Leptobarbus

Leptobarbus
Leptobarbus rubripinna
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Keluarga: Cyprinidae
Subkeluarga: Leptobarbinae
Genus: Leptobarbus
Bleeker, 1860
Spesies jenis
Barbus hoevenii
Bleeker, 1851
Spesies

5, lihat teks.

Sinonim
  • Filirasbora Fowler, 1937

Leptobarbus ialah genus ikan siprinid yang berasal dari Asia Tenggara. Ia ialah ikan makanan yang penting.[1] Ia satu-satunya genus dalam subkeluarga Leptobarbinae. Leptobarbus hoevenii atau jelawat sultan berhijrah di sungai-sungai air tawar Malaysia dan mengembara dalam kawanan di permukaan dengan 40-80 individu pada kecepatan 0.48-1.08 km.[2] Ikan-ikan ini biasa dikelompokkan sebagai "jelawat".

Kolagen larut asid (ASC) dan kolagen larut pepsin (PSC) diekstrak daripada otot ikan keli ternak terpilih (kacukan Clarias gariepinus x Clarias macrocephalus), tilapia merah (Oreochromis niloticus), tilapia hitam (Oreochromis mossambicus), patin siam (Pangasianodon hypophthalmus), jelawat sultan (Leptobarbus hoevenii) dan sepat padi (Trichogaster trichopterus), iaitu ikan air tawar yang banyak dimakan di Malaysia. Hasil ekstrakan bagi spesies yang diuji lebih tinggi PSC berbanding dengan ASC.[3]

Spesies

  • Leptobarbus hoevenii (Bleeker, 1851) (jelawat, jelawat sultan)
  • Leptobarbus hosii (Regan, 1906)
  • Leptobarbus melanopterus M. C. W. Weber & de Beaufort, 1916 (jelawat pipi merah)
  • Leptobarbus melanotaenia Boulenger, 1894 (jelawat sungai)
  • Leptobarbus rubripinna (Fowler, 1937) (jelawat siam)

Rujukan

  1. ^ Froese, Rainer dan Pauly, Daniel, ed. (2011). Spesies bagi Leptobarbus dalam FishBase. Versi Ogos 2011.
  2. ^ (CHRISTENSEN, MS)NTERNATIONALE REVUE DER GESAMTEN HYDROBIOLOGIE Jilid: 77 Isu: 4 Halaman: 593-608 1992
  3. ^ Kiew, PL (Kiew, Peck Loo)[ 1 ] ; Don, MM (Don, Mashitah Mat)[ 1 ] OGOS 2013. JOURNAL OF FOOD PROCESS ENGINEERING Jilid: 36 Isu: 4 Halaman: 428-438
Pengenalpastian takson