Kaum-kaum di Malaysia

Laman ini telah dilindungi separa dari disunting

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu,Cina dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan Kashpalati.

Orang Melayu

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina

Pakaian : Hanfu (semasa pergerakan Hanfu Malaysia dilangsungkan pada tahun 2007), Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

Suku Kadazandusun

Suku Bajau

Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.

Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.

Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.

Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah.

Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.

Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli).[perlu rujukan]

Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Suku Murut

Suku Momogun Rungus

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.

Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.

Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.

Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".

AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".

LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".

Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".

Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.

Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.

Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.

dari Lain-lain menjadi Momogun

pada tahun 2024, kumpulan bumiputera Sabah, telahpun membuat sebuah petisyen untuk mengubah kata "Lain-lain" menjadi "Momogun" pada mana-mana dokumen rasmi, hal tersebut dibuat melalui tanda tangan yang akan dimasukan bermula 1 Ogos semasa Konvensyen Momogum, yang akan dipersembahkan kepada kerajaan Sabah dan Persekutuan untuk dipertimbangkan [1].

lalu pihak MNC menekankan bahawa Konvensyen tersebut memiliki objektif iaitu mencapai konsensus dan persetujuan di kalangan masyarakat Momogun di Sabah dan menggesa kerajaan negeri dan persekutuan untuk menggantikan istilah 'Lain Lain' (Lain-lain) dengan istilah "Momogun" dalam borang rasmi kerajaan yang digunakan pada masa ini [2].

sebelum konvensyen itu, pada 22 Jun 2024, 09 wakil daripada 52 pertubuhan/persatuan etnik, pertubuhan bukan kerajaan dan koperasi menyuarakan sokongan mereka terhadap inisiatif ini selepas sekian lama dikategorikan sebagai "Lain-lain" di negara masing-masing [2].

lalu pihak Presiden Kongres Kebangsaan Momogun (MNC) Tan Sri Wences Angang berkata

Adalah memalukan bahawa orang asli Sabah masih dikategorikan sebagai 'orang lain' sedangkan orang India, Melayu, dan Cina mempunyai istilah yang sesuai untuk mengenal pasti diri mereka

[3], lalu Beliau juga menjelaskan bahawa satu istilah untuk tiga kumpulan asli utama Sabah iaitu Murut, Kadazandusun, dan Rungus (Murut, Dusunic, dan Paitanic), yang dipecahkan kepada kira-kira 36 etnik dan lebih 200 kumpulan sub-etnik, akan membantu menyatukan komuniti tersebut dan memberi mereka rasa kekitaan dan identiti dalam negara berbilang budaya itu dan beliau juga berkata

Kami faham bahawa menyenaraikan setiap etnik dalam bentuk rasmi akan menjadi terlalu rumit, itulah sebabnya kami mencadangkan menggunakan istilah Momogun"

[1].

apa yang diperjuangkan oleh pihak MNC, bukanlah yang pertama, sebab pihak lain iaitu Persatuan Kebudayaan Rungus (RCA) dan Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick juga telahpun memperjuangkan untuk hal itu [1].

pada Konvensyen tersebut pihak MNC berharap ia akan memberi peluang untuk mengukuhkan lagi sokongan tersebut dan membolehkan organisasi/persatuan lain yang tidak dapat menghadiri pra-konvensyen turut menyatakan sokongan mereka [2].

dengan pernyataan beliau dengan sebagai berikut

"Kami tidak menerima sebarang bantahan dan semua bersetuju bahawa Momogun digunakan untuk kumpulan bahasa Dusunic, Murutic dan Paitanic"

[2].

lalu beliau (Tan Sri Wences Angang) juga menegaskan bahawa penggunaan istilah kolektif seperti Momogun tidak akan mencairkan identiti pelbagai kumpulan etnik tetapi menguatkan mereka, lalu beliau juga merasa cadangan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan untuk mengunakan Istilah Dayak merujuk pada kesemua bumiputera Sabah amatlah tidak sesuai dan beliau mencatat istilah tersebut juga digunakan pada kesemua bumiputera Sarawak (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia), dari itu beliau menekankan Sabah perlu memiliki istilah tersendiri iaitu Momogun [1].

