Orang Melayu Selangor

Orang Melayu Selangor
Orang Selangow
اورڠ ملايو سلاڠور
Jumlah penduduk
3,995,601
Kawasan ramai penduduk
Selangor dan Kuala Lumpur
Bahasa
Majoriti: Melayu (dialek Selangor)
Minoriti: Banjar, Jawa, Minangkabau, Bugis, Inggeris dan Arab
Agama
Sunni Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Malaysia

Orang Melayu Selangor ialah antara sub-suku Melayu yang merupakan penduduk di Selangor. Dikatakan Orang Melayu Selangor berasal dari Orang Melayu Johor. Majoriti penduduk negeri Selangor dari kalangan orang Melayu Selangor terdiri daripada kalangan dari suku Jawa, Banjar,Minangkabau dan Bugis.

Negeri Selangor menjadikan negeri Melayu yang paling ramai di Malaysia.

Sejarah

Pada abad ke-17, bermula kemunculan orang Bugis di Selangor, meskipun tak dapat dipastikan ketua asal mereka.[8] Apapun begitu, kehadiran warga Bugis di Selangor turut disertai lima raja Bugis bersaudara yang memiliki pengaruh kuat terhadap perang-perang di Nusantara sepanjang awal abad ke-17. Masyarakat Bugis di Selangor diketahui memiliki hubungan kuat dengan warga Bugis di Riau, dan juga sering dikerah bagi tujuan perang seperti menggulingkan Raja Kechil di Riau dan kerabat Sultan Perak.

Melayu Jati Selangor

Orang Melayu Selangor bukan hanya Melayu Anak Dagang. Melayu Anak Jati telah wujud di Selangor.

Sebelum abad ke-19 dan 20, Selangor pada ketika itu tidak mempunyai ramai penduduk atau pendatang dari seluruh pelusuk Nusantara. Jadi pada masa itu Selangor kebanyakannya dihuni oleh Melayu jati. Melayu pada ketika itu dikenali sebagai orang Klang kerana disitulah terbentuknya identiti jati Melayu Selangor.

Selain itu, Terdapat juga Melayu Jati iaitu orang Kelantan berkahwin dengan orang Terengganu di Besut, Terengganu satu tahun kemudian mereka berpindah ke Selangor untuk berkerja dan tempat tinggal. Selepas itu, Bayi baru lahir di Hospital Petaling Jaya, Selangor akhirnya dia telah menjadikan Melayu jati Selangor kerana nenek moyang dia berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.

Bahasa

Dialek Selangor Bahasa Melayu piawai
Kenape Kenapa
Besaw/Besow Besar
Runto Runtuh
Antaw Hantar
Ari Hari
Ijau/Ijo Hijau
Itam Hitam
Puteh Putih
Meyrah Merah
Wane Warna
Peno Penuh
Keje Kerja
Satuw Satu
Duwe Dua
Tige Tiga
Pat Empat
Limew Lima
Nam Enam
Tujo Tujuh
Semilan Sembilan
Sepulo Sepuluh
Doblas Dua belas
Doploh Dua puluh
Aiw Air
Ujan Hujan
Amikkan Ambilkan
Jap Kejap
Doh(contoh:gempak

doh, Mantap doh)

???
Ati Hati
Pegi/gi Pergi
Ape Apa
Tidow Tidur
Bece Beca
Kolumpo Kuala Lumpur
Dengkel Dengkil
Koselangow Kuala Selangor
Kitenye Selangow Kitanya Selangor

Orang yang terkenal