Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh

مسجد كامڤوڠ سبرڠ بوكيت تومبوهcode: ms is deprecated
Sila klik untuk gambar dari Peta Google.
Maklumat amCabang/mazhabSunni IslamStatusBeroperasiMaklumat pentadbiranImamSamsuddin Bin Ali 2017 (Imam Besar)
Shap'i Bin Hassan ditukar kepada Cikgu Zali 2017 (Timb. Imam Besar)
Hafizi Mokhtar 2017
BilalPok Jakpo
Hj Sidek
Hj Ali
PengerusiCikgu Marzuki bekas Guru Besar SK Bukit TumbuhDimiliki olehNo Daftar: MY-11-KTR-00444Maklumat geografiNegara MalaysiaNegeri TerengganuDaerah Kuala NerusLokasiMasjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh,
Kampung Seberang Bukit Tumbuh,
Kuala Nerus,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul ImanKoordinat5°20′16″N 103°07′03″E / 5.337801°N 103.117421°E / 5.337801; 103.117421Koordinat: 5°20′16″N 103°07′03″E / 5.337801°N 103.117421°E / 5.337801; 103.117421Maklumat pembinaanBil. kubah-Bil. menara1Bahan binaanSimen & papanLaman sesawangMasjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Seberang Bukit Tumbuh[1], Kuala Nerus, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.[2]

Alamat

Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh,
Kampung Seberang Bukit Tumbuh,
Kuala Nerus,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Sejarah

Sejarah 1

Menurut Hj Tawang (Awang Bin Abdullah ,meninggal 26 Dis 2016)penduduk asal Kampung Seberang Bukit Tumbuh juga merupakan jemaah tetap Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh semenjak 1930 an sehingga akhir hayatnya 2016 bahawa masjid itu adalah berasal dari Istana Hinggap bagi Raja Muda Terengganu pada waktu itu.Raja Muda itu ialah anak kepada Sultan Omar ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah I atau Baginda Omar (1806 – 11 April 1876) Sultan Terengganu ke-9 .

Baginda memerintah dari 4 November 1839 - 11 April 1876.

Melihat kepada penduduk kampung tersebut belum mempunyai masjid lalu Raja Muda mewakafkan istana baginda bagi dijadikan masjid untuk kampung seberang Bukit Tumbuh.

Menurut Hj Tawang lagi ,Tiang Asal istana itu masih boleh dilihat sehingga hari ini jika pengunjung hadir ke masjid kampung seberang bukit tumbuh.Tiang kayu yang berada di dalam masjid sebanyak enam batang yang terletak di tengah-tengah masjid itulah tiang asal Istana Hinggap bagi Raja Muda.

Hj Tawang berkata ketika waktu kecilnya sekitar 1930 an,beliau sempat solat berimamkan cucu kepada Raja Muda yang mewakafkan istana itu untuk dijadikan Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh.Cucu Raja Muda itu kemudiannya meninggal dan kemudiannya dikuburkan di tepi mimbar Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh .


Sejarah 2

Menurut Syed Abdillah Al Idrus ,Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh ada kaitan dengan seorang ulamak dan wali Allah yang digelar Tokku Bukit Tumbuh atau Datuk Bukit Tumbuh.Beliau bernama Syed Mustafa Bin Syed Muhammad(Tokku Maqam Lama) dan beliau merupakan anak kepada Tokku Maqam Lama.

Tokku Maqam Lama bernama Syed Muhammad Bin Syed Ahmad Bin Syed Syeikh Al Idrus yang wafat pada 1209hijrah@1794masihi dan dimaqamkan di Cabang Tiga.

Tokku Bukit Tumbuh ialah anak sepupu kepada Tokku Tuan Besar (Syed Muhammad Al Idrus).Tokku Tuan Besar pada zaman Sultan Omar dilantik menjadi Syeikhul Islam Terengganu .Manakala Tokku Bukit Tumbuh diberi tugas untuk mengajar dan mengurus tadbir kampung seberang bukit tumbuh pada zaman pemerintahan Sultan Omar.

Penduduk kampung akan merujuk kepada Tokku Bukit Tumbuh jika berlaku apa-apa masalah samada urusan pentadbiran atau urusan agama khususnya.

Tokku Bukit Tumbuh setelah wafatnya dimaqamkan di Perkuburan kampung seberang bukit Tumbuh.Maqamnya berada di dalam pagar lama atau dipanggil penduduk kampung "pagar kubur tok syed".

Kesimpulan

Berdasarkan dua sejarah di atas bolehlah dikatakan Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh di asaskan pada tahun 1840 an iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Omar iaitu Sultan Terengganu ke 9.

Pentadbiran

Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00444.

Rujukan

  1. ^ Kampung Seberang Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu, Terengganu
  2. ^ "Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-01. Dicapai pada 2018-01-01.

Pautan luar

  • Senarai Masjid Seluruh Malaysia
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
  • l
  • b
  • s
Masjid di Terengganu
 Daerah Kuala Terengganu
 Hulu Terengganu
Masjid As-Syakirin • Masjid Kampung Bukit PerahMasjid Kampung Kuala Menjing • Masjid Sultan Mahmud
 Kuala Nerus
Masjid Batu Enam • Masjid Bukit Tok Beng • Masjid Kampung Batin • Masjid Kampung Gemuruh • Masjid Kampung Padang AirMasjid Kampung Padang NanasMasjid Kampung Pagar UbiMasjid Kampung Pengkalan Arang • Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh • Masjid Kampung Tebauk • Masjid Kampung Tok Jembal • Masjid Nur Bakti • Masjid Nurul Iman • Masjid UNISZAMasjid Wakaf Tembesu • Masjid Jamek Pantai Tok Jembal
 Kemaman
 Dungun
Masjid Sultan Mahmud
 Marang
 Besut
 Setiu