Ismail Yusoff

Cendekiawan Islam
Mufti negeri Kelantan
Nama: Ismail Bin Yusoff
Gelaran: Dato' Haji Ismail Bin Yusoff
Lahir: 1915
Wafat: 9 Julai, 1988
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Dato' Haji Ismail Bin Yusoff (1915 - 9 Julai, 1988) merupakan seorang bekas mufti negeri Kelantan. Anak lelaki kepada Haji Yusoff Bin Muhamad Diah ini telah dilahirkan pada tahun 1915 di Kampung Gong Kemuning, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau meninggal dunia di Kampung Sireh, Kota Bharu pada hari Sabtu, 9 Julai 1988.

Latar belakang

Haji Ismail merupakan orang pertama yang memegang jawatan sebagai Timbalan Mufti Negeri Kelantan bermula pada 15 Oktober, 1979 setelah jawatan ini diwujudkan pada tahun yang sama. Beliau memegang jawatan ini selama lapan tahun sehingga 31 Mac, 1987 sebelum dilantik sebagai mufti negeri Kelantan pada 1 April 1987.

Sumbangan

Di antara sumbangan-sumbangan Haji Ismail adalah;

  • Menubuhkan Maktab Perguruan Islam, Jalan Bayam (kini Maktab Pengajian Islam)
  • Merupakan pengarang Majalah Pengasuh pada tahun 1964-1965.

Rujukan


Pautan luar

  • SEJARAH DAN PERKEMBANGAN INSTITUSI FATWA DI NEGERI KELANTAN, PDF- Oleh Noor Naemah Abd. Rahman
  • Maklumat lanjut Dato' Haji Ismail Bin Yusoff di laman jpn.kelantan[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Mufti Kelantan
  • Nik Wan Daud
  • Wan Ishak
  • Wan Musa
  • Wan Muhammad
  • Ibrahim Yusoff
  • Ahmad Maher Ismail
  • Mohd Noor Ibrahim
  • Ismail Yusoff
  • Muhamad Che Wook
  • Hasbullah Mohd Hassan
  • Mohamad Shukri Mohamad