Kampong Bharu

Rencana ini mengenai nama kampung Melayu di Kuala Lumpur. Klik di sini untuk Kampung baru Cina iaitu penempatan yang dibuat pada zaman darurat.


Kampong Bharu
Kampung
Pintu Gerbang Kampong Bharu.
Pintu Gerbang Kampong Bharu.
NegaraMalaysia Malaysia
WilayahKuala Lumpur
ZonPusat Bandar Kuala Lumpur
ParlimenTitiwangsa
Pentadbiran
 • Datuk BandarMaimunah Mohd Sharif
Poskod
54000
Kod kawasan+603

Kampong Bharu ialah sebuah perkampungan Melayu yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Sejarah

Kampong Bharu telah ditubuhkan pada oleh pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur dari sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama. Kampong Bharu telah diiktiraf sebagai penempatan komuniti Melayu melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 melalui rizab Penempatan Pertanian Melayu (M.A.S) di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah 1897 yang dikawal melalui penghuniannya dan pengurusan M.A.S (Warta Selangor No. 21/1900).[1]

Kampung Baru mempunyai keluasan 220 ekar.[2] Ia dibuka pada 1900 sejak perlombongan bijih timah oleh Raja Jumaat. Penduduknya seramai 35,000 orang meliputi 7 buah kampung. Pemilik tanah pula adalah lebih kurang 1,000 orang.

Mercu tanda terkenal

  • Dewan Sultan Sulaiman
  • Stesen LRT Kampung Baru dalam Aliran Kelana Jaya
  • MRT Raja Uda Laluan Putrajaya
  • Masjid Jamek Kampung Baru
  • Pasar Minggu di Jalan Raja Muda Musa
  • Pintu Gerbang Kampong Bharu
  • Pintasan Saloma

Penduduk terkenal

Kemudahan asas

Pendidikan

Isu dan tengkarah

Pembangunan semula

Pembangunan semula Kampong Bharu sentiasa menjadi isu dalam politik Malaysia. Pelbagai usaha pembangunan kampung terbantut dan terbengkalai kerana penduduk kurang yakin . Biasanya pemaju swasta memberi nilaian tanah yang rendah dan tidak berbaloi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan menyediakan kertas pembangunan semula. Beliau sendiri akan berdailog dengan penduduk selepas Kabinet meluluskan kertas cadangan itu. Penduduk Kampung Baru ada hak untuk menentukan corak pembangunan dan kaedah pembangunan yang sesuai dengan kehendak mereka.

Tanah diserahkan kepada kerajaan dan akan dibangunkan. Najib mendengar taklimat daripada ahli Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement Kampung Baru di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampong Bharu.[3]

Ciri kebudayaan Melayu dan legasi unik kawasan ini akan dipertahankan. Ini termasuklah bangunan pencakar langit, kondominium, pusat beli belah, kediaman dan peluang perniagaan terutama untuk peniaga Bumiputera.

RM2 juta diperuntukkan untuk mengecat bangunan dan membaikpulih dua blok flet 17 tingkat PKNS Kampong Bharu yang dilihat kotor dan daif.[4] Ia dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) .[5]

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah ditubuhkan melalui peruntukan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 [Akta 733] yang berfungsi sebagai agensi penyelaras dalam pembangunan semula Kampong Bharu. PKB secara rasminya mula beroperasi pada bulan Julai 2012.[1]

Rujukan

  1. ^ a b "Background of Kampong Bharu – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-10.
  2. ^ "Sejarah Kampung Bharu" (PDF).
  3. ^ "Kampung Baru terima 'tinjauan mesra' PM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-10. Dicapai pada 2010-02-06.
  4. ^ "PM umum konsep baru pembangunan Kampung Baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-09. Dicapai pada 2010-02-06.
  5. ^ Pembangunan Kampung Baru tidak pinggir hak penduduk[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Topik
Zon pembangunan
Daerah polis
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Wilayah Persekutuan Bahagian pilihan raya di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
P114 Kepong · P115 Batu · P116 Wangsa Maju · P117 Segambut · P118 Setiawangsa · P119 Titiwangsa · P120 Bukit Bintang · P121 Lembah Pantai · P122 Seputeh · P123 Cheras · P124 Bandar Tun Razak
Putrajaya
P125 Putrajaya
Labuan
P166 Labuan
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori