Bank Sony

Sony Bank, Inc.
Ibu pejabat di Chiyoda, Tokyo
Nama asliソニーバンク, ソニー銀行
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriPerbankan
Ditubuhkan11 Jun 2001 (2001-06-11)
Ibu pejabatNishikichō, Tokyo, Jepun
Tokoh pentingKeiji Minami (Presiden dan CEO)[1]
KeluaranDeposit wang asing, amanah pelaburan, pinjaman perumahan
Pendapatan bersih¥6.6 billion (2019)
Jumlah aset¥3,079.4 billion (2019)
PemilikSony
Bilangan kakitangan455 (2015)
Syarikat indukSony Financial Holdings
Tapak websonybank.net
Instagram: sonybank_jp Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sony Bank, Inc. (ソニー銀行株式会社code: ja is deprecated ) ialah sebuah bank komersial Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2001. Bank ini beroperasi sebagai bank tanpa fizikal dengan tiada cawangan atau mesin ATM disediakan. Ia merupakan salah satu daripada bank atas talian terbesar di Jepun.

Bank Sony merupakan anak syarikat Sony Financial Holdings[2] iaitu salah satu daripada cabang perniagaan utama yang dikendalikan Sony Group Corporation. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah pendepositan wang asing, unit amanah pelaburan dan pinjaman perumahan.


Sejarah

Kelonggaran beberapa peraturan di Jepun pada penghujung 1990-an menggalakkan syarikat-syarikat meluaskan perniagaan mereka dalam sektor perbankan buat pertama kali[3].

Pada Mac 2000, Sony memutuskan untuk menubuhkan sebuah bank yang beroperasi sepenuhnya atas talian apabila mereka mula melakukan persiapan dalam memperolehi lesen perbankan[4]. Sony telah bekerjasama dengan Bank Sakura (kini Sumitomo Mitsui) yang akan menawarkan kepakaran mereka dalam industri perbankan serta pembangunan akses kepada mesin juruwang automatik (ATM)[4][5].

Pada bulan Januari 2001, Sony mengumumkan bahawa mereka telah memohon penghakiman awal untuk lesen perbankan, di mana pada ketika itu Sony menjangkakan pengoperasian bermula Jun 2001 dengan pekerja seramai 80 orang[6]. Pada bulan Mac 2001, permohonan penghakiman awal telah dijalankan dan Sony membuat permohonan rasmi untuk memperoleh lesen perbankan dengan penubuhan Sony Bank Incorporate pada April 2001 manakala operasi dijangka bermula Jun 2001[7].

Sony berdepan cabaran semasa dalam proses menubuhkan Bank Sony. Pada tahun 2001 selepas Bank Sony ditubuhkan, penggunaan Internet di Jepun adalah sangat terhad berbanding di Amerika Syarikat[8].

Bank Sony mula beroperasi secara rasmi pada 11 Jun 2001. Ia bermula dengan modal permulaan sebanyak ¥37.5 bilion dan dikendalikan seramai 80 orang staf. Pada jam pertama selepas bermulanya operasi, Bank Sony merekodkan sejumlah 340 permohonan pembukaan akaun atas talian. Pada ketika itu, mereka menawarkan perkhidmatan pendepositan yen, unit amanah pelaburan, kad kredit dan pembayaran melalui bank[8]. Bank Sony membangunkan perisian yang dikenali sebagai "MoneyKit" yang membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian seperti melihat baki akaun, melabur dalam unit amanah atau membuat permohonan pinjaman[9].

Pada bulan Julai 2011, Bank Sony bercadang untuk mengembangkan perniagaan mereka untuk pasaran Australia dengan merancang untuk menjalankan kajian kebolelaksanaan sebelum membuka cawangan baru[10]. Namun begitu, rancangan untuk membuka cawangan baru di Australia telah dihentikan pada Disember 2013[11].

Pada bulan Julai 2015, Bank Sony mula menawarkan kembali perkhidmatan kad kredit selepas bank menghentikan permohonan baru bermula pada bulan Julai 2011[12]. Had maksimum pinjaman menerusi kad kredit ini ditetapkan pada ¥8 juta[12].


