Raisha (drama)

  • Drama
  • cinta
  • konflik
  • Keluarga
  • dendam
Ditulis olehMufid Suhaimi
Next Scene TeamPengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Diana DanielleLagu pembukaan"Bukan Aku" oleh Tasha ManshaharLagu penutup"Bukan Aku" oleh Tasha ManshaharNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan musim2Bilangan episod26PenerbitanPenerbit eksekutifVareen Kaur
Dato' Sadupal SinghPenerbitDato' Sri Jaspal S. KorotanaLokasi
  • Kuala Lumpur
  • Damansara, Kuala Lumpur
  • Cheras, Kuala Lumpur
  • Kuala Langat, Selangor
  • Kuang, Selangor
  • Rawang, Selangor
  • Subang Jaya, Selangor
  • Puchong, Selangor
  • Ampang, Selangor
  • Putrajaya
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree ProductionPenyiaranSaluran asalTV3Format gambar
Format audioDolby DigitalSiaran asal21 September 2017 – 21 Disember 2018

Raisha ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Nizam Zakaria dibintangi oleh Diana Danielle bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Musim pertama drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 21 September 2017 hingga 9 November 2017 menggantikan Miss Kapten Cikgu Waiz dan digantikan oleh Cinta Hati Batu.[1] Musim keduanya disiarkan serentak di TV3 dan Tonton pada 5 Disember 2018 sehingga 21 Disember 2018 menggantikan Cinta Lemon Madu dan digantikan oleh Aku Cinta Dia.[2][3][4]

Kedua-dua musim siri drama ini juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5][6]

Ringkasan siri

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
11321 September 20179 November 2017TV3
2135 Disember 201821 Disember 2018

Musim 1 (2017)

Mengisahkan seorang gadis materialistik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.

Musim 2 (2018)

Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.

Musim 3 (Akan Datang)

Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang telah insaf dan telah berjanji akan bertaubat.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon kanak-kanak

  • Ainin Batrisya sebagai Raisha 5 tahun
  • Puteri Athira Damia sebagai Raisha 5 tahun
  • Harith Haziq sebagai Fuad 5 tahun
  • Farhan Nizam sebagai Fuad 12 tahun

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[7] Drama Rantaian Terbaik Tercalon

Rujukan

  1. ^ Budiey (9 September 2017). Sinopsis drama Raisha lakonan Diana Danielle dan Hafidz Roshdi Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. ^ Raisha 2 lebih dramatik Kosmo!. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  3. ^ Salma Syahbuddin (21 November 2018). Raisha 2 kembali menunutut kesempurnaan hanya di Tonton XTRA.com.my. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  4. ^ Budiey (20 November 2018). Sinopsis drama Raisha 2 lakonan Diana Danielle Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  5. ^ Raisha (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 Februari 2020.
  6. ^ Raisha 2 (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  7. ^ Senarai Anugerah Penuh Anugerah Skrin 2018, XTRA. Diterbitkan pada 26 Oktober 2018. Dicapai 27 Oktober 2018.