Fit for Action
Fit for Action | |
---|---|
Format | Pencarian bakat Televisyen realiti |
Ditulis oleh | Faten Syamimie |
Pengarah | Alif Kamarudin |
Pengacara |
|
Juri |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 6 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Intan Noorbaizura Aliuddin |
Penerbit | Aeizul Reeza Ismail |
Penyunting |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi kamera |
Tempoh siaran |
|
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 3 September 2022 – 8 Oktober 2022 |
Fit for Action ialah sebuah rancangan televisyen realiti pencarian bakat yang berkonsepkan cabaran lakon layar dan fizikal bagi mencari pelakon lelaki dan wanita versatil Malaysia.[1][2]
Siri ini, yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 3 September hingga 8 Oktober 2022 selama 6 minggu, telah menobatkan Muaz Zabir sebagai juara bagi kategori lelaki dan Raden Zaharatul bagi kategori wanita.[3] Ia boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Gambaran keseluruhan
Siri ini diumumkan oleh TV3 pada Mei 2021 dan dijadualkan untuk tayangan pada Ogos, diikuti oleh ujibakat yang mempelawa golongan belia yang mempunyai bakat dalam bidang lakonan untuk menyertai rancangan ini.[5][6]
Sesi uji bakat peserta telah diadakan pada awal Februari 2022 dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. Namun, hanya 12 peserta terpilih yang terdiri daripada 6 lelaki dan 6 perempuan diuji keupayaan fizikal, emosi dan kebolehan berlakon pelbagai genre menerusi cabaran lakon layar dan cabaran fizikal.[7]
Pada setiap episod, peserta diberikan cabaran video lakon layar dan juga akan menerima skrip untuk menjayakan satu babak lakonan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit. Cabaran tersebut akan dirakam, disunting dan dihasilkan sebagai sebuah drama pendek berdurasi selama 3 minit bagi tujuan penjurian.[7]
Pengacara dan juri
Fahrin Ahmad dan Hunny Madu menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Fit for Action. Barisan juri terdiri daripada Yusof Haslam sebagai ketua juri, Heykal Hanifah, Ellie Suriaty dan Aziz M. Osman. Aaron Aziz, Erra Fazira, Farid Kamil, Nabila Huda, Ahmad Tarmimi Siregar dan Janna Nick diundang sebagai juri jemputan bagi menilai bakat peserta. Jurulatih kecergasan, Nana Al-Haleq berkhidmat sebagai jurulatih cabaran fizikal.[7]
Peserta
Sumber:[7][8][9]
Lelaki | ||||
---|---|---|---|---|
Peserta | Nama Pentas | Umur | Asal | Kedudukan |
Syahmie Thsa'qeef | Syahmie | 28 | Kuala Lumpur | |
Ahmad Syahmie | Marc | 23 | Selangor | Naib Juara |
Amir Mirza | Amir | 24 | Selangor | |
Muaz Mohamed Zabir[10] | Muaz | 25 | Selangor | Juara |
Aidil Afizin | Aidil | 20 | Sabah | |
Mohd Danish Hakim Mohd Nurhakim[11] | Danish Hakim | 19 | Selangor | |
Perempuan | ||||
Peserta | Nama Pentas | Umur | Asal | Kedudukan |
Amanda Tan | Amanda | 29 | Perak | |
Zubaidah Mohd Amir | Zooey | 29 | Sabah | |
Kavita Gnanesageran | Kavita | 34 | Kuala Lumpur | |
Erne Marina Ainalisa Mohd Noer[12] | Lisa | 28 | Johor | Naib Juara |
Raden Zaharatul Maisarah Afzzal Rehan[13] | Raden Zaharatul | 23 | Selangor | Juara |
Lenny Jemat[14] | Lenny | 29 | Sarawak |
Ringkasan mingguan
Minggu 1: 3 September 2022
Minggu | Fizikal | Lakon layar |
---|---|---|
Minggu 1 | Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:
Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 1:45:32 saat manakala Aidil dengan masa terpantas 1:17:21 saat. | Bagi cabaran lakonan minggu pertama, Aziz M. Osman memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Pemenang cabaran fizikal, Lisa dan Aidil diberikan watak hero dan heroin dalam drama pendek Di Mana Rina?.[15] |
- Juri jemputan: Aaron Aziz
- Keputusan: Tiada penyingkiran
Minggu 2: 10 September 2022
Minggu | Fizikal | Lakon layar |
---|---|---|
Minggu 2 | Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:
Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 2:19:32 saat manakala Marc dengan masa terpantas 1:59:16 saat. Zooey dan Aidil diumum sebagai penerima hadiah istimewa Dutch Lady selepas berjaya mengumpul bendera Dutch Lady terbanyak. | Bagi cabaran lakonan minggu kedua, Heykal Hanifah memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Pemenang cabaran fizikal, Lisa dan Marc diberikan watak hero dan heroin dalam drama pendek P/S: I Heart U. |
- Juri jemputan: Erra Fazira
- Keputusan: Syahmie dan Amanda tersingkir pada minggu kedua.
