Bangsar Selatan

papan tanda Bangsar Selatan

Kampung Kerinchi asalnya merupakan kawasan perkampungan utama dan luas di Kuala Lumpur, Malaysia. Namun, kini ia telah mengalami transformasi pembangunan yang drastik, sekaligus menamai projek pembangunan hartanah berintegrasi di pinggiran bandaraya Kuala Lumpur. Kerinchi juga kini lebih dikenali sebagai Bangsar Selatan (Bangsar South).

Kawasan Kerinchi terletak berdekatan dengan beberapa mercu tanda umum di Kuala Lumpur seperti bangunan Telekom Malaysia Kuala Lumpur, berdekatan dengan Mid Valley Megamall. Bangunan Angkasapuri terletak di atas Bukit Putra selain terletak bersempadan dengan Petaling Jaya. Ramai pelajar tinggal di kawasan ini disebabkan ia berdekatan dengan kampus induk Universiti Malaya, serta terdapat Pusat Perubatan Universiti Malaya di situ.

Kerja-kerja penaiktarafan kawasan yang berukuran 60-ekar (240,000 m2) ini dibangunkan oleh UOA Holdings Berhad selaku syarikat yang bertanggungjawab mendapatkan sebidang ekar tanah di Kampung Kerinchi sejak tahun 2005. Antara projek perumahan sedia ada dalam lingkungan terhampir di kawasan Kerinchi termasuklah Projek Perumahan Rakyat (PPR), apartmen dan flat mampu milik seperti Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi dan Flat Sri Angkasa. Projek terbaharu, The Bangsar South, dijangka dapat membangunkan lagi kawasan Kerinchi pada masa depan. The Bangsar South merangkumi binaan menara dengan sentuhan moden dan kontemporari, kondominium hartanah kos pertengahan dan tinggi dan beberapa ruang komersial dan kedai aneka dalam satu hab perniagaan.

Sebelum pembinaan, pemaju telah merangka pelan penaiktarafan Kampung Kerinchi pada tahun 2007, justeru membawa kepada projek pelebaran jalan masuk utama, jambatan pejalan kaki berbumbung yang panjang menghubungkan Stesen LRT Kerinchi ke Kompleks Bangsar South dan kerja-kerja pemetaan landskap kontemporari.[1][2]

Penjagaan kesihatan

Menara LifeCare ialah pusat perubatan yang dibina bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan oleh masyarakat dan penduduk sekitar. Ia telah mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2012. Selain itu hospital milik Universiti Malaya iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya juga turut menyediakan perkhidmatan kelas terbaik yang lengkap pada kadar yang murah dan berpatutan.

Kemudahann dan infrastruktur lain

  • Stesen LRT Kerinchi
  • Stesen LRT Universiti
  • Stesen Komuter Angkasapuri
  • Menara Telekom
  • Masjid Angkasapuri
  • Mid Valley Megamall

Wakil Rakyat

Bangsar Selatan di bawah kawasan perkhidmatan Ahli Parlimen P121 Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Fahmi Fadzil.

Rujukan

  1. ^ "Making of the 'new' Bangsar". 2009-07-06.
  2. ^ "UOA sets out to remake Kampung Kerinchi". 2007-12-21.

Pautan luar

  • Tapak Rasmi Bangsar South (Inggeris)
  • l
  • b
  • s

  • l
  • b
  • s
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Topik
Zon pembangunan
Daerah polis
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Wilayah Persekutuan Bahagian pilihan raya di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
P114 Kepong · P115 Batu · P116 Wangsa Maju · P117 Segambut · P118 Setiawangsa · P119 Titiwangsa · P120 Bukit Bintang · P121 Lembah Pantai · P122 Seputeh · P123 Cheras · P124 Bandar Tun Razak
Putrajaya
P125 Putrajaya
Labuan
P166 Labuan
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori