Bean (filem)

Bean
Kulit DVD filem Bean.
PengarahMel Smith
PenulisRichard Curtis
Robin Driscoll
BerdasarkanMr. Bean
Dihasilkan olehRowan Atkinson
Peter Bennet-Jones
Tim Bevan
Richard Curtis
Eric Fellner
Rebecca O'Brien
Dibintangi
  • Rowan Atkinson
  • Peter MacNicol
  • Pamela Reed
  • Harris Yulin
  • Burt Reynolds
SinematografiFrancis Kenny
Disunting olehChristopher Blunden
Muzik olehHoward Goodall
Syarikat
penerbitan
Working Title Films
Tiger Aspect Films
Diedarkan olehPolyGram Filmed Entertainment (UK)
Gramercy Pictures (AS)
Tarikh tayangan
  • 2 Ogos 1997 (1997-08-02) (United Kingdom)
  • 7 November 1997 (1997-11-07) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
90 minit
NegaraUnited Kingdom
Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$18 juta
Pecah panggung$251.2 juta[1]

Bean (juga dikenali sebagai Bean: The Ultimate Disaster Movie atau Bean: The Movie) adalah sebuah filem 1997 berdasarkan siri televisyen Mr Bean. Filem ini dibintangi oleh Rowan Atkinson, Peter Macnicol dan ramai lagi. Filem ini telah diarahkan oleh Mel Smith. Filem ini menggunakan banyak idea-idea dan sketsa dari siri televisyen asal.

Sinopsis filem

Di Galeri Kebangsaan Diraja di London, Mr Bean (Rowan Atkinson) ialah seorang pengawal dengan niat yang baik yang sentiasa memusnahkan apa-apa yang dia sentuh. Melainkan, sememangnya, dia tidur di tempat kerja. Dengan pengerusi (John Mills) menyekat pemecatan Bean, lembaga memutuskan untuk menghantar dia ke galeri seni Los Angeles untuk mewakili mereka semasa pemindahan potret Whistler's Mother ke Galeri Seni Grierson di Los Angeles, berikutan pembelian oleh dermawan Jeneral Newton (Burt Reynolds) untuk $50 juta.

Kurator Grierson, David Langley (Peter Macnicol), kagum dengan profil palsu "Dr. Bean", bersetuju untuk menampung dia di rumahnya selama dua bulan dan isternya, Alison (Pamela Reed) dan keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan suaminya. Selepas Bean menyebabkan beberapa kekecohan dengan polis lapangan terbang dan memecah pusaka keluarga Langley, Alison pergi ke rumah ibunya dengan anaknya Kevin (Andrew Lawrence) dan anak perempuan, Jennifer (Tricia Vessey).

Pelakon

  • Rowan Atkinson sebagai Mr. Bean
  • Peter MacNicol sebagai David Langley
  • John Mills sebagai Pengerusi
  • Pamela Reed sebagai Alison Langley
  • Harris Yulin sebagai George Grierson
  • Burt Reynolds sebagai Jeneral Newton
  • Larry Drake sebagai Elmer
  • Sandra Oh sebagai Bernice Schimmel
  • Danny Goldring sebagai Pengawal Buck
  • Johnny Galecki sebagai Stingo Wheelie
  • Chris Ellis sebagai Detektif Butler
  • Andrew Lawrence sebagai Kevin Langley
  • Peter Egan sebagai Lord Walton
  • Peter Capaldi sebagai Gareth
  • June Brown sebagai Delilah
  • Peter James sebagai Doktor Rosenblum
  • Tricia Vessey sebagai Jennifer Langley
  • Richard Gant sebagai Leftenan Brutus
  • Tom McGowan sebagai Walter Merchandise

Rujukan

  1. ^ "Bean". Box Office Mojo. Amazon.com. Dicapai pada 1 April 2017.

Pautan luar

  • Bean di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • BBC review


  • l
  • b
  • s