Pasukan Asuma

  • l
  • b
  • s

Dalam Naruto, Pasukan Asuma (アスマ班,code: ja is deprecated , Asuma-han) turut juga dikenali dengan nama Pasukan 10 (第10班、 第十班,code: ja is deprecated , Dai-jippan), merupakan pasukan generasi kedua Trio Ino-Shika-Chō (bapa mereka merupakan generasi pertama). Pasukan ini terdiri daripada Chōji Akimichi, Shikamaru Nara dan Ino Yamanaka.

Latarbelakang

Pasukan 10 terkenal dengan kemahiran mereka menghalang gerakkan pihak musuh. Mereka diketuai oleh Asuma sehinggalah kematiannya dalam Bahagian II. Kakashi Hatake kemudiannya diarahkan menjadi ketua sementara kepada Pasukan 10 dalam usaha mereka membalas dendam di atas kematian Asuma ditangan anggota Akatsuki. Pasukan 10 masih dianggap aktif walaupun mereka tidak memiliki ketua tetap yang baru.

Ketiga-tiga anggota Pasukan 10 merupakan sahabat baik dari mereka kecil lagi dan mampu bekerjasama dengan sangat baik sekali, walaupun kadangkala mereka turut bertengkar. Menurut Sakura Haruno, Pasukan 7 juga mempunyai kerjasama yang sangat baik dengan Pasukan 10.

Bersama-sama dengan ahli lain Pasukan Bersebelas, Pasukan 10 telah mengambil keputusan untuk membunuh Sasuke Uchiha setelah dia membantu Akatsuki untuk menyerang Kumogakure, dengan tujuan untuk mengelakkan Sasuke daripada terus terjerus ke dalam kesesatan dan menjadi ninja buruan. Bagaimanapun, Naruto Uzumaki telah menenangkan mereka dan memberitahu bahawa masalah Sasuke akan ditanggung oleh dirinya sendiri.

Misi diketahui

Memburu Akatsuki

  • Tahap: Tidak diketahui
  • Ahli Sementara: Kakashi Hatake (ketua Jonin)
  • Status: Berjaya

Apabila Asuma meninggal dunia ketika menentang Akatsuki, ketiga-tiga ahli Pasukan 10 telah bersumpah untuk membalas dendam dan kekal bersama di bawah nama "Pasukan 10", walaupun tidak memiliki ketua Jōnin. Bagaimanapun, ia ditentang oleh Tsunade dan kemudian Hatake Kakashi menawarkan diri untuk mengetuai mereka. Dendam Pasukan 10 dianggap terbalas apabila mereka berjaya menewaskan Hidan dan Kakuzu.

Trivia

  • Semua ahli Pasukan Asuma (kecuali Asuma) memiliki subang yang sama diberikan oleh Asuma [1].
  • Nama "Ino-Shika-Chō" adalah merujuk kepada kombinasi kad di dalam kad permainan Hanafuda, Koi-Koi; Inoshikachō merupakan Khinzir (Ino), Rusa (Shika), dan Rama-rama (Chō).

Rujukan

  1. ^ Manga Naruto Bab 328, Mukasurat 13
  • l
  • b
  • s
Naruto oleh Masashi Kishimoto
Filem
  • Ninja Clash in the Land of Snow
  • Legend of the Stone of Gelel
  • Guardians of the Crescent Moon Kingdom
  • Shippuden
  • Bonds
  • The Will of Fire
  • The Lost Tower
  • Blood Prison
  • Road to Ninja
  • The Last
  • Boruto
Permainan video
  • Clash of Ninja series
    • Clash of Ninja
  • Siri Ninja Council
    • 2
    • The New Era
  • Siri Ultimate Ninja
    • Storm
    • 2
    • Generations
    • 3
    • Revolution
    • 4
  • Rise of a Ninja
  • Uzumaki Chronicles
    • Uzumaki Chronicles 2
  • The Broken Bond
  • Naruto vs Sasuke
  • Dragon Blade Chronicles
Watak
Utama
Sampingan
Keluarga
Khas
Lain-lain
Berkaitan
  • Jump Super Stars
  • Jump Ultimate Stars
  • Battle Stadium D.O.N
  • J-Stars Victory VS
  • Jump Force