Laut Bohai
Koordinat: 38°43′N 119°54′E / 38.72°N 119.90°E / 38.72; 119.90
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/03/Bohaiseamap2.png/265px-Bohaiseamap2.png)
Laut Bohai (Bahasa Cina: 渤海code: zh is deprecated ; pinyin: Bó Hǎi; Wade-Giles: Po-hai), juga dikenali sebagai Teluk Bohai, Bohai, atau Bo Hai, ialah bahagian terkedalam Teluk Laut Kuning yang terletak di Timur Laut pantai negara China. Ia dianggarkan mempunyai keluasan 78,000 km² atau 30,116 batu persegi dan menghampiri Beijing, iaitu ibu kota China, menjadikan ia salah satu daripada laluan laut tersibuk di dunia.
Teluk Bohai mempunyai 3 teluk di bahagian pantainya. Teluk-teluk tersebut ialah:
- Teluk Liaodong
- Teluk Bohai
- Teluk Laizhou