Good Day (kumpulan muzik)

  • K-pop
Tahun aktif2017 (2017)–2019 (2019)
Syarikat rakaman
C9 Entertainment
Pengkarya berkait
  • Cignature
  • Redsquare
Laman sesawang
Good Day Official HomepageBekas ahli
  • Heejin
  • Genie
  • Cherry
  • Chaesol
  • Nayoon
  • Jiwon
  • Haeun
  • Viva
  • Bomin
  • Lucky
Korean name
Hangul굿데이code: ko is deprecated
Hanjan/a
Perumian SemakanGut Dei
McCune–ReischauerKut Tei

Good Day (Korea: 굿데이code: ko is deprecated ) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan ditubuhkan oleh C9 Entertainment pada tahun 2017. Kumpulan ini sepuluh dari tujuh orang ahli iaitu: Heejin, Genie, Cherry, Chaesol, Nayoon, Jiwon, Haeun, Viva, Bomin dan Lucky. Kumpulan ini debut pada 30 Ogos 2017 dengan dengan album mini pertama mereka dan satu-satunya All Day Good Day.[1]

Dikatakan bahawa kumpulan ini telah dibubarkan, kerana C9 Girlz (kemudian dinamakan Cignature) diumumkan pada 11 November 2019.[2]

Sejarah

Pra-debut

Pada tahun 2012, Haeun adalah sebahagian daripada kumpulan gadis tiga orang ahli Littles, di bawah Nega Network tetapi tidak pernah membuat debut dan hanya mengeluarkan runut bunyi untuk drama The Great Seer.[3] Pada 2013, Heejin bertanding dalam Superstar K5 dan mendapat tempat ke-3.[4] Bomin muncul dalam filem No Breathing, sebagai versi muda yang dilakonkan oleh Yuri. Pada 2015, Heejin mengeluarkan single debutnya bertajuk "To Reach You", yang menampilkan penyanyi rap Olltii.[5] Dia juga telah menyanyikan runut bunyi untuk drama Late Night Restaurant[6] dan Into the Flames.[7] Jiwon adalah seorang model di bawah portal beli-belah dalam talian fesyen remaja Sonyunara.

2017–2018: Debut dengan All Day Good Day dan The Unit

Pada Julai 2017, C9 Entertainment mengumumkan pelancaran kumpulan wanita pertama mereka dengan nama sementara, C9 Girls melalui akaun SNS.[8] Dari 7 hingga 12 Julai, sepuluh ahli telah didedahkan dan akan debut sebagai Good Day.[9][10][11][12] Menjelang debut mereka, rancangan realiti kumpulan itu sendiri GOOD DAY 2 U telah disiarkan dari 20 Julai hingga 10 Ogos melalui Naver V Live.

Good Day memulakan debut pada 30 Ogos dengan album mini pertama mereka All Day Good Day dengan single utama "Rolly" yang menampilkan kemunculan Bae Jin-young dalam video muzik.[13] Album mini itu merangkumi tiga buah lagu daripada unit kumpulan: Good Morning, Good Night dan Midnight. Pada 3 September, mereka telah mengadakan konsert mini debut mereka "All Day Good Day" di Yes24 Live Hall.[14]

6 orang ahli kumpulan: Heejin, Genie, Chaesol, Jiwon, Viva dan Lucky telah disahkan menyertai siri televisyen realiti The Unit.[15] Semua ahli yang mengambil bahagian kecuali Lucky lulus Penilaian Boot dalam Episod 1.[16] Walau bagaimanapun, Lucky dibawa semula ke dalam pertandingan dalam Episod 4.[17] Genie dan Chaesol tersingkir dalam pusingan penyingkiran pertama (Episod 7). Heejin, Viva dan Lucky tersingkir dalam pusingan penyingkiran ketiga (Episod 13). Jiwon mendapat tempat ke-11 dalam episod akhir, oleh itu tidak dapat menjadi sebahagian daripada UNI.T.

