Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Jambatan Angkat Kuala Terengganu
جمبتن اڠكت كوالا ترڠڬانو
Koordinat5°20′23″N 103°08′41″E / 5.33977°N 103.14483°E / 5.33977; 103.14483Koordinat: 5°20′23″N 103°08′41″E / 5.33977°N 103.14483°E / 5.33977; 103.14483
MembawaKenderaan bermotor, Pejalan kaki
MenyeberangiSungai Terengganu
LokasiKuala Terengganu
PenyelenggaraTI Properties Sdn Bhd[1]
Ciri-ciri
Reka bentukJambatan imbang
Panjang keseluruhan638 meter
Lebar23 meter[2]
Tinggi12.5 meter dari aras laut[3]
Bilangan lorongEmpat
Sejarah
Kos pembinaanRM248 juta[4]
Dibuka2-17 Jun 2019 (tempoh percubaan)
1 Ogos 2019 (dibuka secara tidak rasmi)[5]
Dirasmikan14 September 2022[6]
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.[7] Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).[8][9]

Jambatan Angkat Kuala Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sewaktu musim perayaan Aidilfitri, kemudian ditutup semula untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ujian dan penambahbaikan. Akhirnya ia dibuka kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.[10]

Reka bentuk

Reka bentuknya mendapat ilham daripada Tower Bridge di London yang juga berbentuk jambatan imbang. Ia mempunyai jalan raya satu jalur, dua hala dengan lebar 23 meter yang merentangi 638 meter di atas muara Sungai Terengganu.[11] Ia menghubungkan Muara Selatan, sebuah kawasan tanah tebus guna di pusat bandar berdekatan Tanjung, dengan Muara Utara di Seberang Takir. Terdapat ruang legar setinggi 12.5 meter dari paras air ke jambatan apabila daunnya ditutup. Rentang legarnya ialah 50 meter.[12] Terdapat empat batang menara 15 meter tingginya, sepasang untuk setiap pangkal daun jambatan, setiap pasang dihubungkan dengan jejantas.[13] Setiap menara berpangkalkan lobi untuk membolehkan pengunjung menaiki kawasan perniagaan yang terletak di dalam jejantas. Pada waktu malam, jambatan disinari hiasan lampu berwarna-warni.[14] Jambatan angkat membolehkan pengguna memendekkan waktu perjalanan antara Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu dan Kuala Terengganu sebanyak 15 minit. Sebatang jalan raya empat lorong di pesisir pantai telah dibina untuk menghubungkan jambatan dengan Kuala Nerus.[15]

Galeri

  • Papan tanda Jambatan Angkat
    Papan tanda Jambatan Angkat

Rujukan

  1. ^ Jambatan Angkat Dibuka Untuk Laluan Kapal Sebulan Lagi
  2. ^ Pembinaan infrastruktur Drawbridge
  3. ^ Jambatan angkat dibuka semula esok
  4. ^ "Infografik Jambatan Angkatan Terengganu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-07. Dicapai pada 2019-08-07.
  5. ^ "Jambatan Angkat Drawbridge Kuala Terengganu Dibuka 1 Ogos". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-07. Dicapai pada 2019-08-07.
  6. ^ "Sultan Mizan rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu". 2022-09-14. Dicapai pada 2022-09-18.
  7. ^ "Jambatan Angkat Terengganu bakal jadi tumpuan lokasi 'wajib' bergambar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-07. Dicapai pada 2019-08-07.
  8. ^ Shamsuddin, Mohd Aizat (May 28, 2019). "'Draw bridge' Kuala Terengganu terbaik..." HM Online.
  9. ^ "Zelan gets RM248.7mil bridge contract". The Star Online. Aug 1, 2014.
  10. ^ "Kuala Terengganu drawbridge to be opened for test run from June 2-17". The Star Online. May 20, 2019.
  11. ^ "Zelan gets RM248.7mil bridge contract". The Star Online. Aug 1, 2014.
  12. ^ http://www.zelan.com/our-business/engineering-construction/infrastructure-construction/drawbridge/
  13. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/591077/jambatan-angkat-dibuka-semula-esok
  14. ^ July 2019, Published 2 weeks ago on 31. "Terengganu MB: Iconic drawbridge to be opened tomorrow | Malay Mail". www.malaymail.com.
  15. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2019/05/492600/terengganus-drawbridge-set-be-key-attraction

Pautan luar

  • Infografik Jambatan Angkat Terengganu
  • l
  • b
  • s
Daerah
Bandaraya
Kuala Terengganu (ibu negeri)
Bandar
Jambatan
Pantai
Pantai Air TawarPantai Batu BurukPantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit KeluangPantai KelulutPantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal
Pulau
Istana
Hospital
Empangan
Peristiwa
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Terengganu Bahagian pilihan raya di Terengganu
   

P033 Besut
N01 Kuala Besut
N02 Kota Putera
N03 Jertih
N04 Hulu Besut

P034 Setiu
N05 Jabi
N06 Permaisuri
N07 Langkap
N08 Batu Rakit

P035 Kuala Nerus
N09 Tepuh
N10 Buluh Gading
N11 Seberang Takir
N12 Bukit Tunggal

P036 Kuala Terengganu
N13 Wakaf Mempelam
N14 Bandar
N15 Ladang
N16 Batu Buruk

P037 Marang
N17 Alur Limbat
N18 Bukit Payung
N19 Ru Rendang
N20 Pengkalan Berangan

P038 Hulu Terengganu
N21 Telemung
N22 Manir
N23 Kuala Berang
N24 Ajil

P039 Dungun
N25 Bukit Besi
N26 Rantau Abang
N27 Sura
N28 Paka

P040 Kemaman
N29 Kemasik
N30 Kijal
N31 Cukai
N32 Air Putih

  • l
  • b
  • s
ECER di Kelantan
ECER di Terengganu
ECER di Pahang
ECER di Johor