Maktab Rendah Sains MARA Tumpat

Koordinat: 6°13′08″N 102°07′17″E / 6.21897°N 102.12148°E / 6.21897; 102.12148

Maktab Rendah Sains MARA Tumpat
مكتب رنده ساءين س مارا تومڤت
Alamat
Kampung Tujoh
D174 Jalan Pengkalan Kubor
Tumpat, 16200, Kelantan
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Tumpat
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMei 2010
StatusBeroperasi
PengetuaAsmah Binti Ahmad Hambadley
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Asmawani binti Ibrahim
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohamed Najib bin Othman
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Stanly Narang Anak Bandang
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganThink With A Vision, Act With Wisdom
Nama alumniANSARA Tumpat
Laman sesawangtumpat.mrsm.edu.my
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: Jun 2024

Maktab Rendah Sains MARA Tumpat (singkatan: MRSM Tumpat) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kampung Tujuh, berdekatan dengan Pantai Sri Tujuh, dalam jajahan Tumpat di negeri Kelantan. MRSM Tumpat mula menerima pelajar pada 21 Jun 2010. Pada tahun 2011, MRSM Tumpat telah menerima seramai 300 orang pelajar lagi yang terdiri daripada tingkatan 1 dan 4 yang telah mendaftarkan diri mereka pada 7 Februari 2011.


Sejarah

Penubuhan maktab

MRSM Tumpat mula beroperasi pada 16 Mei 2010 di satu kawasan berhampiran pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Pembangunan infrakstrukturnya mengandungi bangunan Pentadbiran, bangunan Akademik, bangunan Asrama Putera dan Puteri, Dewan Selera, Dewan Besar, Pusat Sumber ilmu, Bangunan Makmal Sains, Surau, Rumah Pengetua, Rumah Timbalan Pengetua, Apartmen Guru dan kakitangan serta Gelanggang Permainan.

Pada 16 Mei 2010, seorang Timbalan Pengetua (HEA) dan seorang guru fizik telah melaporkan diri di MRSM Tumpat. Manakala 6 orang kakitangan melaporkan diri pada 1 Jun 2010 dan 24 orang guru melaporkan diri pada 14 Jun 2010. Pengambilan pelajar pertama adalah pada 21 Jun 2010 yang terdiri daripada 169 orang pelajar tingkatan satu. Pengambilan kedua pula adalah pada 18 Julai 2010 yang terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan satu.


Lagu rasmi

Rujukan


Lihat juga


  • l
  • b
  • s
Program Premier
Zon utara
Zon timur
Zon barat
Zon selatan
Zon Sabah dan Sarawak
Program IGCSE
Program IB MYP
Program Ulul Albab
Program Teknikal
Program Bitara/PKP
Tutup Operasi
  • Majlis Amanah Rakyat
  • Pendidikan di Malaysia
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
Ikon tunas

Rencana mengenai sekolah di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s