Christopher Meloni
Christopher Meloni | |
---|---|
Meloni pada tahun 2011 | |
Kelahiran | Christopher Peter Meloni (1961-04-02) 2 April 1961 (umur 63) Washington, D.C., Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1989–kini |
Pasangan | Doris Sherman Williams |
Christopher Peter Meloni (lahir 2 April 1961)[1][2] ialah seorang pelakon dari Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan memainkan watak sebagai seorang Detektif NYPD, Elliot Stabler, dalam siri Law & Order: Special Victims Unit, dan sebagai Chris Keller dalam drama penjara, Oz dalam HBO. Pada bulan Jun 2012, beliau kembali ke HBO, sebagai Roman dalam True Blood. Pada bulan Jun, 2013, beliau muncul sebagai seorang Kolonel Tentera Udara Amerika Syarikat dalam filem Superman yang terbaru, Man of Steel.
Kehidupan peribadi
Meloni berkahwin dengan (Doris) Sherman Meloni (nama lahir ialah Williams) dan mempunyai dua orang anak, seorang anak perempuan, Sophia Eva Meloni (lahir 23 Mac, 2001),[3] dan seorang anak lelaki, Dante Meloni (lahir 2 Januari, 2004).[4]
Sehingga tahun 2012, Meloni tinggal di New Canaan, Connecticut.[5]
Rujukan
Pautan luar
- Christopher Meloni di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Christopher Meloni di Emmys.com