Pentosa

Molekul gula pentosa ialah suatu gula ringkas (monosakarida) dengan lima (pento-) atom karbon.[1] Formula kimia semua pentosa ialah C5H10O5 dengan jisim molekul 150.13 g/mol.[2]

Pentosa memiliki kepentingan utama dalam biokimia. Ribosa ialah sebahagian RNA serta molekul berkait, deoksiribosa yang merupakan sebahagian DNA. Pentosa ditambah fosfat ialah hasil penting dalam laluan pentosa fosfat, terutamanya ribosa 5-fosfat (R5P) yang digunakan dalam penghasilan nukelotida dan asid nukleik, dan eritrosa 4-fosfat (E4P) yang digunakan dalam penghasilan asid amino aromatik.

Seperti gula ringkas lain, pentosa wujud dalam dua bentuk, bentuk terbuka (linear/lurus) dan tertutup (bergelung), dan mudah ditukar ganti antara satu sama lain dalam larutan air.[3] Bentuk linear yang lazimnya hanya wujud dalam larutan terdiri daripada rantaian lima atom karbon terbuka. Empat atom karbon bersambung dengan satu hidroksil (–OH) melalui ikatan tunggal kovalen, dan satu atom karbon bersambung dengan atom oksigen dengan ikatan ganda dua (=O), membentuk kumpulan karbonil (C=O). Ikatan-ikatan lain ialah enam atom hidrogen. Dengan ini, struktur linear dapat diwakili dengan H–(CHOH)x–C(=O)–(CHOH)4-x–H, di mana x ialah 0, 1, atau 2.

Jenis

Aldopentosa



D-Arabinosa


D-Liksosa


D-Ribosa


D-Xilosa


L-Arabinosa


L-Liksosa


L-Ribosa


L-Xilosa

Ketopentosa



D-Ribulosa


D-Xilulosa


L-Ribulosa


L-Xilulosa

Sifat-sifat

Dalam sel, pentosa mempunyai kestabilan metabolik yang lebih tinggi berbanding heksosa.

Polimer yang terdiri daripada gula pentosa disebut pentosan.

Ujian untuk pentosa

Ujian yang paling penting untuk pentosa bergantung pada penukaran pentosa kepada furfural, yang kemudian bertindak balas dengan kromofor. Dalam ujian pentosa Tollens (tidak boleh dikelirukan dengan ujian cermin perak Tollens untuk gula pengurang), cincin furfural bertindak balas dengan floroglucinol untuk menghasilkan sebatian berwarna;[4] dalam ujian aniline asetat dengan aniline asetat;[5] dan dalam ujian Bial, dengan orcinol.[6] Dalam setiap ujian ini, pentosa bertindak balas dengan lebih kuat dan cepat berbanding heksosa.

Rujukan

  1. ^ Pentose, Merriam-Webster
  2. ^ "D-Ribose". PubChem compound webpage, dicapai pada 2010-02-06.
  3. ^ Morrison, Robert Thornton; Boyd, Robert Neilson. Organic Chemistry (ed. 2nd). Allyn and Bacon. Library of Congress catalog 66-25695
  4. ^ Oshima, Kintaro; Tollens, B. (May 1901). "Ueber Spectral‐Reactionen des Methylfurfurols". Berichte der Deutschen Chemischen Gesellschaft (dalam bahasa Inggeris). 34 (2): 1425–1426. doi:10.1002/cber.19010340212. ISSN 0365-9496.
  5. ^ Seager, Spencer L.; Slabaugh, Michael R.; Hansen, Maren S. (2016-12-05). Safety Scale Laboratory Experiments (dalam bahasa Inggeris). Cengage Learning. m/s. 358. ISBN 9781337517140.
  6. ^ Pavia, Donald L. (2005). Introduction to Organic Laboratory Techniques: A Small Scale Approach (dalam bahasa Inggeris). Cengage Learning. m/s. 447. ISBN 0534408338.