Ops Cinta Din Sardin

Ops Cinta Din Sardin
GenreDrama, cinta, konflik, keluarga
Ditulis olehMF Kencana
PengarahNazir Jamaluddin
Dibintangi oleh
  • Izzue Islam
  • Mira Filzah
Lagu pembukaan"Ops Cinta Din Sardin" - Aesar Mustafa feat Nick Cdrw
Lagu penutup"Ops Cinta Din Sardin" - Aesar Mustafa feat Nick Cdrw
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Norley Aimi Nadiah Shaari
  • Arjunasukma Yie
Penerbit
  • Arisz Ab Rahman
  • Nuruh Izzah D (bersama)
  • Irene Qistina D (bersama)
  • Fahd Rahman D (bersama)
  • Noah Daniel D (bersama)
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal11 Ogos 2017 – 12 September 2017

Ops Cinta Din Sardin merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Nazir Jamaluddin lakonan Izzue Islam dan Mira Filzah.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Kelakarama TV9 bermula 11 Ogos 2017 hingga 12 September 2017.

Sinopsis

Mengisahkan Din Sardin (Izzue Islam) yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya. Sejak mengenali Che Ta (Mira Filzah, seorang Pegawai JPJ yang cantik manis, Din Sardin semakin minat bekerja dalam anggota beruniform. Sahabat baik Din iaitu Amir masih lagi degil dan kembali merempit dengan budak-budak rempit kampung.

Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya.

Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi anggota unit beruniform itu ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa malang akibat kedegilannya untuk kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram.

Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ.

Din Sardin menjadi anggota JPJ dan bercinta dengan Su sejak sama-sama dalam latihan. Kebetulan pula Che Ta bertugas menjadi jurulatih di pusat latihan itu, menemukannya dengan Din Sardin. Percintan Din Sardin dan Su Berakhir. Din dipindahkan ke Putrajaya, dan diserapkan satu unit dengan Che Ta yang menjadi ketuanya. Din berusaha mendapatkan cinta Che Ta. Su kemudian dipindahkan juga ke Putrajaya. Su ingin kembali kepada Din, tetapi Din menolak kerana Din mengejar cinta Che Ta. Su kecewa. Che Ta pula menolak cinta Din Sardin. Din Sardin pula yang kecewa. Dia mahu kembali kepada Su, tetapi Su sudah ada teman lelaki baru. Din Sardin kecewa. Hinggalah dia berubah menjadi anggota JPJ yang paling cemerlang dan dia berjaya menambat hati Che Ta semula.

Pelakon

Pelakon utama

  • Izzue Islam sebagai Din Sardin
  • Mira Filzah sebagai Che Ta

Pelakon pembantu

Penampilan khas

Runut Bunyi

  • Ops Cinta Din Sardin - Aesar Mustafa feat Nick Cdrw
  • Pematah Hati - Nabila Razali
  • Fall In Love - Nominos
  • Larut - Aiman Sidek
  • Bimbang - Izzue Islam
  • Sahabat - Izzue Islam
  • Oh Na Na - Liyana Jasmya
  • Asal Kau Bahagia - Armada

Rujukan

  1. ^ My Info Taip (11 Ogos 2017). Dicapai pada 12 September 2017.

Kesinambungan