Tengku Muhammad Fa-iz Petra

Tengku Muhammad Fa-iz Petra
Tengku Fa-iz sempena Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1437H/2015M
Tengku Mahkota Kelantan
Tempoh18 Oktober 2010 - 4 Januari 2024
Didahului olehTengku Muhammad Faris Petra
Diikuti olehTengku Muhammad Fakhry Petra
Tengku Bendahara Kelantan
Tempoh30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010
Didahului olehTengku Yahya Petra
Diikuti olehTengku Muhammad Fakhry Petra
KeputeraanTengku Muhammad Faiz Petra bin Tengku Ismail Petra
(1974-01-20) 20 Januari 1974 (umur 50)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PasanganChe Puan Sofie Louise Johansson Petra (k. 2019)
AnakandaTengku Muhammad Johan Petra
Nama penuh
Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
KerabatLong Yunus
AyahandaSultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
BondaTengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Tengku Muhammad Fa-iz Petra
Kerabat D'Raja
Kelantan

KDYMM Sultan
DYMM Sultanah

YMM Raja Perempuan Tengku Anis

YAM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra
YBhg. Che Puan Sofie Louise Johansson Petra

YTM Tengku Mahkota

YAM Tengku Maharani Putri
YAM Tengku Sri Utama Raja

  • YM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri
  • YM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri
  • YM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri
  • YM Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra

YBM Tengku Laksamana
YAM Tengku Puan Laksamana

  • YM Tengku Ariez Hazaril
    YM Tunku Dayang Adelene Bahjah
  • YM Tengku Adyl Hazraque
    Cik Shirena Hamzah
  • YM Datin Tengku Aressa Helanie
    YDM Dato' Syed Budriz Putra Jamalullail, Engku Maharaja Lela Setia Paduka Selangor
    • YM Syed Aqil Harryth Jamalullail
    • YM Sharifah Allyssa Hanis

YBM Tengku Temenggong
YM Tengku Puan Temenggong

  • YM Tengku Nur Qistina Petri
  • YM Tengku Abdul Rahman Petra
    Cik Miera Leydia
  • YM Tengku Yahya Aziz Petra
YM Tengku Sri Kelana D’Raja
YBM Tengku Kaya Perkasa
YM Tengku Keso’ma Mastika
  • l
  • b
  • s

Yang Amat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra (Jawi: يڠ أمت موليا تڠکو محمد فائز ڤيترا ابن المرحوم سلطان إسماعيل ڤيتراcode: ms is deprecated ; diputerakan pada 20 Januari 1974 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia) merupakan mantan Tengku Mahkota Kelantan. Beliau telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dari 18 Oktober 2010 hingga 4 Januari 2024.[1]

Kehidupan awal

Beliau telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Januari 1974. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Beliau ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra.[2]

Pendidikan

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, beliau berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3 A-Level, beliau menyambung pengajian di Sekolah Ekonomi London. Beliau telah lulus dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sejarah. Semasa di London, beliau sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Bahasa dan Sastera Itali pada peringkat asas dan pertengahan.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan beliau. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, beliau terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. beliau telah memilih Kolej Universiti London bagi menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sejarah Purba. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, beliau telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL.

Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana, beliau menyambung pelajaran peringkat kedoktoran falsafah pula dalam bidang yang sama. Masa lapang beliau diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, beliau sangat berminat dalam permainan bola sepak.

Pelantikan

Beliau telah diisytiharkan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-40 keputeraan Al-Sultan Kelantan pada tanggal 30 Mac 1989 dan merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ke-17 dari 21 Jun 2009 hingga 18 Mac 2019.

Beliau telah dimasyhurkan sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan setelah dipertimbangkan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Majlis rasmi penyerahan pelantikan beliau sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian pada tanggal 18 Oktober 2010. Menurut Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, beliau boleh dilantik sebagai pemerintah atau Pemangku Raja Kelantan sekiranya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan berada di luar negeri dalam tempoh melebihi 30 hari ataupun tidak mampu menjalankan tugasan rasmi baginda, melebihi tempoh yang sama.

Beliau telah dipakai pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Tentera Laut D’Raja Malaysia (TLDM) pada 5 April 2013.

Pada 8 Disember 2016, beliau telah dilantik sebagai Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan apabila kekanda beliau Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Beliau dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 September 2011 sebelum dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan pada 16 Februari 2017.

