Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | BNPC |
Pengurusan | |
Pengerusi | Mohd Najib bin Abdul Razak |
Organisasi induk | Barisan Nasional |
Maklumat lain | |
Dahulunya dikenali sebagai | Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (Sehingga 2018) |
Lokasi | |
Ibu pejabat | PWTC Kuala Lumpur |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (bahasa Inggeris: Barisan Nasional Parliamentary Councilcode: en is deprecated ; atau disingkatkan BNPC) merupakan sebuah kelab ahli Parlimen Malaysia yang terdiri daripada Ahli Parlimen parti Barisan Nasional yang bertanggungjawab menyokong dan memantau Kerajaan, dan membangunkan serta mengangkat dasar parti mereka dalam Parlimen.
Majlis ini dipengerusikan oleh Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dipilih pada November 2020.[1]
Kelab Penyokong Kerajaan
BNPC pada mulanya dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (bahasa Inggeris: Barisan Nasional Backbenchers Clubcode: en is deprecated , atau BNBBC). Ia merupakan sebuah kaukus ahli Dewan Rakyat dari parti pemerintah, Barisan Nasional yang tidak menggangotai jemaah menteri kabinet. Istilah "penyokong kerajaan" (Backbencher) berasal dari Parlimen British, yang menandakan seseorang ahli Parlimen dari parti pemerintah yang tidak menggangotai Kabinet, atau menjadi sebahagian daripada Pemerintah dengan memegang jawatan-jawatan lain seperti Setiausaha Parlimen atau pengerusi lembaga agensi-agensi kerajaan.
Pada asalnya, BNBBC tidak menonjol dalam urusan Ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, pada 2005, ia menarik perhatian apabila Pengerusinya, Shahrir Abdul Samad secara terbuka meminta Akta Perkhidmatan Parlimen diwujudkan semula supaya Parlimen dapat kebebasan dalam menjalankan urusannya sendiri. Ahli penyokong kerajaan menyokong Shahrir, namun tidak banyak didengar lebih lanjut selepas hal tersebut berlalu.
Kemudian pada 2006, Shahrir meletak jawatan Pengerusi BNBBC selepas tidak menerima sokongan daripada penyokong kerajaan dalam undian menyokong satu usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).[2] Timbalan pengerusi, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dipilih memangku jawatan Pengerusi.
Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008 berlangsung, Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing dari Parti Demokratik Progresif Sarawak dilantik menjadi Pengerusi, manakala Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan sebagai timbalan pengerusi.
Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013 berlangsung, Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru dilantik semula sebagai Pengerusi.
Kelab Penyokong Kerajaan BN digantikan dengan Majlis Ahli Parlimen BN selepas berlangsungnya pilihan raya umum Malaysia 2018 yang menyaksikan kekalahan BN mengekalkan pemerintahan. Barisan Nasional melantik Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen.
Selepas BN menyertai semula kerajaan Persekutuan pada 2020, Mohd Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Pekan pula dilantik mempengerusikan Majlis.
Senarai anggota semasa
Barisan Nasional mempunyai 43 anggota Parlimen dalam Dewan Rakyat. 21 orang daripadanya dilantik menggangotai Kabinet manakala 22 yang lain tidak dilantik.
Negeri | No. | Kawasan persekutuan | Nama | Parti | Status | |
---|---|---|---|---|---|---|
Perlis | P001 | Padang Besar | Zahidi Zainul Abidin | UMNO | Eksekutif | |
P003 | Arau | Dr. Shahidan Kassim | UMNO | Penyokong | ||
Kedah | P007 | Padang Terap | Mahdzir Khalid | UMNO | Penyokong | |
P016 | Baling | Abdul Azeez Abdul Rahim | UMNO | Penyokong | ||
Kelantan | P026 | Ketereh | Annuar Musa | UMNO | Eksekutif | |
P029 | Machang | Ahmad Jazlan Yaakub | UMNO | Penyokong | ||
P032 | Gua Musang | Tengku Razaleigh Hamzah | UMNO | Penyokong | ||
Terengganu | P033 | Besut | Idris Jusoh | UMNO | Penyokong | |
Pulau Pinang | P041 | Kepala Batas | Reezal Merican Naina Merican | UMNO | Eksekutif | |
