Temenggung Johor

Dato' Temenggong Seri Maharaja Johor ialah salah seorang anggota Majlis Orang Kaya yang ditubuhkan sendiri oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggong Johor diberikan tugas untuk mengawal keselamatan Sultan dan menjaga keamanan Negeri serta berkuasa mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggong Johor telah diberikan wilayah pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang diberikan Pahang sebagai wilayah pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau dan Raja Temenggong Muar di Muar. Keturunan Temenggong kemudiannya mengasaskan kesultanan Johor Moden di tanah besar Johor dengan Sultan Johor Moden pertama dari (Wangsa Temenggong Johor) ialah Sultan Sir Abu Bakar Maharaja Tun Daeng Ibrahim.

Maharaja Johor dan Sultan Johor dari Wangsa Temenggong Johor

  1. 1855-1862: Maharaja Tun Daeng Ibrahim Temenggong Tun Daeng Abdul Rahman (Maharaja Johor ke-I dan Temenggong Johor ke-IV)
  2. 1862-1895: Sultan Sir Abu Bakar Maharaja Tun Daeng Ibrahim (Sultan Johor ke-XX, Sultan Johor Moden ke-I dan Maharaja Johor ke-II, Temenggong Johor ke-V)
  3. 1895-1959: Sultan Sir Ibrahim Sultan Sir Abu Bakar (Sultan Johor ke- XXI, Sultan Johor Moden ke-II)
  4. 1959-1981: Sultan Sir Ismail Sultan Sir Ibrahim (Sultan Johor ke-XXII, Sultan Johor Moden ke-III)
  5. 1981-2010: Sultan Iskandar Al-Haj Sultan Sir Ismail (Sultan Johor ke-XXIII, Sultan Johor Moden ke-IV)
  6. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Al-Haj (Sultan Johor ke-XXIV, Sultan Johor Moden ke-V)

Lihat juga