Tembak-dan-lupa

Peluru berpandu Brimstone merupakan sebuah peluru berpandu anti kereta kebal moden.

Tembak-dan-lupa merupakan kaedah panduan peluru berpandu generasi ke-3. Pihak tentera menggunakan terma ini bagi menerangkan jenis peluru berpandu yang tidak memiliki arahan lanjut selepas dilancarkan. Keistimewaan peluru jenis adalah ia boleh mengenai sasarannya walaupun bidikan pelancarnya terkeluar dari medan bidikan senjata. Ini merupakan ciri terpenting bagi sesebuah senjata, kerana anggota atau kenderaan yang berada berdekatan dengan sasaran bagi memberi panduan kepada peluru berpandu (sebagai contoh menggunakan penanda laser) terdedah kepada serangan dan tidak boleh melaksanakan tugas-tugas lain.

Secara umumnya, maklumat sasaran akan diprogramkan ke dalam peluru berpandu sebelum ia dilepaskan. Ini termasuk koordinat, pengukuran radar (termasuk kelajuan) atau imej inframerah sasaran. Setelah ia dilancarkan, panduan peluru berpandu akan memandu dirinya sendiri dengan kombinasi giroskop dan meter pecutan, GPS, radar organik dan optik inframerah. Beberapa sistem menawarkan pilihan sama ada untuk meneruskan input berterusan daripada pelantar pelancar atau tembak-dan-lupa.

Contoh peluru berpandu tembak-dan-lupa

Peluru berpandu moden PARS 3 LR dari jenis tembak-dan-lupa yang digunakan oleh Tentera Darat Jerman.
  • AAM-4 (Type 99 AAM)
  • AGM-65 Maverick
  • AGM-84 Harpoon
  • AGM-114L Longbow Hellfire
  • AIM-9X Sidewinder
  • AIM-54C Phoenix
  • Citefa AS-25K
  • Peluru berpandu Astra
  • LFK NG
  • Brimstone
  • FGM-148 Javelin
  • IRIS-T
  • Misagh-2
  • Nag (Cobra)
  • PARS 3 LR
  • PL-12
  • HJ-9A
  • RBS 15
  • RIM-66 Standard SM2, hanya Blok IIIB dan IVA
  • SM-6 Standard ERAM
  • SRAW Predator Anti kereta kebal
  • Type 01 LMAT

Lihat juga

  • l
  • b
  • s
Jenis-jenis peluru berpandu
Mengikut platfom
Mengikut panduan
Peluru berpandu anti radar · Peluru berpandu panduan wayar · Panduan tuju inframerah · Beam riding · Panduan laser · Panduan aktif radar · Panduan tuju radar semi-aktif
Senarai
Senarai peluru berpandu · Senarai peluru berpandu mengikut negara