Perak | P054 | Gerik | Hasbullah Osman | UMNO | Meninggal dunia | |
P055 | Lenggong | Shamsul Anuar Nasarah | UMNO | Eksekutif | ||
P061 | Padang Rengas | Mohamed Nazri Abdul Aziz | UMNO | Penyokong | ||
P067 | Kuala Kangsar | Mastura Mohd. Yazid | UMNO | Eksekutif | ||
P069 | Parit | Mohd. Nizar Zakaria | UMNO | Penyokong | ||
P072 | Tapah | Saravanan Murugan | MIC | Eksekutif | ||
P073 | Pasir Salak | Tajuddin Abdul Rahman | UMNO | Penyokong | ||
P075 | Bagan Datuk | Dr. Ahmad Zahid Hamidi | UMNO | Penyokong | ||
Pahang | P078 | Cameron Highlands | Ramli Mohd Nor | UMNO | Penyokong | |
P079 | Lipis | Abdul Rahman Mohamad | UMNO | Eksekutif | ||
P081 | Jerantut | Ahmad Nazlan Idris | UMNO | Penyokong | ||
P084 | Paya Besar | Mohd. Shahar Abdullah | UMNO | Eksekutif | ||
P085 | Pekan | Mohd. Najib Abdul Razak | UMNO | Penyokong | ||
P086 | Maran | Ismail Abdul Muttalib | UMNO | Eksekutif | ||
P087 | Kuala Krau | Ismail Mohamed Said | UMNO | Eksekutif | ||
P090 | Bera | Ismail Sabri Yaakob | UMNO | Eksekutif | ||
P091 | Rompin | Hasan Arifin | UMNO | Penyokong | ||
Selangor | P095 | Tanjong Karang | Noh Omar | UMNO | Penyokong | |
Putrajaya | P125 | Putrajaya | Tengku Adnan Tengku Mansor | UMNO | Penyokong | |
Negeri Sembilan | P126 | Jelebu | Jalaluddin Alias | UMNO | Penyokong | |
P127 | Jempol | Mohd. Salim Shariff | UMNO | Penyokong | ||
P131 | Rembau | Khairy Jamaluddin Abu Bakar | UMNO | Eksekutif | ||
Melaka | P139 | Jasin | Ahmad Hamzah | UMNO | Eksekutif | |
Johor | P147 | Parit Sulong | Noraini Ahmad | UMNO | Eksekutif | |
P148 | Ayer Hitam | Wee Ka Siong | MCA | Eksekutif | ||
P153 | Sembrong | Hishammuddin Hussein | UMNO | Eksekutif | ||
P155 | Tenggara | Adham Baba | UMNO | Eksekutif | ||
P156 | Kota Tinggi | Halimah Mohd. Sadique | UMNO | Eksekutif | ||
P157 | Pengerang | Azalina Othman Said | UMNO | Parlimen | ||
P164 | Pontian | Ahmad Maslan | UMNO | Penyokong | ||
P165 | Tanjung Piai | Wee Jeck Seng | MCA | Eksekutif | ||
Sabah | P176 | Kimanis | Mohamad Alamin | UMNO | Penyokong | |
P182 | Pensiangan | Arthur Joseph Kurup | PBRS | Eksekutif | ||
P187 | Kinabatangan | Bung Moktar Radin | UMNO | Penyokong |
Pengerusi
Pengerusi | Parlimen | Timbalan | Parlimen | Tahun |
---|---|---|---|---|
Shahrir Abdul Samad | Johor Bahru | Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar | Larut | 2004-2006 |
Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar | Larut | 2006-2008 | ||
Tiong King Sing | Bintulu | Bung Moktar Radin | Kinabatangan | 2008-2013 |
Shahrir Abdul Samad | Johor Bahru | Bung Moktar Radin | Kinabatangan | 2013-2018 |
Ismail Sabri Yaakob | Bera | 2018-2020 | ||
Mohd Najib Tun Abdul Razak | Pekan | 2020-kini |
Kontroversi
Lawatan sambil belajar ke Taiwan
Pada September 2008, BNBBC telah menganjurkan lawatan mengejut ke Taipei, Taiwan. Lawatan pada bulan puasa itu diadakan dengan tujuan meningkatkan pengetahuan berkaitan teknologi pertanian di Taiwan. Seramai 49 orang ahli parlimen telah menyertai lawatan ini. Ini termasuklah 10 dari Sabah, 12 dari Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung Malaysia. Lawatan mereka selama lapan hari ke Taiwan tersebut, telah dipersoalkan, kerana mereka akan berada di sana sehingga 16 September - tarikh yang didakwa Penasihat PKR, Anwar Ibrahim akan menyaksikan ahli-ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat[3].
Lihat juga
Rujukan dan nota
- ^ "Laporan: Najib dilantik pengerusi kelab MP BN menjelang belanjawan". Malaysiakini. 1 November 2020. Dicapai pada 9 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Shahrir wants BN to shine" Diarkibkan Mac 11, 2007, di Wayback Machine. (May 9, 2006). The Sun.
- ^ "49 MP BN ke Taiwan mulai hari ini". Malaysiakini. 8 September 2008. Dicapai pada 9 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Pautan luar
- Portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional