Pacat Anggun

Pacat Anggun
Status pemuliharaan

Kurang membimbangkan  (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Pittidae
Genus: Pitta
Spesies:
P. elegans
Nama binomial
Pitta elegans
Temminck, 1836

Pacat Anggun (Pitta elegans) adalah satu spesies burung passerine dari keluarga pitta, Pittidae. Ia endemik dari Indonesia, di mana ia boleh ditemui di Pulau Sunda Kecil dan Maluku.

Taksonomi dan taburan subspesies

Pacat Anggun telah diperincikan dan digambarkan oleh ahli zoologi Belanda Coenraad Jacob Temminck pada tahun 1836 berdasarkan spesimen yang dikumpul daripada pulau Timor. Temminck memberi nama binomial Pitta elegans.[2][3]

Kadang kala Pacat Anggun dianggap sebagai satu subspesies bagi Pacat India (P. brachyura), Pacat Bising (P. versicolor) atau Pacat Sayap Biru (P. moluccensis).[4]

Enam subspesies telah dikenal pasti:[5]

  • P. e. virginalis Hartert, 1896 – pulau-pulau kecil di Tanahjampea, Kalaotoa, dan Kalao (antara Sulawesi dan Flores)
  • P. e. vigorsii Gould, 1838 – pulau-pulau di barat daya New Guinea
  • P. e. hutzi Meise, 1942 – pulau Nusa Penida (tenggara Bali)
  • P. e. concinna Gould, 1857 – Lombok, Sumbawa, Flores, Adonara, Lomblen dan Alor (Kepulauan Sunda Kecil)
  • P. e. maria Hartert, 1896 – pulau Sumba (selatan Sunda Kecil)
  • P. e. elegans Temminck, 1836 – pulau-pulau antara timur Sulawesi hingga baratt New Guinea

Subspesies P. e. vigorsii kadang kala dianggap satu spesies berasingan, iaitu Pacat Dagu Putih. Tiga subspesies lain telah diperincikan tetapi kini disatukan dalam subspesies sebelumnya.[4]

Taburan dan habitat

Pacat Anggun adalah endemik di Kepulauan Sunda Kecil dan Maluka di Indonesia. Ia juga dilaporkan boleh ditemui di Timor Timur oleh beberapa pengarang,[1] akan tetapi spesies ini hanya direkodkan di bahagian barat pulau, meskipun habitatnya adalah sesuai.[6] Habitat aslinya adalah hutan tropika kering dan tanah rendah lembab tropika.[4]

Ras yang boleh ditemui di Timor, Semau, dan Kisar. P. e. maria ditemui di Sumba, and P. e. concinna ditemui di Flores, Lombok dan pulau-pulau berdekatan. P. e. virginalis ditemui di Tanahjampea, Kalao dan Kalaotoa, selatan Sulawesi, dan P. e. vigorsii bertebaran di Banda, Kasiui, Kur, Tiur, Kepualauan Kai, Damar, dan Babar.[4]

Perincian

Perut Pacat Anggun berwarna merah

Pacat Anggun mempunyai panjang 19 cm (7.5 in) dan berat 47–77 g (1.7–2.7 oz). Kepala, kerongkong, dagunya berwarna hitam, manakala jambulnya berjalur kuning pucat. Bahagian atas badannya berwarna hijau gelap, manakala hampir keseluruhan sayap bertompok turquoise cair. Punggungnya berwarna turquoise-biru dan ekornya berwarna hitam dengan hujung ekor berwarna hijau. Kebanyakan bahagian bawah berwarna kuning cair dengan warna hitam di tengahnya dan tompokan merah di perut. Kedua-dua jantina mempunyai warna yang sama.[4]

Rujukan

  1. ^ a b BirdLife International (2012). "Pitta elegans". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2012. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)old-form url
  2. ^ Temminck, Coenraad Jacob (1836). Nouveau recueil de planches coloriées d'oiseaux, pour servir de suite et de complément aux planches enluminées de Buffon (dalam bahasa French). Volume 2. Paris: F.G. Levrault. Plate 591, Fig. 2 Folio 100. |volume= has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) The 5 volumes were originally issued in 102 parts, 1820-1839
  3. ^ Traylor, Melvin A. Jr, penyunting (1979). Check-list of Birds of the World. Volume 8. Cambridge, Massachusetts: Museum of Comparative Zoology. m/s. 328. |volume= has extra text (bantuan)
  4. ^ a b c d e Eritzoe, J.; de Juana, E. (2018). del Hoyo, Josep; Elliott, Andrew; Sargatal, Jordi; Christie, David A.; de Juana, Eduardo (penyunting). "Elegant Pitta (Pitta elegans)". Handbook of the Birds of the World Alive. Barcelona, Spain: Lynx Edicions. Dicapai pada 28 August 2018.
  5. ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2019). "NZ wrens, broadbills & pittas". World Bird List Version 8.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 16 January 2019.
  6. ^ Trainor, C.R.; Santana, F.; Pinto, P.; Xavier, A.F.; Safford, R.; Grimmett, R. (2008). "Birds, birding and conservation in Timor-Leste". BirdingASIA. 9: 16–45.
Pengenalpastian takson
  • Wd: Q1085484
  • ADW: Pitta_elegans
  • Avibase: F2AAE3FE482511A6
  • eBird: elepit1
  • EoL: 919384
  • GBIF: 2489459
  • iNaturalist: 14433
  • IRMNG: 10210208
  • ITIS: 562227
  • IUCN: 216710532
  • NCBI: 397311
  • Xeno-canto: Pitta-elegans