Stesen keretapi Nibong Tebal
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Simpang Ampat menghala ke Butterworth | Laluan Ipoh | Parit Buntar menghala ke Ipoh | ||
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (ETS) | Stesen seterusnya | ||
Bukit Mertajam menghala ke Butterworth | Butterworth–Gemas (Gold) | Parit Buntar menghala ke Gemas | ||
Tasek Gelugor menghala ke Padang Besar | Padang Besar–Gemas (Gold) |
Stesen keretapi Nibong Tebal merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Nibong Tebal menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[1]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 10 perlepasan ke Ipoh dan Butterworth
- 10 ketibaan dari Ipoh dan Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- dua perlepasan ke Gemas
- dua ketibaan dari Gemas
- satu perlepasan ke Butterworth dan Padang Besar
- satu ketibaan dari Butterworth dan Padang Besar
Rujukan
- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.