Persahabatan

Dua orang kawan.

Hubungan
(Garis kasar)
Jenis
  • Bersekedudukan
  • Hubungan kasih sayang
  • Keluarga
  • Kesemendaan
  • Kompersi
  • Kegundikan
  • Keheteroseksualan
  • Kehomoseksualan
  • Kedwiseksualan
  • Monogami
  • Perkahwinan
  • Persahabatan
  • Perkahwinan terbuka
  • Pasangan tak berkahwin
  • Pasangan rapat
  • Pederasti
  • Poliamori
  • Poliandri
  • Poligami
  • Poligini
Kegiatan
  • Berjoli
  • Berpacaran
  • Bertukar pasangan
  • Hubungan cinta
  • Ikatan
  • Keseksualan
  • Keintiman
  • Memikat
Pengakhiran
  • Balu
  • Pemisahan
  • Perceraian
Emosi dan perasaan
  • Cinta platonik
  • Cinta
  • Gila berahi
  • Jatuh cinta
  • Kecemburuan
Amalan
  • Sumbang muhrim
  • Zina
Penderaan
  • l
  • b
  • s

Persahabatan ialah sebuah hubungan rasa sayang yang sama antara manusia.[1] Ia merupakan bentuk ikatan antara perseorangan yang lebih kukuh berbanding "kenalan" atau "persatuan", seperti rakan sekelas, jiran, atau rakan sekerja.

Persahabatan menjadi kajian dalam lapangan akademik, seperti komunikasi, sosiologi, psikologi sosial, antropologi dan falsafah. Pelbagai teori akademik dalam persahabatan telah diketengahkan, termasuklah teori pertukaran sosial, teori ekuiti, dialektik hubungan, dan gaya pelekapan.

Psikologi pertumbuhan

Kanak-kanak

Memahami persahabatan oleh kanak-kanak lebih menjurus kepada aspek-aspek seperti kegiatan bersama, kedekatan fizikal, dan tanggapan yang dikongsikan.[2]:498[a] Sesetengah persahabatan menyediakan peluang untuk bermain dan berlatih pengawalan kendiri.[3]:246 Kebanyakan kanak-kanak lebih memahami persahabatan dalam bentuk barang seperti berkongsi, dan kanak-kanak lebih suka untuk berkongsi dengan seseorang yang mereka anggap sebagai kawan.[3]:246[4][5]

Remaja

Two friends sitting together in Bhutan

Dalam usia remaja, persahabatan menjadi "lebih memberi, berkongsi, terus terang, menyokong, dan spontan."[6] Remaja lebih mencari rakan yang boleh menyediakan kualiti dalam sebuah hubungan kesalingan, dan mengelak rakan yang mempunyai sikap bermasalah yang mencadangkan mereka tidak boleh untuk memuaskan keperluan mereka.[7] Semasa remaja, hubungan persahabatan lebih berasaskan pada nilai dan moral yang sama, kesetiaan dan berkongsi minat lebih daripada kanak-kanak, yang mana persahabatan ini berpunca daripada berada di kawasan yang sama dan akses kepada bahan mainan.[8]:246

Kedewasaan

Persahabatan dalam kedewasaan menyediakan peneman, perasaan suka, dan sokongan emosi, dan disebarkan secara positif kepada pembinaan minetal yang baik dan meningkatkan kesihatan fizikal.[9]:426

Pembentukan dan pengekalan

Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:

Walaupun demikian, bagi banyak orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif dari segi bahawa dia merupakan seorang yang tidak akan menjejaskan atau mengapa-apakan mereka.

Jenis persahabatan

Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:

  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

Isu perkembangan dan lain-lain

Dalam urutan perkembangan emosi seseorang individu, persahabatan berlaku selepas perikatan ibu bapa dan sebelum perikatan pasangan yang berlaku pada masa kematangan. Dalam tempoh antara keakhiran masa kanak-kanak sehingga permulaan masa kedewasaan penuh, persahabatan seringnya merupakan hubungan yang paling penting dalam kehidupan emosi seseorang remaja dan seringnya adalah lebih mendalam, berbanding dengan hubungan yang berlaku kemudian.

Kajian persahabatan terangkum dalam bidang sosiologi, antropologi, falsafah, dan zoologi. Berbagai-bagai teori persahabatan telah dicadangkan, antaranya psikologi sosial, teori pertukaran sosial, teori ekuiti, dialektik hubungan, dan gaya perapatan. Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2006, bilangan dan mutu persahabatan orang Amerika telah merosot sejak selewat-lewatnya tahun 1985. Kajian itu menyatakan bahawa 25% daripada orang Amerika tidak mempunyai setiawan yang rapat, dengan bilangan setiawan seseorang pada puratanya kini merosot sehingga dua orang sahaja. Dua teori telah dikemukakan untuk menerangkan perkembangan ini:

  • homofobia, iaitu kerisauan dilihatkan sebagai homoseksual; dan
  • akibat dibesarkan dalam keluarga yang lebih kecil, keperluan untuk mengimbangi kehilangan hubungan adik-beradik secara tiba-tiba apabila meninggalkan keluarga untuk bekerja, belajar, dan sebagainya telah dikurangkan.

Persahabatan sebagai sejenis hubungan antara satu sama lain juga dapat ditemui antara binatang yang memiliki kecerdasan tinggi, misalnya mamalia pada peringkat yang lebih tinggi dan sebilangan burung. Persahabatan yang menjangkaui spesies sering juga ditemui antara manusia dengan binatang bela jinak. Yang lebih jarang ditemui tetapi patut diberikan perhatian ialah persahabatan antara binatang dengan binatang daripada spesies yang lain, misalnya anjing dengan kucing.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Definition for friend". Oxford Dictionaries. Oxford Dictionary Press. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2011. Dicapai pada 25 May 2012.
  2. ^ a b Bremner, J. Gavin (2017). An Introduction to Developmental Psychology. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-4051-8652-0. Dicapai pada 26 September 2017.
  3. ^ a b Zelazo, Philip David (2013). The Oxford Handbook of Developmental Psychology. 2: Self and Other. OUP US. ISBN 978-0-19-995847-4. Dicapai pada 26 September 2017.
  4. ^ Newman, Barbara M.; Newman, Phillip R. (2012). Development Through Life: A Psychosocial Approach. Stanford, Conn.
  5. ^ Lafata, Alexia (17 Jun 2015). "Your Childhood Friendships Are The Best Friendships You'll Ever Have". Elite Daily. Dicapai pada 21 June 2016.
  6. ^ "Friendships — Tuituia domain". practice.orangatamariki.govt.nz. Dicapai pada 2024-01-11.
  7. ^ Reisman, John M. (September 1, 1985). "Friendship and its Implications for Mental Health or Social Competence". The Journal of Early Adolescence. 5 (3): 383–91. doi:10.1177/0272431685053010. S2CID 144275803.
  8. ^ Zelazo, Philip David (2013). The Oxford Handbook of Developmental Psychology. 2: Self and Other. OUP US. ISBN 978-0-19-995847-4. Dicapai pada 26 September 2017.
  9. ^ Schulz, Richard (2006). The Encyclopedia of Aging: Fourth Edition, 2-Volume Set. Springer Publishing Company. ISBN 978-0-8261-4844-5. Dicapai pada 27 September 2017.

Pautan luar

  • Dummipedia: Friendship Diarkibkan 2008-08-18 di Wayback Machine
  • BBC Radio 4 series "In Our Time", on Friendship, 2 March 2006
  • The study of friendships in adolescent development. Diarkibkan 2008-10-02 di Wayback Machine
  • Friendship Diarkibkan 2008-06-06 di Wayback Machine by Paramhansa Yogananda
  • Worldwide Friendship Network.
  • Friendship at the Stanford Encyclopedia of Philosophy


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan