Laksam

Laksam kuah mentah yang sedap dan hanya terdapat di Kelantan dan Terengganu. Ia tidak tahan lama dan perlu dimakan segar.

Laksam (dikenali sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu) merupakan sejenis masakan daripada negeri kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Kuah Laksam biasanya bewarna putih yang diperbuat dariapada bahan berasaskan ikan dan santan. Laksam biasanya dimakan dengan ulam-ulaman yang dipotong halus.

Laksam juga boleh dimakan bersama kuah lemak kuning bersama daging. Laksam berasal dari pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi
Laksam
  • (Melayu) Gambar dan cara penyediaan laksam.[pautan mati kekal]
  • (Inggeris) Terengganu goverment tourism - Laksam. Diarkibkan 2010-04-17 di Wayback Machine