Sukan Malaysia 1994
Bandar tuan rumah | Ipoh, Perak |
---|---|
Cogan kata | Cergas, Berdisiplin, Bersatu |
Penyertaan pasukan | 17 |
Penyertaan atlet | 4523 |
Sukan | 25 |
Acara | 223 |
Upacara pembukaan | 9 Jun |
Upacara penutupan | 18 Jun |
Stadium utama | Stadium Perak |
← Johor 1992 Pahang 1996 → |
Sukan Malaysia 1994, juga dikenali sebagai Sukan Malaysia V merupakan satu temasya yang telah diadakan di Ipoh pada 9 hingga 18 Jun 1994. Temasya ini merupakan edisi kelima Sukan Malaysia. Sebanyak 4523 atlet dari 17 kontinjen menyertai temasya ini.[1]
Pemasaran
Tema
'Cergas, Berdisiplin, Bersatu' menjadi tema temasya ini bagi mempromosinya dan mengukuhkan lagi kepercayaan tentang iltizam negeri Perak menjayakan temasya ini dengan gemilang.
Logo
Reka bentuk logo temasya ini menggunakan lakaran moden. Warnanya pula merupakan hasil gabungan warna Sukan Malaysia dan bendera Negeri Perak. Gabungan huruf S melambangkan Sukan Malaysia dan huruf jawi ڤ (pa) melambangkan negeri Perak manakala surihan hitam di bawah logo melambangkan alam kesukanan.
Maskot
Maskot temasya ini merupakan seekor seladang yang dihasilkan seorang kartunis negara, Lat. Maskot ini dinamakan sebagai 'Yeop', gelaran yang diberikan kepada anak lelaki sulung dalam Bahasa Melayu Perak.
Sukan yang dipertandingkan
Terdapat 223 acara dipertandingkan dalam temasya ini melibatkan 25 sukan.[2]
Penyertaan
Sebanyak 17 kontinjen menyertai temasya ini.[1]
|
|
|
Pungutan pingat
* Tuan rumah (Negeri Perak)
Ked. | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Sarawak | 39 | 28 | 30 | 97 |
2 | Kuala Lumpur | 31 | 39 | 26 | 96 |
3 | Selangor | 28 | 41 | 33 | 102 |
4 | Perak | 26 | 26 | 25 | 77 |
5 | Pahang | 21 | 16 | 20 | 57 |
6 | Sabah | 19 | 14 | 14 | 47 |
7 | Johor | 17 | 13 | 22 | 52 |
8 | Pulau Pinang | 13 | 12 | 24 | 49 |
9 | Kedah | 8 | 5 | 20 | 33 |
10 | Kelantan | 6 | 6 | 10 | 22 |
11 | Angkatan Tentera Malaysia | 5 | 12 | 7 | 24 |
12 | Terengganu | 5 | 3 | 7 | 15 |
13 | Negeri Sembilan | 4 | 2 | 4 | 10 |
14 | Melaka | 4 | 1 | 10 | 15 |
15 | Polis Diraja Malaysia | 3 | 8 | 2 | 13 |
16 | Perlis | 1 | 0 | 8 | 9 |
17 | MASUM | 0 | 2 | 1 | 3 |
Jumlah | 230 | 228 | 263 | 721 |
Olahragawan dan olahragawati
Gelaran | Nama | Kontinjen | Sukan |
---|---|---|---|
Olahragawan | Azmi Ibrahim | Pahang | Olahraga |
Olahragawati | Yew Chai Peng | Perak | Olahraga |
Rujukan
- ^ a b "Penyertaan Atlet SUKMA 1986-2000". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2003. Dicapai pada 11 September 2022.
- ^ "Sukan Malaysia (SUKMA)". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2017. Dicapai pada 11 September 2022.
- ^ "Pungutan Pingat SUKMA 1986-2002". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-09-02.
Didahului oleh Johor | Sukan Malaysia Negeri Perak Sukan Malaysia V (1994) | Diikuti oleh: Pahang |