Barisan Utara (Kesatuan Soviet)
Barisan Utara (Rusia: Северный фронтcode: ru is deprecated ) adalah sebuah Barisan bagi Tentera Merah semasa Perang Dunia II.
Barisan Utara telah diwujudkan pada 24 Jun 1941 dari Wilayah Tentera Leningrad. Matlamat utamanya ialah mempertahankan Semenanjung Kola dan pantai utara Teluk Finland. Pada 23 Ogos 1941, ketumbukan Barisan ini telah dibahagikan kepada Barisan Karelian dan Barisan Leningrad. Leftenan Jeneral Markian M. Popov memerintah Barisan ini untuk selama tiga bulan kewujudannya.
Struktur utama Barisan Utara berdasarkan pada Tentera Darat Ke-7, Ke-14, Ke-23 dan Ketumbukan Rakyat Opolcheniye Leningrad. Ketumbukan lain termasuklah 4 Kor Raifal, 2 Kor Mekanis, 17 Divisyen Raifal, 4 Divisyen Kereta Kebal, 2 Divisyen Motor Raifal, 8 Rejimen artileri Angkatan Simpanan Stavka, 8 Divisyen Udara (termasuk 1 divisyen objektif udara), 7 Daerah Berkubu, 1 Posisi Berkubu, dan 13 batalion mesingan.[1]
Sumber
- Glantz, Stumbling Colossus, 1998, Appendix A