Kampong di Brunei

Politik Brunei
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Negara Anggota ASEAN
Pemerintahan Beraja
  • Sultan dan Yang di-Pertuan Negara

  • Perlembagaan
  • Melayu Islam Beraja (falsafah negara)

  • Pembesar Diraja Brunei
  • Wazir
  • Cheteria
  • Manteri
Perundangan
  • Majlis Mesyuarat Di-Raja

Eksekutif
  • Perdana Menteri

  • Daerah
  • Mukim
  • Kampung
Kehakiman
  • Mahkamah Syariah Brunei
  • Mahkamah Sivil Brunei

  • Undang-undang syariah
Parti Politik
Hubungan luar negeri
  • Perwakilan diplomatik Brunei
  • Kedutaan dan perwakilan ke Brunei
  • Perwakilan diplomatik di Brunei

Ikon portal Portal Brunei
  • l
  • b
  • s

Templat:Bahagian pentadbiran Brunei sidebar

Kampong di Mukim Melilas

Kampong ialah bahagian pentadbiran tahap ketiga dan paling rendah di Brunei. Ia diketuai oleh ketua kampong. Beberapa kampong dikumpulkan bersama membentuk sebuah mukim. Sebuah kampong secara umumnya ialah penempatan luar bandar tradisional, khususnya dalam erti kata sebuah perkampungan tradisional Melayu, namun ia juga boleh menjadi penempatan dibandarkan dalam lingkungan atau berdekatan ibu negara atau sebuah bandaran, atau bahagian daripada kawasan perumahan awam. Penduduknya pelbagai dari ratusan hingga ke beberapa ribu orang.

Pentadbiran

Bahagian pentadbiran Brunei

Kampong ditadbir di bawah jabatan daerah yang ia diami.[perlu rujukan]

Kampong diketuai oleh seorang ketua kampung. Ia adalah sebuah jawatan yang dipilih, di mana penduduk menamakan calon ke jabatan daerah dan mengundi calong-calon yang diterima pencalonan.[1] Calon-calon hendaklah dalamlingkungan umur 30 hingga 55 tahun.[2] Orang yang terpilih boleh menjawat jawatan hingga sepuluh tahun.[3]

Sesebuah kampong mempunyai Majlis Perundingan Kampong, pertubuhan setara dengan persatuan masyarakat. Hasil utama majlis ini ialah Satu Kampung Satu Produk, dipendekkan kepada "1K1P", di mana ia menggalakkan barangan tempatan dihasilkan di sesebuah kampong.[4]

Ciri-ciri

Sesebuah kampong Brunei yang biasa mungkin mempunyai prasarana sosioekonomi asas yang sama dengan kampung yang lain di mana-manapun tetapi juga ada keunikan sendiri dari Brunei atau negara-negara yang mempunyai budaya Melayu Islam yang ramai. Bagi tujuan kemasyarakatan, terdapat sebuah balai raya atau dewan kemasyarakatan, konsep setara dengan pusat komuniti di negara-negara lain. Sebuah kampong Brunei biasanya mempunyai sebuah sekolah rendah. Disebabkan majoriti penduduk Brunei ialah Muslim, banyakkampong mempunyai masjid sendiri, terutama bagi menyediakan tempat untuk sembahyang Jumaat, begitu juga sebuah sekolah rendah ugama bagi murid Muslim. Terdapat juga sekurang-kurangnya sebuah kedai runcit di banyak kampong, begitu juga beberapa kedai aneka yang lain seperti kedai makan, kedai jahit, dan kedai gunting rambut.

Kepelbagaian

Sesebuah kampong mempunyai penduduk seramai ratusan hingga kurang dari sepuluh ribu orang. Juga, bukan semua prasarana sosioekonomi ada disetiap kampung. Sesetengah kampong tidak mempunyai sekolah rendah atau sekolah rendah ugama – murid-murid pergi ke sekolah dikampong berhampiran. Sesetengah subbahagian kampong dibentuk sebagai kawasan penempatan awam tetapi mempunyai bilangan penduduku yang setara dengan sesebuah kampong. Kampong yang lain pula, terutama di kawasan yang lebih bandar, cukup untuk menjalankan prasarana sosioekonomi seperti sebuah bandaran tetapi tanpa sebarang lembaga bandaran. Sesetengah kampong juga menjadi bahagian daripada kawasan bandaran Bandar Seri Begawan dan bandaran daerah yang lain, maka penduduk juga boleh tertakluk di bawah bidang kuasa jabatan bandaran masing-masing.

Kampong Ayer

Walaupun Kampong Ayer mempunyai istilah kampong dalam namanya, ia bukan secara rasmi sebuah subbahagian kampong. Malah, Kampong Ayer dibentuk daripada beberapa buah kampong yang membentuk beberapa daerah kecil.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Meeting Session With Heads Of Mukim And Village Chiefs". brudirect.com. 16 September 2018. Dicapai pada 11 Julai 2024.
  2. ^ Kon, James (27 January 2019). "No nominations received for 37 village head, penghulu posts". Borneo Bulletin Online. Dicapai pada 18 July 2021.
  3. ^ Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman (14 May 2015). "Skim Perkhidmatan Penghulu, Ketua Kampung 2013 dikuatkuasakan 1 April 2015 Tanda pengiktarafan" (PDF). Pelita Brunei (58). Information Department (diterbitkan 16 May 2015). m/s. 1, 24. Dicapai pada 18 July 2021.
  4. ^ "News - Launch of One Village One Product Expo". www.rtbnews.rtb.gov.bn. Dicapai pada 11 December 2017.
  • l
  • b
  • s
Rencana Brunei 
Sejarah
Geografi
Politik
Ekonomi
  • Dollar (matawang)
  • Telekomunikasi
  • Pelancongan
  • Transport
Masyarakat
Simbol
  • Kategori