Peta geologi
Peta geologi merupakan peta khas yang dibuat bagi memaparkan ciri-ciri geologi. Unit batu-batuan dan stratum ditunjukkan dengan warna atau simbol bagi menandakan di mana ciri-ciri tersebut terdedah pada permukaaan. Satah perlapisan dan ciri-ciri berstruktur seperti sesar, lipatan dan lineasi ditunjukkan dalam simbol miring dan jurus dimana ia memberikan orientasi tiga dimensi kepada ciri-ciri itu.
Menurut sejarah, peta geologi tertua yang masih lagi dipelihara adalah Peta Papirus Turin yang dihasilkan sekitar 1150 SM bagi memaparkan deposit emas di Mesir.[1] Pada tahun 1815, ahli geologi berketurunan Inggeris, William Smith pula telah menghasilkan peta geologi Great Britain yang pertama.[2]
Galeri
- Peta geologi Great Britain yang dihasilkan oleh William Smith (1815)
- Peta geologi benua Amerika Utara yang bertindih pada peta bentuk muka bumi
Rujukan
Pautan luar
- Peta Geologi Diarkibkan 2004-11-23 di Wayback Machine daripada Perkhidmatan Taman Negara USGS
- Pangkalan Data Peta Geologi USGS
- l
- b
- s