Masjid Jamek Sultan Ibrahim
Masjid jamik
Imam Haji Mohd Hafiz bin Hashim (Timb. Imam Besar)
Imam Haji Musa bin Muda Al-Hafiz
Imam Haji Mohd Tamlis bin Abdul Rahman
Bilal Abu Bakar bin Muhammad
Taman Sri Tanjung
Muar
sunting
Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Jawi:ﻣﺴﺟﺪ ﺟﺎﻣﻊ ﺳﻠﻄﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﯿﻢ) ialah sebuah masjid tertua yang terkenal dalam daerah Muar. Ia terletak di Bandar Maharani, Muar, Johor, Malaysia. Lokasi masjid ini adalah di Jalan Petri berdekatan dengan muara Sungai Muar.
Sejarah
Masjid Jamek Muar[1] adalah merupakan nama pertama yang diberikan sempena pembinaan masjid dan merupakan masjid yang tertua di Daerah Muar. Pembinaan ini ditaja pada tarikh 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. Senibina masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu Encik Sulaiman bin Haji Ilyas. Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said bin Haji Sulaiman.
Pembinaan masjid ini adalah daripada ehsan Kerajaan Johor dan Khairat Ahli Negeri Johor Darul Ta’zim.
Masjid Jamek Muar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail (Tengku Mahkota Johor) dan Yang Berhormat Dato’ Mustapha Jaafar (Menteri Besar Johor) pada hari Jumaat, jam 11 pagi pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930 Masihi.
Masjid ini telah dirasmikan dan dibuka kepada umum sempena 35 tahun penaklukan dan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim (Sultan Yang Dipertuan Johor), dan juga kepada Yang Amat Mulia Tengku Ahmad selaku Pesuruhjaya Kerajaan Daerah Muar, serta kepada Yang Berhormat Engku Ali bin Abdullah selaku Yang Dipertuan Agama Islam Johor.
Aktiviti Mingguan Masjid
- Kuliah Subuh
- Kuliah Maghrib
- Kuliah Dhuha
- Kuliah Helwah
- Kuliah Tarannum
- Zikir Asma Ul Husna
- Wirid Khaujakan
Kemudahan
- Pusat Pengajian Al Quran
- Akademi Seni Khat Muar
- Pusat Kursus Pra Perkahwinan
- Dewan Seri Utama - dewan pelbagai guna
- Safar Inn
- Balai Rehat
- Klinik Wakaf An-Nur
- Laman Sihat
- WiFi
Hubungi
Lujnah Ta'mir
Masjid Jame' Sultan Ibrahim Muar
Jalan Petri
84000 Muar
[email protected]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Sejarah Masjid Jamek Muar, dicapai pada 26 November 2016
- Masjid Jamek Sultan Ibrahim[pautan mati kekal]