Fazziq Muqris

Fazziq Muqris
Kelahiran
Muhammad Fazziq Muqris bin Mohd Shariff

(2000-06-29) 29 Jun 2000 (umur 24)
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon, model, personaliti media, penyampai radio
Tahun aktif2021–kini
MajikanAstro Radio (2022-kini)
Ketinggian172 cm (5 ka 8 in)

Muhammad Fazziq Muqris bin Mohd Shariff (lahir 29 Jun 2000) merupakan seorang pelakon, model, personaliti media dan penyampai radio Malaysia.

Kerjaya

Kerjaya Fazziq Muqris bermula pada tahun 2021 apabila beliau menjadi salah satu daripada 12 finalis Hero Remaja pada tahun 2021 dan beliau berjaya mendapat tempat ketiga.

Pada tahun 2022 , beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon dalam membintangi drama Bunga Hati yang tayang di Astro Ria dan memegang watak sebagai Farizan. Nama beliau mula dikenali menerusi Projek: High Council. Pada tahun yang sama juga beliau menjadi penyampai radio di salah satu stesen radio iaitu Era . Beliau digandingkan bersama Munabella di segmen Daebak Era dari jam 8-12 malam sehingga 31 Disember 2022 dan digantikan dengan segmen PM 40 Era sehingga 9 Ogos 2024. Kini beliau di segmen ERAthon dari jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari.

Kehidupan Peribadi

Fazziq Muqris dilahirkan di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Kahar: Kapla High Council Zahrin Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Bunga Hati Farizan Astro Ria Drama pertama
2023 Projek: High Council Zahrin

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
20 Ogos - 31 Disember 2022 Daebak Era Era
1 Januari 2023 - 9 Ogos 2024 PM 40 Era
12 Ogos 2024 - kini ERAthon