Pemilikan

Di awal penubuhan Bank Sony pada tahun 2001, Sony memegang sebanyak 80% pegangan ke atas bank manakala JPMorgan Chase memiliki 4% pegangan, menyumbang kepada $14.2 juta[13]. Ramai pemerhati melihat tindakan JPMorgan membeli pegangan saham di bank Jepun sesuatu yang jarang berlaku kerana bank-bank di Jepun biasanya dilindungi secara ketat dari kerajaan[14]. Pada tahun 2005, Sony meningkatkan pegangannya kepada 84.2% dan menjadikan Sony Financial Holdings sebagai syarikat induk perantaraan untuk Bank Sony.

Sumitomo Mitsui Financial Group memiliki 16% pegangan awal bagi membolehkan pelanggan Bank Sony menggunakan sejumlah 7,600 mesin ATM mereka[6]. Pada tahun 2008, Bank Sony secara rasmi menjadi anak syarikat penuh milik Sony Financial Holdings selepas Sony memperolehi baki saham sebanyak 60,000 yang dipegang Sumitomo Mitsui[15].


Rujukan

  1. ^ "CEO message". Dicapai pada 10 Januari 2024.
  2. ^ "Sony Bank to Begin Handling New Card Loans (Summary)" (Siaran akhbar). Bank Sony. 13 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  3. ^ "Sony Plans Online Bank". New York Times. 1 Februari 2001. m/s. W.1.
  4. ^ a b "Sony Begins Preparations to Establish a Net Bank Aiming for the Creation of Network Financial Services" (Siaran akhbar). Sony. 30 Mac 2000. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  5. ^ "Strategic Alliance with Sony Corporation for Network Financial Business" (Siaran akhbar). Sumitomo Mitsui Financial Group. 30 Mac 2000. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  6. ^ a b "Progress toward Establishing an Internet Bank" (Siaran akhbar). Sony. 31 Januari 2001. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  7. ^ "Examination of Preliminary Judgement for a Banking License Concluded. Establishment of Sony Bank Inc. Set for April 2001" (Siaran akhbar). Sony. 23 Mac 2001. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  8. ^ a b Bach, Deborah. "Sony Counting on its Brand as a Magnet for its Web Bank." American Banker: 12. ProQuest Research Library. Jun 12 2001. Web. 27 May 2012.
  9. ^ Lu Stout, Kristie (8 Jun 2001). "Sony Bank opens for business". CNN. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  10. ^ "Sony Group eyes online banking in Australia". news.com.au. 29 Julai 2011. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  11. ^ Rosenfeld, Amy (12 Disember 2013). "Japanese bank pulls out of Australian market". Australian Broker. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  12. ^ a b "Sony Bank to Begin Handling New Card Loans (Summary)" (Siaran akhbar). Sony. 13 Julai 2015. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  13. ^ Williams, Martyn (11 Jun 2001). "Sony launches online bank". IT World Canada. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  14. ^ Vames, Steven (30 Mac 2000). "J.P. Morgan to Buy Stake in Sony's Online Bank Venture". TheStreet. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  15. ^ "Sony Bank to Become Wholly Owned Subsidiary" (PDF) (Siaran akhbar). Sony. 29 Februari 2008. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  • l
  • b
  • s
Pengasas
  • Masaru Ibuka
  • Akio Morita
Perniagaan utama
Hiburan
Interaktif
Kewangan
  • Sony Financial Group
    • Bank Sony
  • Sony Life
Jenama aktif
Jenama terdahulu
  • AIBO
  • Betamax
  • Betacam
  • CLIÉ
  • CV-2000
  • Dash
  • DAT
  • Discman
  • Dream Machine
  • HDCAM/HDCAM-SR
  • HMZ-T1
  • Jumbotron
  • Lissa
  • LocationFree
  • Mavica
  • Memory Stick
  • MiniDisc
  • MiniDV
  • MicroMV
  • mylo
  • Optiarc
  • Qualia
  • NEWS
  • Sony Reader
  • Rolly
  • SDDS
  • Sony Entertainment Network
  • Sony Tablet
  • Trinitron
  • U-matic
  • UMD
  • Vaio
  • Watchman
  • WEGA
Bukan keuntungan
  • Institut Pendidikan Tinggi Sony Kolej Shohoku
  • Kategori Sony di Wikipedia
  • Laman Commons Sony di Commons
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jepun