Boo Cheng Hau

Dr.

Boo Cheng Hau
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk Skudai
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Teo Eng Tee
Digantikan oleh Tan Hong Pin
Majoriti18,050 (PRU-13)
12,854 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir1 Oktober 1964
(60 tahun)
Parti politik Parti Tindakan Demokratik
PekerjaanAhli Politik
ProfesionDoktor Perubatan

Dr. Boo Cheng Hau (lahir 1 Oktober 1964) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan ADUN Skudai selama dua penggal (2008-2018).

Isu

Pada 25 Oktober 2011, kliniknya di Taman Universiti, di Johor Baharu, dipecah masuk mengakibatkan kerugian RM800. [1] Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Che Yusoff Che Ngah berkata kejadian berkenaan disedari seorang pekerja klinik terbabit kira-kira pukul 8 pagi sebelum polis menerima laporan mengenainya sejam kemudian. Dr Boo ketika ditemui berkata kejadian terbabit merupakan kali pertama sejak klinik itu dibuka 13 tahun lalu.

Keputusan Pilihan raya

DUN: Skudai, Gelang Patah (N48, P.162)[2]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts
2004 Boo Cheng Hau(DAP) 13,380 46% Teo Eng Tee (GERAKAN) 15,573 54%
2008 Boo Cheng Hau (DAP) 23,214 69% Teo Eng Tee (GERAKAN) 10,270 31%
2013 Boo Cheng Hau (DAP) 33,692 68% Liang Ah Chy (MCA) 15,642 32%

Rujukan

  1. ^ "Klinik ADUN Skudai dipecah masuk", Malaysiakini.com. 25 Oktober 2011.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-02. Dicapai pada 2014-07-05.