2019–2020: Selepas pembubaran; Debut semula ahli dengan Cignature dan Redsquare

Pada 11 November 2019, C9 Entertainment mengesahkan pelancaran kumpulan wanita masa depan yang dinamakan sementara "C9 Girlz", dengan Jiwon, yang akan debut semula di bawah nama pentas Jeewon, menamakan ahli pertama kumpulan wanita masa depan.[2] Chaesol diperkenalkan sebagai ahli kumpulan itu pada 13 November. Viva, yang akan membuat debut semula dengan nama pentas Sunn, diperkenalkan pada 14 November.[18] Lucky, yang akan membuat debut semula dengan nama pentas Belle, telah diperkenalkan pada 15 November. Haeun, yang akan membuat debut semula dengan nama pentas Ye Ah, diperkenalkan pada 16 November.[19]

Pada 14 Januari 2020, telah disahkan bahawa lima orang bekas ahli Good Day yang disebutkan di atas akan membuat debut semula menerusi kumpulan wanita tujuh orang ahli Cignature, di bawah sub-label C9 Entertainment J9 Entertainment.[20] Pada 4 Februari, Cignature telah membuat debut mereka.[21]

Heejin kini merupakan sebahagian daripada kru penerbitan Solcire, dan juga aktif sebagai penyanyi-penulis lagu.[22]

Pada 4 Mei 2020, telah disahkan bahawa empat orang bekas ahli Good Day: Genie, Cherry, Nayoon dan Bomin - yang kesemuanya meninggalkan C9 Entertainment - akan membuat debut semula menerusi kumpulan wanita lima orang ahli baharu Redsquare di bawah About Entertainment pada 19 Mei.[23] Cherry akan membuat debut semula di bawah nama pentas baharu ChaeA,[24] manakala Genie akan membuat debut semula di bawah nama pentas baharu Green,[25] dan Nayoon akan membuat debut semula di bawah nama pentas baharu Ari.[26]

Ahli

Good Morning Unit

  • Genie (Hangul: 지니code: ko is deprecated )
  • Nayoon (나윤code: ko is deprecated )
  • Jiwon (지원code: ko is deprecated )
  • Bomin (보민code: ko is deprecated )
  • Lucky (럭키code: ko is deprecated )

Good Night Unit

  • Heejin (희진code: ko is deprecated ) — Ketua
  • Haeun (하은code: ko is deprecated )

Midnight Unit

  • Cherry (체리code: ko is deprecated )
  • Chaesol (채솔code: ko is deprecated )
  • Viva (비바code: ko is deprecated )

Diskografi

Album mini

Tajuk Butiran album Kedudukan
tertinggi
carta
Jualan
KOR
[27]
All Day Good Day
Senarai lagu
  1. "Rolly"
  2. "Skip This Moment" (이 순간을 넘어)code: ko is deprecated
  3. "Fly Away"
  4. "Party After Party"
19
  • KOR: 1,728+[28]

Penampilan runut bunyi

Tajuk Tahun Ahli Peak
position
Jualan Album
KOR
Gaon
"Shelter" (ft. Lee Yo-han) 2017 Heejin Because This Is My First Life OST Part 6

Videografi

Video muzik

Tajuk Tahun Pengarah Nota
"Rolly" 2017 Tidak diketahui Penampilan oleh Bae Jin-young dari CIX

Filemografi

Rancangan realiti dan variati

Tahun Rancangan Saluran Nota
2017 GOOD DAY 2 U Naver V App 4 episod
The Unit: Idol Rebooting Project KBS2 Heejin, Genie, Chaesol, Jiwon, Viva, Lucky turut serta

Konsert

  • Good Day Debut Mini Concert "All Day Good Day" (2017)