dan pihak MNC menafikan dakwaan dari pihak KDCA, yang konon KDCA tidak dirujuk mengenai perubahan istilah dari lain-lain menjadi Momogun sebagai istilah Bumiputera Sabah, dengan pihak presiden MNC, Tan Sri Wences Angang juga menafikan bahawa cadangan mereka bertepatan dengan 'Konvensyen Perdana Momogun 2024' yang akan datang adalah bermotifkan politik, sambil menegaskan bahawa tiada parti politik yang terlibat [4].

sementara itu pihak Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan juga sebagai Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) ada mencadangkan untuk menggunakan label Bumiputera Sabah ataupun Anak Negeri Sabah sebagai representasi kesemua bumiputera yang ada di Sabah, dan beliau menegaskan bahawa label Lain-lain ialah amat tidak menghormati Bumiputera Sabah, sebab label tersebut gagal memaknai sumbangan dan budaya yang amat kaya pada Orang Asli Sabah, dan menutupi peran mereka dalam sejarah dan naratif Malaysia [5].

sementara itu Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berpendapat bahawa istilah generik yang dicadangkan "Momogun" merangkumi semua etnik dan sub-etnik dalam komuniti Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR), dengan pernyataan sebagai berikut

Jika kita Dusun, kita katakan kita Momogun (Dusun), dan jika kita Kadazan, kita menggunakan Momogun (Kadazan). Kita tidak kehilangan identiti etnik atau sub-etnik kita. Kita hanya menetapkan nama generik tertentu, sama seperti 'Dayak' digunakan di Sarawak untuk merangkumi pelbagai suku. Jadi, pemahaman saya ialah Momogun merangkumi semua etnik dan sub-etnik yang dirujuk sebagai Momogun. Tiada siapa yang ketinggalan

[6].

selepas konvesyen Momogun dijalankan pada 1 Ogos 2024, pada 2 Ogos 2024 sebanyak 75 Persatuan Bersetuju untuk menggunakan Momogun sebagai representasi komuniti Bumiputera Sabah, dengan utama daripada komuniti berbahasa Dusunic, Murutic, dan Paitanic [7].

Suku Bisaya

Pakaian :
Suku kaum :
Makanan : Ambuyat
Permainan :
Alat muzik : Kulingtangan dan Gong
Perayaan : Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Tarian :
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Bisaya
Tempat Asal : Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu

Suku Iranun

Pakaian :
Suku kaum :
Makanan :
Permainan :
Alat muzik : Kulingtangan dan Gong
Perayaan : Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Tarian :
Kepercayaan :Agama Islam
Bahasa : Bahasa Iranun
Tempat Asal : Lahad Datu dan Kota Belud

Suku Suluk

Pakaian : Sablay
Suku kaum : Luuk, Parang
Makanan : Putuh, Sianglak, Sagol, Tiulak Itum, Ikan Bakar dan Kerabu Mangga Muda
Permainan :
Alat muzik : Kulingtangan dan Biola
Perayaan : Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Tarian :
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Sug
Tempat Asal : Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kudat, Beluran dan Kota Kinabalu

Suku Idahan

Pakaian :
Suku kaum : Idahan, Buludupih dan Segamo
Makanan : Alau (Durian Merah), Pahit Pelom, Sambal Lengkuas dan Payau Masak Kicap
Permainan :
Alat muzik : Kulingtangan dan Gong
Perayaan : Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Tarian : Gabiluk
Kepercayaan : Islam
Bahasa : Bahasa Ida'an (Uni Ida'an)
Tempat Asal : Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Kunak

Suku Tidong

Pakaian :
Suku kaum :
Makanan :
Permainan :
Alat muzik : Kulingtangan, Gong dan Gambus
Perayaan : Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Tarian : Tarian Piring dan Tarian Sapu Tangan
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Tidung
Tempat Asal : Tawau, Beluran dan Kinabatangan

Suku Tombonuo

Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.

Suku Kedayan

Pakaian :
Suku kaum :
Makanan :
Permainan :
Alat muzik : Kulingtangan dan Gong
Perayaan : Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Tarian :
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Kedayan
Tempat Asal : Labuan, Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Lawas, Limbang, Miri dan Bintulu

Suku Bagahak

Pakaian :
Suku kaum :
Makanan :
Permainan :
Alat muzik : Kulingtangan dan Gong
Perayaan : Krismas, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Tarian :
Kepercayaan : Agama Kristian dan Islam
Bahasa : Bahasa Begak
Tempat Asal : Lahad Datu

Suku Lundayeh

Suku Iban

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.

