Komputer kerangka utama
Komputer kerangka utama (bahasa Inggeris: mainframe computer) merupakan komputer berkuasa tinggi membolehkan pemprosesan dan perkongsian data serentak[1] untuk meneliti maklumat pukal dan banyak digunakan terutamanya oleh pertubuhan korporat atau kerajaan, termasuk dalam kerja-kerja pembancian, statistik industri dan pengguna, perancangan sumber perusahaan, dan pemprosesan urus niaga kewangan.
Kebanyakan seni bina sistem komputer berskala besar telah diasaskan pada tahun 1960-an. Beberapa sistem pengendalian mikrokomputer muncul dalam tahun 1970-an dan 1980-an, yang turut dikenali sebagai kerangka utama mini atau minikomputer; contohnya PDP-8 oleh Digital Equipment Corporation dan Data General Nova. Kebanyakan ciri pembatas "kerangka utama" telah diwujudkan pada tahun 1960-an, namun ciri-ciri berkenaan terus berkembang dan menjadi matang sehingga ke hari ini.
Rujukan
- l
- b
- s