M. Suki
M. Suki | |
---|---|
Kelahiran | Mohamed Suki bin Sutan Nordin 1902 (1902) Bukit Tinggi, Asahan, Sumatera Utara, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) |
Meninggal dunia | 11 Mei 1991(1991-05-11) (umur 88–89) Kuala Lumpur, Malaysia |
Nama lain | Pak Suki |
Pekerjaan | Pelakon |
Terkenal kerana | Filem Ahmad Albab |
Pasangan | Zaharah Agus |
Anak-anak | 2 |
Mohamed Suki bin Sutan Nordin atau lebih dikenali sebagai M. Suki (1902 – 11 Mei 1991) merupakan seorang pelakon filem Melayu Pertama di Malaysia atau lebih dikenali Malaya pada tahun 1933 sebagai watak utama dalam Filem Leila Majnun. Beliau juga merupakan hero dalam filem Miang Miang Keladi, keluaran Merdeka Studio 1967. Beliau juga berlakon dalam filem Ahmad Albab bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Kehidupan peribadi
M. Suki pernah berkahwin dengan Allahyarhamah Zaharah Agus yang merupakan seorang penyanyi & pelakon. Lakonan yang melekat dihati semua adalah sebagai Latifah, isteri pertama dalam Filem Madu Tiga. M. Suki juga merupakan bapa kepada Allahyarhamah Nooraini Muti seorang penyanyi & pelakon Bangsawan pada era 50an. Darah seni keluarga M. Suki berterusan sehingga ke cucu beliau iaitu Pelakon Nanu Baharudin[1] yang pernah memenangi beberapa anugerah dalam Industri Filem Malaysia. [2]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1933 | Leila Majnun | Majnun |
1954 | Angin Berpesan | |
1968 | Miang Miang Keladi | Talib |
Ahmad Albab | Sahibul Kastam | |
1976 | Loceng Maut | Guru |
1980 | Detik 12 Malam | |
1981 | Sumpah Semerah Padi | Tok Guru Tirana |
1982 | Raja Laut | Penghulu |
1983 | Manis-Manis Sayang | Dato’ |
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 11 Mei 1991 kira-kira pukul 9.15 malam ketika berusia 89 tahun setelah terjatuh di rumahnya di Hulu Kelang. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur.
Rujukan
Pautan luar
- Menyusuri kisah hidup seniman, seniwati, Oleh JAAFAR ABDUL RAHIM[pautan mati kekal]
- l
- b
- s