Kampung Lamunin
Lokasi di Brunei
(2016)[1]
TG2343
Kampung Lamunin ialah sebuah kampung di Daerah Tutong, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Lamunin. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 1,596 orang pada tahun 2016.[1] Ketua kampung semasa ialah Said bin Tinggal.[2]
Kemudahan
Kampung Lamunin mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Lamunin. Terdapat juga sebuah sekolah agama iaitu Sekolah Ugama Lamunin yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam yang wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei.[3]
Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Kampung Lamunin ialah balai bomba, balai polis dan pejabat pos.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
- ^ "MUKIM LAMUNIN". tutong.gov.bn. Dicapai pada 25 Mei 2018.
- ^ Yahya, Salawati. "Perkasa pendidikan Islam". Media Permata Online. Dicapai pada 25 Mei 2018.