Bukit Keluang

Bukit Keluang

Bukit Keluang yang terletak di Terengganu, Malaysia.[1] Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Bukit ini terletak di Kuala Besut, Terengganu yang yang jaraknya 4 kilometer dari Pekan Kuala Besut.[2] Daripada puncak bukit Keluang, pengunjung dapat melihat Pulau Perhentian.[3]

Ia juga terletak berhampiran dengan pantai Bukit Keluang, yang merupakan tarikan popular dikalangan penduduk tempatan dan pelawat asing.[4]

Bukit Keluang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan. Ia terbentuk daripada batu granit.[5]

Rujukan

  1. ^ Malayan Naturalist, Volumes 45-48
    Malayan Nature Society, 1991 - Natural history
  2. ^ 10 Bukit Di Semenanjung Yang Kaki Hiking Wajib Panjat 'At Least' Sekali
  3. ^ Bukit Keluang, Besut.
  4. ^ Environment détente: quo vadis ecological economics and sustainability science : 6-7 May 2003, Awana Kijal Golf and Country Resort, Kemaman, Terengganu
    Salihin Wong Abdullah (Wan.), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
    Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, 2003 - Business & Economics - 569 pages
  5. ^ The Geology and Mineral Resources of North Kelantan and North Trengganu
    Simon MacDonald
    Geological Survey Headquaters, 1967 - Geology - 202 pages

Pautan luar

  • Halangan hebat ke Lubuk Kawah