan üskara. Walaupun geografi penuturannya dikelilingi kawasan tuturan bahasa-bahasa serumpun Indo-Eropah, ia dipercayai adalah bahasa terasing yang unik. Ia bukan bahasa Indo-Eropah, malahan kajian linguistik mendapati ia tidak tergolong dalam mana-mana rumpun bahasa lain di dunia.
- l
- b
- s