Minggu 3: 17 September 2022
Minggu | Fizikal | Lakon layar |
---|---|---|
Minggu 3 | Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:
Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 2:32 saat manakala Aidil dengan masa terpantas 1:04 saat. Lisa dan Amir diumum sebagai penerima hadiah istimewa Dutch Lady selepas berjaya mengumpul bendera Dutch Lady terbanyak. | Bagi cabaran lakonan minggu ketiga, Ellie Suriaty memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Peserta kumpulan A diberikan watak utama dalam drama pendek Rumah bahagian 1, manakal peserta kumpulan B diberikan watak utama dalam bahagian 2. |
- Juri jemputan: Farid Kamil
- Keputusan: Raden, Muaz, Kavita dan Danish tersingkir pada minggu ketiga.
Minggu 4: 24 September 2022
Minggu | Fizikal | Lakon layar |
---|---|---|
Minggu 4 | Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:
Dalam cabaran ini, Zooey berjaya memperoleh masa terpantas 1:28 saat manakala Amir dengan masa terpantas 1:10 saat. | Bagi cabaran lakonan minggu keempat, Ellie Suriaty memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Peserta diberikan watak utama dalam drama pendek Cinta Untuk Ainul. |
- Juri jemputan: Nabila Huda
- Keputusan: Tiada penyingkiran pada minggu keempat.
Minggu 5: 1 Oktober 2022
Minggu | Fizikal | Lakon layar |
---|---|---|
Minggu 5 | Peserta dikehendaki melalui 3 jenis halangan:
Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 1:51 saat manakala Muaz dengan masa terpantas 1:05 saat. | Bagi cabaran lakonan minggu kelima, Heykal Hanifah memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Peserta diberikan watak utama dalam drama pendek Dua Jiwa. |
- Juri jemputan: Ahmad Tarmimi Siregar
- Keputusan: Muaz dan Raden diserap semula. Aidil dan Lenny tersingkir pada minggu kelima.
Minggu 6: 8 Oktober 2022
Minggu | Fizikal | Lakon layar |
---|---|---|
Minggu 6 | Peserta dikehendaki melalui 5 jenis halangan:
Dalam cabaran ini, Lisa berjaya memperoleh masa terpantas 3:57 saat manakala Muaz dengan masa terpantas 2:08 saat. | Bagi cabaran lakonan minggu keenam dan terakhir, Aziz M. Osman memberikan tugasan kepada setiap peserta dan memberi tips cara berlakon kepada mereka sebelum memasuki set penggambaran. Tugasan kecil diberikan yang mana para peserta menceritakan pengalaman menarik dalam hidup masing-masing. Selepas perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian kepada peserta. Peserta diberikan watak utama dalam drama pendek Plan B. |
- Juri jemputan: Janna Nick
- Keputusan: Muaz dan Raden dinobatkan sebagai juara.[16]
Lihat juga
Rancangan realiti pencarian bakat serupa:
Rujukan
- ^ Fatin Farhana Ariffin (25 Ogos 2022). "Fit For Action usaha TV3 cari pelakon pelapis versatil". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ Nur Emira Saizali (2 September 2022). "Fit For Action mencari pelapis pelakon tanah air". Kosmo!. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ Amirul Asraf (9 Oktober 2022). "Muaz Zabir & Raden Rangkul Gelaran Juara Fit For Action". Oh Bulan!. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ "Fit For Action (2022) - Episod Penuh". TV3. Dicapai pada 8 Januari 2023 – melalui YouTube.
- ^ Budiey (22 Mei 2021). "Ini Cara Untuk Menyertai Ujibakat Mencari Peserta Program Realiti FIT FOR ACTION". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ "Fit For Action cari hero macam Remy, Hairul Azreen atau Zul Ariffin". Kosmo!. 28 Mei 2021. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ a b c d Helmi Anuar (2 September 2022). "Fit For Action – Program Realiti Terbaharu TV3 Mencari Pelapis Pelakon Versatil". Getaran. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ "Senarai 12 Peserta Fit For Action TV3 Tahun 2022". Hello Kerja. 2 September 2022. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ "Senarai Pemenang Fit For Action TV3". Aiman Abdullah. 9 Oktober 2022. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ Norhayati Nordin (4 November 2022). "Muaz Zabir tak ada bakat, tapi kacak..." Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ Helmi Anuar (26 Ogos 2022). "Terpilih Sebagai Finalis 'Fit For Action', Danish Hakim Tetapkan Syarat Tertentu". Getaran. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ "Fit For Action: Dulu MMA, Kini Lakon Layar, Lisa Tonjol Bakat!". XTRA. 23 September 2022. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ Norhayati Nordin (4 November 2022). "'Seksi saya masih ada 'limit' - Raden Zaharatul". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ "Fit For Action: Bermula Sebagai 'Ratu Cantik', Lenny Mahu Serius Dalam Lakonan". XTRA. 1 Oktober 2022. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ "Fit For Action: Aziz M. Osman Tegur Disiplin Peserta Dalam Episod Pertama!". XTRA. 10 September 2022. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (14 Oktober 2022). "Muaz, Raden muncul juara Fit For Action". Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2023.
Pautan luar
- Fit for Action di Instagram