Muhammad Balfas

M. Balfas
LahirMuhammad Salim Balfas
(1922-12-25)25 Disember 1922
Jakarta, Indonesia
Meninggal dunia5 Jun 1975(1975-06-05) (umur 52)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPenulis
BahasaIndonesia
WarganegaraIndonesia
Tempoh1940-an sehingga 1975
GenreCerita pendek Cerita kanak-kanak

Muhammad Balfas, nama penuh Muhammad Salim Balfas (25 Disember 1922 – 5 Jun 1975), lebih dikenali sebagai M. Balfas, ialah seorang penulis dan pengkritik sastera yang berasal dari Indonesia.

Biografi

Balfas dilahirkan di Krukut, Betawi (sekarang Jakarta), Hindia Timur Belanda, pada 25 Disember 1922.[1] Beliau anak kelahiran keluarga daripada suku Betawi. Tidak banyak diketahui tentang kehidupan awalnya melainkan yang beliau kelulusan sekolah menegah Belanda (MULO) dalam tahun 1940.[2]

Balfas mula menulis dalam tahun 1940-an. Cerita-cerita pendeknya (cerpen) diterbitkan dalam Asia Raja, (Ejaan Sempurna: Asia Raya) akhbar rasmi kerajaan penakluk Jepun, dalam tahun 1943. Beliau kemudian mula menyumbangkan puisi, cerita, dan esei kepada majalah kendalian orang Indonesia, Pembaroean.[3] Semasa Revolusi Nasional Indonesia, Balfas mendapat pekerjaan sebagai seorang pemberita. Beliau juga mengetuai majalah Masyarakat.[2]

Dalam tahun 1952 Balfas menghasilkan Dr. Tjipto Mangunkusumo, biografi seorang ketua pergerakan penentang;[1] ia diterbitkan oleh Djambatan sebagai satu daripada siri biografi tentang ketua-ketua pergerakan penentang.[4] Dalam tahun yang sama, beliau juga mengeluarkan Lingkaran-Lingkaran Retak, sebuah himpunan lima cerpen, didahului "Anak Revolusi".[1][5] Dalam tahun 1953, beliau dan Sudjati SA mengasaskan majalah Kisah, yang hanya menerbitkan cerpen. Beliau terus menjadi seorang daripada penyunting majalah itu, bersama-sama HB Jassin dan Idrus, sehinggalah penerbitan majalah tersebut berhenti dalam tahun 1956.[2]

Dalam tahun 1956 Balfas menerbitkan cerita kanak-kanak, Suling Emas. Dalam tahun berikutnya, beliau menulis sebuah drama radio untuk orang dewasa, berjudul Tamu Malam. Dalam tahun 1960, beliau menerbitkan sebuah lagi cerita kanak-kanak, Anak-Anak Kampung Jambu.[1] Dan dalam tahun 1961, beliau membantu HB Jassin untuk menubuhkan sebuah majalah, Sastra; beliau berhijrah ke Malaysia dalam tahun berikutnya.[2]

Dari tahun 1962 hingga 1967 Balfas bekerja di Suara Malaysia. Sementara di Malaysia, beliau menerbitkan novel tunggalnya, Retak: Lahirnya Sebuah Mythe; novel ini pada asalnya diberi judul Aku Bukan Nabi.[1]

Dalam tahun 1968, Balfas, yang tidak berpuas hati dengan kehidupannya di Malaysia, berhijrah ke Australia dan mengajar di University of Sydney.[2] Dalam tahun 1975, beliau bercuti selam setahun untuk menjalankan kajian mengenai sejarah kesusasteraan Indonesia.[3] Balfas meninggal dunia di Jakarta pada 5 Jun 1975 selepas menghidap serangan asma.[1][2] Beliau disemadikan di Karet Bivak.[3] Balfas meninggalkan sebuah manuskrip yang belum diselesaikan berjudul Si Gomar;[2] Pengkaji kesusasteraan Indonesia warga Belanda, A Teeuw menganggap karya itu sebagai karya Balfas yang "paling menarik"[6]

Tema-tema

Lingkaran-Lingkaran Retak berkaitan dengan kumpulan yang tidak bernasib baik,[7] sementara Retak pula menangani isu-isu humanisme dan pengorbanan demi ideologi. Oleh sebab ini, Teeuw mengklasifikasikan Belfas sebagai sebahagian daripada ahli sastera Indonesia Generasi '45.[6] Jassin menulis tentang anggapannya yang "Anak Revolusi", yang dianggap sebagai "mencipta alamnya sendiri",[a] menonjolkan ideologi asas dan pandangan dunia yang digunakan Balfas dalam karya-karyanya yang lain.[5] Ini termasuklah kepercayaan yang kehidupan penuh dengan peristiwa yang tidak diduga, berlawanan dengan kepercayaan yang setiap orang memiliki nasib yang sudah ditetapkan.[4]

Kehidupan peribadi

Balfas mendirikan rumah tangga dua kali. Beliau berkahwin untuk kali kedua dengan wanita Australia bernama Wendy dan sama-sama mereka membesarkan dua orang anak mereka dan juga lima orang anak Balfas hasil perkahwinan pertamanya.[3]

Catatan

  1. ^ Original: "... menciptakan dunianya sendiri ..."

Rujukan

Nota kaki
  1. ^ a b c d e f Eneste 2001, m/s. 145.
  2. ^ a b c d e f g Language Centre, M. Balfas.
  3. ^ a b c d Tempo 1975, Balfas Berpulang.
  4. ^ a b Jassin 1985, m/s. 212.
  5. ^ a b Jassin 1985, m/s. 211.
  6. ^ a b Teeuw 1980, m/s. 289.
  7. ^ Teeuw 1980, m/s. 288.
Bibliografi
  • "Balfas Berpulang" [Balfas Meninggal Dunia]. Tempo (dalam bahasa Indonesia). 28 Jun 1975. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2014. Dicapai pada 11 April 2012.
  • Eneste, Pamusuk (2001). Buku Pintar Sastra Indonesia [Buku Panduan Sastera Indonesia] (dalam bahasa Indonesia) (ed. ketiga). Jakarta: Kompas. ISBN 978-979-9251-78-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jassin, HB (1985). "M. Balfas: Manusia Bugil" [M. Balfas: Naked People]. Kesusastraan Indonesia Modern dalam Kritik dan Esei II [Kesusasteraan Indonesia Moden dalam bentuk Kritik dan Esei II] (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Gramedia. m/s. 211–214. OCLC 36434233.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "M. Balfas" (dalam bahasa Indonesia). Language Centre, Ministry of Education. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-11. Dicapai pada 11 April 2012.
  • Teeuw, A. (1980). Sastra Baru Indonesia [Sastera Baharu Indonesia] (dalam bahasa Indonesia). 1. Ende: Nusa Indah. OCLC 222168801.CS1 maint: ref=harv (link)
Persondata
Nama Balfas, Muhammad Salim
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Author
Tarikh kelahiran 25 December 1922
Tempat kelahiran Jakarta, Indonesia
Tarikh kematian 5 June 1975
Tempat kematian Jakarta, Indonesia