Pada 23 November 2022, beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan setelah kekanda beliau, Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor yang baharu.[3]

Pada 4 Januari 2024, gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang dikurniakan kepada beliau telah ditarik balik dan diberikan kepada adinda beliau iaitu Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Perkahwinan dan anakanda

Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang juga merupakan warganegara Sweden di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada hari Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2019M.[4]

Pasangan diraja ini telah dikurniakan anakanda pertama dan putera sulung diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra yang diputerakan pada 17 Julai 2023.[5][6]

Keluarga dan kerabat

Beliau berkahwin dengan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra pada 19 April 2019. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang putera.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Mulia
Tengku Muhammad Johan Petra
(2023-07-17)17 Julai 2023 Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan 1 tahun, 1 bulan dan 20 hari

Terasul, gelaran dan lambang

Gelaran hormat bagi
Tengku Muhammad Fa-iz Petra
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku
  • 20 Januari 1974 - 30 Mac 1979: Yang Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra bin Tengku Ismail Petra
  • 30 Mac 1979 - 30 Mac 1989 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Bendahara Kelantan
  • 18 Oktober 2010 - 8 Disember 2016 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 8 Disember 2016 - 6 Januari 2019 : Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 6 Januari 2019 - 28 September 2019 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 28 September 2019 - 4 Januari 2024 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 4 Januari 2024 - kini : Yang Amat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra

Nama penuh dan gelaran rasmi Tengku Muhammad Fa-iz Petra ialah:

Yang Amat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K., D.M.K. (Kedah)

Keturunan

Keturunan Tengku Muhammad Fa-iz Petra
16. Sultan Muhammad IV (= 22)
8. Sultan Ibrahim
17. Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin
4. Sultan Yahya Petra
18. Encik Daud
9. Cik Embong binti Encik Daud
2. Sultan Ismail Petra
20. Tengku Idris bin Tengku Ahmad
10. Tengku Muhammad Petra bin Tengku Idris
21. Tengku Bongsu binti Tengku Long Senik
5. Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra
22. Sultan Muhammad IV (= 16)
11. Tengku Kembang Petri binti Sultan Muhammad IV
23. Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin (= 17)
1. Tengku Muhammad Fa-iz Petra[7]
24. Tengku Wok
12. Tengku Muda Sulong Abdul Putra bin Tengku Wok
25. Tengku Song
6. Tengku Abdul Hamid bin Tengku Muda Sulong Abdul Putra
3. Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
28. Tengku Long Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III
14. Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Long Zainal Abidin
29. Tengku Ngah binti Tengku Chik
7. Tengku Hajjah Azizah binti Tengku Muhammad Hamzah
30. Ismail
15. Puan Hajjah Nik Zainab binti Ismail
31. Wan Embong

Penghargaan

Beliau telah dianugerahkan:[8][9]

Penghargaan Kelantan

Penghargaan Kedah

Penghargaan Malaysia

Eponim

Rujukan

  1. ^ (18 Januari 2024). Tengku Muhammad Fa-iz Petra dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan oleh Sultan Muhammad V. Malaysiakini. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ Profil Tengku Mahkota Kelantan
  3. ^ Bernama (23 November 2022) [1] Sinar Harian.
  4. ^ Muhamaad Razis Ismail (6 April 2019). "Tengku Mahkota Kelantan nikah 19 April ini". myMetro. Dicapai pada 6 April 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Wartawan SinarPlus (24 Julai 2023). "Tengku Muhammad Johan Petra putera menyerikan rumah tangga Tengku Mahkota dan Che Puan Mahkota Kelantan". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Julai 2023.
  6. ^ "Tengku Mahkota Kelantan dikurnia putera pertama".
  7. ^ Royal Ark
  8. ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  9. ^ Pro-chancellor of the University of Kelantan with orders mentions

Pautan luar

  • Tengku Muhammad Faiz is Kelantan crown prince, The Star, 18 October 2010.
  • Tengku Muhammad Faiz is Kelantan regent, mStar, 8 Disember 2016.
Tengku Muhammad Fa-iz Petra
Kerabat Diraja Kelantan
Tarikh keputeraan: (1974-01-20)20 Januari 1974
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tengku Muhammad Faris Petra
Tengku Mahkota Kelantan
2010 – 2024
Diikuti oleh:
Tengku Muhammad Fakhry Petra