Pusat Panggilan 1Malaysia
Pusat Panggilan 1Malaysia atau 1MOCC merupakan pusat panggilan setempat bagi memudahkan komunikasi orang awam dengan agensi kerajaan dan mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Ia diperkenalkan sebagai projek perdana negara di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan menggunakan nombor rujukan tunggal 03-8000 8000.[1]
Ia diterajui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dengan penyertaan Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbadanan Putrajaya dan Telekom Malaysia selaku rakan strategik.[2]
Rujukan
Pautan luar
- Laman web rasmi