Rujukan

  1. ^ a b c d STEPHANIE LEE (24 Julai 2024). "Sabah native group to gather signatures for petition to replace 'others' with 'Momogun' in official documents". www.msn.com (dalam bahasa Inggeris). Microsoft Start News. Dicapai pada 24 Julai 2024. A petition to change the "lain-lain" (others) category to the collective term "Momogun" for Sabah natives in official forms and letters will be sent to both the state and federal governments for consideration.
  2. ^ a b c d NANCY LAI (24 Julai 2024). "Convention to achieve consensus on 'Momogun'". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 26 Julai 2024. Momogun National Congress (MNC) will be organising a ‘Konvensyen Perdana Momogun 2024’ on August 1.
  3. ^ STEPHANIE LEE (24 Julai 2024). "Sabah native group to gather signatures for petition to replace 'others' with 'Momogun' in official documents". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). Dicapai pada 26 Julai 2024. "It is a shame that the natives of Sabah are still categorised as 'others' while the Indians, Malays, and Chinese have proper terms to identify themselves," Angang said.
  4. ^ Jegathisan Sivanesan (29 Julai 2024). "MNC consulted KDCA on Momogun, says Wences". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 29 Julai 2024. The Momogun National Congress (MNC) has refuted claims that it has never consulted the Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) on its proposal to replace the term “Lain Lain” (Others) with “Momogun” in official government forms.
    Its president, Tan Sri Wences Angang, recalled that shortly after the congress was registered in 2015, the president at the time, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, had paid a courtesy call to Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan to pursue the use of the term Momogun as a generic term for the Dusunic, Murutic and Paitanic speaking groups.
    Wences also denied that that their proposal coinciding with their upcoming ‘Konvensyen Perdana Momogun 2024’ is politically motivated, stressing that no political parties are involved.
  5. ^ The Borneo Post (1 Ogos 2024). "Jeffrey advocates for 'Natives of Sabah' to Replace 'Lain-lain' in government documents". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. It is imperative that the term “Natives of Sabah” or “Anak Negeri Sabah” be adopted in official government documents to represent all indigenous peoples of the state, said Deputy Chief Minister I Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
    Jeffrey, who is the president of Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), said the current usage of “lain-lain” (Others) is not only insufficient but also disrespectful. It fails to capture the rich diversity and contributions of Sabah’s indigenous communities, thereby undermining their rightful place in Malaysia’s cultural and historical narrative.
  6. ^ Jenne Lajiun (1 Ogos 2024). "Momogun encompasses all ethnicities, sub-ethnicities – Masidi". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun opines that the proposed generic term “Momogun” encompasses all ethnicities and sub-ethnicities within the Kadazan, Dusun, Murut and Rungus (KDMR) community.
    "If we are Dusun, we say we are Momogun (Dusun), and if we are Kadazan, we use Momogun (Kadazan). We do not lose our ethnic or sub-ethnic identity. We are simply designating a specific generic name, just as ‘Dayak’ is used in Sarawak to encompass various tribes. So, my understanding is that Momogun encompasses all ethnicities and sub-ethnicities referred to as Momogun. No one is left behind," he said.
  7. ^ The Borneo Post (2 Ogos 2024). "75 associations agree to use 'Momogun' to represent Sabah's indigenous, native communities". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. A total of 75 associations have signed a cluster declaration for the term ‘Momogun’ to be used as the name for indigenous and native communities of Sabah from the Dusunic, Murutic, and Paitanic-speaking communities.
    They were among 84 ethnic associations that attended the Premier Momogun Convention, organised by the Momogun National Congress (MNC), at the Sabah Cultural Centre here yesterday.
    Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives Datuk Ewon Benedick, who officiated at the event, said the convention was a highly significant policy decision following the first convention in the early 1960s, which chose the name for the Kadazan, Dusun, or Momogun people at that time.
    Ewon said the convention was not to create a new ethnic name, but a group or generic term to replace the term ‘Others’ used in government forms up to now.
    "Not only is the name of our group important, but also the essence, attitude, thinking, discipline, and integrity of the Momogun community, which include being progressive, innovative, diligent, hardworking, leadership-oriented, well-governed, and able to embrace differences."

Lihat juga