Rujukan

  1. ^ "10인조 걸그룹 굿데이, 오늘 첫 앨범 'All Day Good Day' 정식 발매 '굿데뷔 신호탄'". Diarkibkan daripada yang asal pada November 10, 2019. Dicapai pada November 10, 2019.
  2. ^ a b "'굿데이 출신' 지원, 'C9걸즈' 두 번째 데뷔…프로필 공개". Dicapai pada November 11, 2019.
  3. ^ "대풍수 OST Part.1". Melon.
  4. ^ "슈퍼스타K5 송희진 탈락, 심사위원 최고점 받았는데 왜?".
  5. ^ "너에게 닿기까지 (Feat. 올티)". Melon.
  6. ^ "그렇고 그런 사이". Melon.
  7. ^ "창덕궁에서". Melon.
  8. ^ "'윤하·정준영·주니엘·배진영 소속사' C9 10인조 걸그룹 9월 가요계 출사표". July 5, 2017.
  9. ^ "C9 엔터 첫 걸그룹 정식 명칭 굿데이...멤버 이미지 공개 [공식]". July 7, 2017.
  10. ^ "신인 걸그룹 굿데이, 멤버 보민·지원·럭키 공개…과즙미 뿜뿜 : 스포츠조선". Sports Chosun. 2017-07-10. Dicapai pada 2018-10-18.
  11. ^ "C9 첫 걸그룹 굿데이, 채솔·체리·비바 멤버 공개…걸크러시". July 11, 2017.
  12. ^ "'C9 첫 걸그룹' 굿데이, 청순美 하은·희진 끝으로 10명 공개 완료". July 12, 2017.
  13. ^ Stone Music Entertainment (August 30, 2017). "GOOD DAY (굿데이) - Rolly MV" – melalui YouTube.
  14. ^ (주)컬처닷컴,YES24. "GOOD DAY 데뷔 기념 미니 콘서트 [ALL DAY GOOD DAY]". YES24 티켓.
  15. ^ "[공식]걸그룹 굿데이, '더유닛' 출연 확정…데뷔 첫 서바이벌 : 스포츠조선". Sports Chosun. 2017-10-16. Dicapai pada 2018-10-18.
  16. ^ "'더유닛' 굿데이 희진 첫 합격…전원 합격은 실패". Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2017. Dicapai pada October 28, 2017.
  17. ^ "GOOD DAY(굿데이) on Twitter".
  18. ^ "'C9 NEW 걸그룹' C9걸즈(가칭), 정식 데뷔 전 세미-채솔-선 프로필 이미지 공개". Dicapai pada November 14, 2019.
  19. ^ "'C9 NEW 걸그룹' C9걸즈는 7인조…완전체 프로필 공개 완료". Dicapai pada November 17, 2019.
  20. ^ "C9엔터, 걸그룹 전문 레이블 설립..첫 걸그룹 내달 데뷔". Yonhap News Agency. Dicapai pada January 15, 2020.
  21. ^ "시그니처, 2월4일 데뷔 확정…타이틀은 '눈누난나'(공식)". Naver (dalam bahasa Korean). Dicapai pada January 23, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ "[fn★신곡] 옹성우, '그래비티'로 보여준 음악적 성장". Naver (dalam bahasa Korean). Dicapai pada April 29, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "[단독]굿데이 지니·나윤·체리·보민, 新걸그룹 레드스퀘어로 재데뷔". N.News via Naver (dalam bahasa Korean). Dicapai pada May 4, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ "레드스퀘어, 첫 번째 멤버 채아 공개 '고혹적 비주얼+메인 댄서'". Naver (dalam bahasa Korean). Dicapai pada May 5, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ "걸그룹 레드스퀘어, 멤버 'G'는? 보컬 담당 '그린'". Naver (dalam bahasa Korean). Dicapai pada May 7, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "레드스퀘어, 청순미 갖춘 마지막 멤버 아리 공개 '풋풋'". Naver (dalam bahasa Korean). Dicapai pada May 8, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  27. ^ "Gaon Album Chart".
  28. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". Gaon Chart.

Pautan luar

Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata