Tengku Zafrul Abdul Aziz

تڠکو ظفرول عزيزcode: ms is deprecated
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia
Penjawat kini
Memegang jawatan
3 Disember 2022Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Al-Sultan AbdullahPerdana Menteri Anwar IbrahimTimbalan Liew Chin TongDidahului oleh Azmin AliAhli
Dewan Negara Malaysia
Penjawat kini
Memegang jawatan
3 Disember 2022Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Al-Sultan AbdullahPerdana Menteri Anwar IbrahimDalam jawatan
10 Mac 2020 – 5 November 2022Raja Pahang Al-Sultan AbdullahPerdana Menteri Muhyiddin Yassin
Ismail Sabri YaakobBendahari
BN & UMNO Selangor
Penjawat kini
Memegang jawatan
31 Julai 2022Pengerusi BN & UMNO SelangorMegat Zulkarnain OmardinDidahului olehJamal YunosMenteri KewanganDalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022Raja Pahang Al-Sultan AbdullahPerdana Menteri Ismail Sabri YaakobTimbalan Mohd Shahar Abdullah
Timbalan I
Yamani Hafez Musa
Timbalan IIDigantikan oleh Anwar IbrahimKawasan pilihan rayaSenatorDalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021Raja Pahang Al-Sultan AbdullahPerdana Menteri Muhyiddin YassinTimbalan Abd Rahim Bakri
Timbalan I
Mohd Shahar Abdullah
Timbalan IIDidahului oleh Lim Guan EngKawasan pilihan rayaSenator Butiran peribadiLahirTengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
(1973-06-25) 25 Jun 1973 (umur 51)
Kuala Lumpur, MalaysiaParti politik Barisan Nasional
UMNOPasanganYang Mulia Raja Datin Seri Utama Johanna Adrina Raja Arshad (k. 2011)Anak-anakYang Mulia Tengku Zahra Jasmina binti Tengku Zafrul

Yang Mulia Tengku Zayn Aqeel bin Tengku Zafrul

Yang Mulia Tengku Zaeem Khalif bin Tengku Zafrul

Yang Mulia Tengku Zahira Eusnie binti Tengku ZafrulIbuYang Mulia Raja Datuk Zaharaton binti Raja Zainal AbidinBapaYang Mulia Tengku Abdul Aziz bin Tengku HarisSaudaraMustafa Albakri Hassan (Moyang)
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Bapa saudara)
Zahim Albakri (Bapa saudara)Alma materUniversiti Bristol
Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Perakaunan
Universiti Exeter
Sarjana Seni dalam Kewangan dan Pengurusan
Universiti Tsinghua
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kali kedua)PekerjaanAhli politikProfesionJurubankGajiRM62,077.20 sebulan[1]Nilai bersihLebih RM20 juta[1]

Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (Jawi: تڠکو ظفرول بن تڠکو عبد العزيزcode: ms is deprecated ; lahir 25 Jun 1973) merupakan seorang ahli politik, ahli Dewan Negara, Pelabur dan Tokoh Korporat Malaysia berketurunan Kesultanan Deli, Melayu Sumatera yang dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia[2][3]. Di peringkat parti beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Bendahari UMNO Selangor.

Beliau dilantik sebagai Pengurus Bank yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad iaitu sebuah Bank Universal ASEAN terkemuka, serta Pemimpin Dunia dalam Kewangan Islam. Beliau juga ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad[4] dan Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga Tbk.

Di luar CIMB, Tengku Zafrul kini menjadi ahli kepada Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), mewakili Malaysia dalam mempromosikan intra perdagangan dan kerjasama di Asia Pasifik.[5] Selanjutnya, sebagai pendukung pembangunan sosioekonomi Malaysia, beliau kini mempunyai tempat di Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia,[6] sebagai tambahan kepada Pemegang Amanah Yayasan Kepemimpinan Perdana dan ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Negara[7] di bawah Kementerian Pendidikan. Beliau juga merupakan Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kehidupan awal

Keluarga

Tengku Zafrul dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik.[8][9] Ibunya ialah Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin iaitu bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri Malaysia[8], dan bapanya, Tengku Abdul Aziz Tengku Haris, adalah seorang Ahli Perniagaan.[8] Tengku Zafrul mempunyai empat orang anak (Anak Perempuan, YM Tengku Zahra Jasmina dan YM Tengku Zahira Eusnie dan Anak Lelaki, YM Tengku Zaeem Khalif dan YM Tengku Zayn Aqeel),[9] dan berkahwin dengan YM Raja Datin Seri Utama Johanna Adrina Raja Arshad.[9]

Pendidikan

Dari sudut latar belakang pendidikan, Tengku Zafrul mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sri Petaling dan Sekolah Rendah Bukit Bintang.[10] Beliau terus menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan merupakan Alumni di kolej tersebut.[9][10] Setelah itu, beliau mengikuti pengajian A-Level di Sherborne School Dorset, United Kingdom.[10] Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dari Universiti Bristol, United Kingdom.[8][3] Kemudian, beliau menyambung pengajian dan dianugerahkan Sarjana Sastera (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Exeter, United Kingdom.[8][10] Dari tahun 2017 hingga 2019, beliau sekali lagi menamatkan pengajian Sarjana untuk kali kedua dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tsinghua PBCSF (People’s Bank of China School of Finance), yang merupakan Institusi Pendidikan Mewangan Bertaraf Dunia dan Pusat Penyelidikan Kewangan Terkemuka.[11] Beliau juga turut memegang Fellow Chartered Banker dengan Asian Institute of Chartered Bankers.[8]

Hobi

Sejak di bangku sekolah, Tengku Zafrul bermain sukan Hoki dan gemar Berlari secara Rekreasi.[11] Ketika beliau berada di tahun pertama di Universiti Bristol, pengangkutan utamanya adalah menggunakan Basikal.[11] Minat Tengku Zafrul juga termasuk menjaga kesihatan seperti mengikuti Maraton[12] (beliau telah menyelesaikan semua Enam Maraton di bawah Abbott World Marathon Majors[13]), Berbasikal dan Berenang, dan membangunkan belia melalui penyertaannya dalam pelbagai organisasi seperti Pergerakan Kalsom dan Ajaran untuk Malaysia. Beliau juga seorang peminat kelab bola sepak Liverpool yang bermain di Liga Perdana Inggeris serta meminati pemain bola sepak veteran seperti Ian Rush.[12][14][15]

Kerjaya

Kerjaya dalam bidang korporat

Tengku Zafrul bermula sebagai Eksekutif Kewangan Korporat di AmInvestment Bank pada tahun 1996. Beliau kemudian bergabung dengan Crédit Agricole sebagai Penganalisis Pelaburan dan naik menjadi Pengarah dalam beberapa tahun. Setelah berjaya, beliau menjadi Penasihat kepada Presiden Tenaga Nasional Berhad. Tengku Zafrul kemudian bergabung dengan perbankan CIMB Investment, setelah itu beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Avenue Capital Resources (sekarang ECM Libra), sebuah syarikat tersenarai yang mengkhususkan diri dalam perkhidmatan kewangan iaitu perbankan pelaburan dan pengurusan dana. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Avenue Securities dan Pengerusi Avenue Asset Management. Beliau kemudian menjadi Ketua Perbankan Pelaburan untuk Citigroup Malaysia.

Beliau juga merupakan pelabur utama di Tune Money Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan kewangan dalam talian pertama di Asia serta CEO dan pemegang saham utama. Berikutan itu, Tengku Zafrul dilantik sebagai Pengarah Kumpulan Kenanga Holdings Berhad dan Pengarah Kenanga Investment Bank Berhad. Sebelum memegang peranan terakhir dengan CIMB Group, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank, cabang perbankan pelaburan milik penuh Malayan Banking Berhad dalam perkhidmatan kewangan utama Malaysia. Pengambilalihan Kim Eng Holdings Limited (Kim Eng) oleh Maybank Group pada tahun 2011 menghasilkan gabungan entiti Maybank IB dan Kim Eng, yang dikenali sebagai Maybank Kim Eng, di mana Tengku Zafrul juga merupakan CEO. Semasa berkhidmat bersama CIMB Group, Tengku Zafrul juga telah membentuk tranformasi CIMB menerusi Target 2018 (T18) dan melaksanakan pelan strategik Forward23.[16] Pada 9 Mac 2020, Tengku Zafrul telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif CIMB sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan.[17]

Menteri Kewangan

Tengku Zafrul menerima kunjungan Edgard Kagan

Pada 9 Mac 2020, Tengku Zafrul telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Perdana Menteri yang ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yasin.[3][18] Atas perlantikan tersebut, beliau bertekad dan berbakti untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negara.[5][19] Beliau memulakan tugas yang berat untuk membantu rakyat dan industri dalam menumpukan perlaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, serta perlaksanaan dasar pengembangan fiskal semasa penularan Pandemik COVID-19 di Malaysia.[20] Pada 2 Mei 2020, Tengku Zafrul menegaskan keputusan membuka semula ekonomi tidak dibuat secara terburu-buru setelah kerajaan persekutuan membolehkan sebahagian aktiviti ekonomi disambung semula pada 4 Mei 2020.[21] Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan tidak memaksa mana-mana syarikat membuka semula operasi dan perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.[21] Dalam suatu rancangan wawancara, Tengku Zafrul mengatakan bahawa pelan pemulihan ekonomi akan diumumkan selepas Aidilfitri dengan usaha menghidupkan semula ekonomi negara yang terjejas.[22] Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan telah melaksanakan program PenjanaKerjaya yang diperkenalkan di bawah Pelan Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.[23] Perlaksanaan program PenjanaKerjaya bertujuan untuk membantu pencari kerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang bersesuaian. Di bawah pelan pemulihan ekonomi jangka pendek, beliau telah melancarkan program kredit ePenjana bernilai RM750 juta bagi membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.[24]

Pada 6 November 2020, Tengku Zafrul telah membentangkan bajet belanjawan 2021 di dalam Dewan Rakyat demi memastikan kelangsungan ekonomi negara dan juga memberi manfaat kepada rakyat.[25]

Jawatan yang pernah disandang

  1. AmInvestment Bank (Eksekutif Kewangan Korporat) (Jun 1996 - April 1997)
  2. Credit Agricole (Penganalisi Pelaburan dan Pengarah) (Mei 1997 - Ogos 1998) & (Julai 1999 - Mac 2001)
  3. Tenaga Nasional Bhd (Penasihat Presiden) (Mac 2001 - September 2002)
  4. CIMB Investment Bank Berhad (Pengarah, "Client Coverage") (September 2002 - April 2003)
  5. Avenue Capital Resources Bhd/Avenue Securities (Sekarang ECM Libra) (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi) (2003 - 2006)
  6. Citigroup Malaysia (Ketua Perbankan Pelaburan) (April 2006 - Mac 2007)
  7. Tune Money (Ketua Pegawai Eksekutif) (Mac 2007 - Disember 2008)
  8. Kenanga Holdings Berhad dan Investment (Pengarah Kumpulan) (Januari 2009 - Jun 2010)
  9. Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings (Ketua Pegawai Eksekutif) (Jun 2010 - Disember 2013)
  10. CIMB Investment Bank berhad (Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Bersama Penyelesaian Pelenggan Korporat) (2014 -2016)
  11. CIMB Bank Berhad (Ketua Pegawai Eksekutif) (2014 - 2015)
  12. CIMB Group Holdings Berhad (Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif) (Februari 2015 - 9 Mac 2020)
  13. Menteri Kewangan (10 Mac 2020 - 10 Oktober 2022)
  14. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (terkini)

Penglibatan lain

  1. Ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC)
  2. Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia
  3. Pemegang Amanah Yayasan Kepemimpanan Perdana
  4. Ahli majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi
  5. Presiden Kelab Perniagaan Kuala Lumpur dan menganggotai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)[26]
  6. Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
  7. Felo Ahli Perbankan Bertauliah Insitut Bank-Bank Bertauliah Asia

Media lain

Televisyen

Tengku Zafrul adalah salah seorang Juri dalam satu siri rancangan televisyen realiti korporat iaitu The Firm di Malaysia.[11] Tayangan perdana televisyen ini ditayangkan ke seluruh negara dalam saluran NTV7 dan Astro pada tahun 2007.[11] Beliau sebagai salah satu daripada Tiga Jutawan Juri di rancangan The Firm, dua yang lain adalah Peter Pek dan Chan Boon Yong. Beliau turut dianggap salah satu daripada beberapa Selebriti Korporat di Malaysia dan beliau juga pernah muncul dalam iklan untuk Tune Money.[8] Pada 4 Julai 2020, Tengku Zafrul menjadi Tetamu Khas dalam program Money Matters terbitan TV3.[27]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2007 The Firm Dirinya Sebagai juri (Musim 1&2)
2020 Money Matters Dirinya Sebagai tetamu khas

Penghargaan dan Pengiktirafan

Sepanjang kariernya, Tengku Zafrul dianugerahkan banyak Anugerah Berprestij termasuk Anugerah CEO ASEAN oleh Technology Business Review (2008),[26] Beliau juga telah dianugerahkan sebagai Malaysian Business Leadership Award pada tahun 2009.[26] Beliau juga mendapat Anugerah sebagai Most Promising Entrepreneurship Awards daripada Enterprise Asia (2008) dan Anugerah Kepemimpinan Perniagaan Malaysia daripada The Leaders Magazine. Baru-baru ini, beliau dianugerahkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Masterclass of the Year dalam Anugerah Kepemimpinan Global ke-7 yang dianjurkan oleh American Leadership Development Association (2017), dan Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik untuk Perhubungan Pelabur oleh Persatuan Pelabur Hubungan Malaysia (2017). Tengku Zafrul juga telah dinobatkan Anugerah Life at Work 2019 TalentCorp untuk kategori CEO bagi organisasi Malaysia.[28]

Penghormatan

Kurniaan Luar Negara

  •  Monaco :
    • Commander of the Order of Saint-Charles (Le Commandant de I'Ordre de Saint-Charles) (27 November 2023)[35]

Rujukan

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ https://www.bloomberg.com/amp/news/articles/2020-03-09/malaysia-picks-cimb-s-zafrul-as-finance-minister-in-new-cabinet
  3. ^ a b c "SENARAI KABINET 2020". www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada 2020-05-04.
  4. ^ "CIMB Group - Board of Directors". cimb.com. Dicapai pada 23 January 2019.
  5. ^ a b ""Daripada CEO Kini Menjadi Menteri Kewangan" – Ini Latar Belakang Tengku Datuk Seri Zafrul Yang Tak Ketahui Umum,Bukan Calang Calang Orang". www.kasiviral.kini.blog. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-05-03.
  6. ^ "National Sports Council of Malaysia - Board of Directors".
  7. ^ "15 appointed to entrepreneurship council". thestar.com.my. Dicapai pada 23 January 2019.
  8. ^ a b c d e f g "Siapa Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Yang Jadi Menteri Kewangan Ni?". www.thefulus.com. 2011-11-29. Dicapai pada 2020-05-03.
  9. ^ a b c d "Biodata Menteri Kewangan Malaysia 2020: Tengku Zafrul Aziz". www.iluminasi.com. 2020-03-10. Dicapai pada 2020-05-03.
  10. ^ a b c d "Tengku Zafrul tekad beri perkhidmatan terbaik". www.bharian.com.my. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-05-04.
  11. ^ a b c d e "8 Things About Our New Finance Minister And What He's Bringing To The Table". www.vulcanpost.com. 2020. Dicapai pada 2020-05-03.
  12. ^ a b Kamaruddin, Razal (2020-03-10). "Sotong Merah, Aktif Bermarathon, Family-Man: Ini Fakta Menarik Mengenai Menteri Kewangan Baru!". www.gempak.com. Dicapai pada 2020-05-03.
  13. ^ "Abbott World Marathon Majors". Dicapai pada 2020-05-03.
  14. ^ "Kelab EPL Yang Disokong Oleh Menteri Kabinet Baharu". www.semuanyabola.com. 2020-03-10. Dicapai pada 2020-05-03.
  15. ^ "6 Fakta Menarik Tentang Tengku Zafrul Menteri Kewangan Malaysia Yang Baharu (2020)". www.theinspirasi.my. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-05-03.
  16. ^ "CIMB mulakan pelan 5 tahun perkukuh perniagaan pada masa depan". www.pressreader.comn. 2019-03-10. Dicapai pada 2020-07-05.
  17. ^ Mohd Zary, Zainuddin (2020-03-09). "Tengku Zafrul letak jawatan CEO CIMB Group". www.bharian.com.my. Dicapai pada 2020-03-09.
  18. ^ "Tengku Zafrul dilantik Menteri Kewangan". www.bharian.com.my. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-05-05.
  19. ^ "Zafrul ikrar beri perkhidmatan terbaik". www.malaysiagazette.com. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-05-03.
  20. ^ "Kini masanya untuk pelaksanaan dasar pengembangan fiskal - Tengku Zafrul". www.astroawani.com. 2020-03-28. Dicapai pada 2020-05-03.
  21. ^ a b "Keputusan buka semula ekonomi tidak dibuat secara terburu-buru - Tengku Zafrul". www.bernama.com. 2020-02-05. Dicapai pada 2020-05-05.
  22. ^ "Pelan pemulihan ekonomi diumum selepas Aidilfitri - Tengku Zafrul". www.astroawani.com. 2020-03-05. Dicapai pada 2020-05-06.
  23. ^ "Ambil peluang program PenjanaKerjaya". www.hmetro.com.my. 2020-07-01. Dicapai pada 2020-09-24.
  24. ^ "Kementerian Kewangan lancar RM750 juta kredit ePenjana". www.sinarharian.com.my. 2020-07-30. Dicapai pada 2020-08-01.
  25. ^ "Tengku Zafrul Bawa Teks Belanjawan 2021 Untuk Pembentangan". www.umno-online.my. 2020-11-06. Dicapai pada 2020-11-15.
  26. ^ a b c "Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz". www.uschos.com. 2020. Dicapai pada 2020-05-03.
  27. ^ Mohd Nasaruddin, Parzi (2010-11-19). "Pelancongan domestik rancakkan ekonomi". www.bharian.com.my. Dicapai pada 2020-07-04.
  28. ^ "Tengku Zafrul menang anugerah Life at Work 2019". www.bharian.com.my. 2020-07-17. Dicapai pada 2020-07-20.
  29. ^ "Seramai 335 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah". Berita Harian. 1 Februari 2021. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  30. ^ "Yang di-Pertua Negeri Sabah, Penang head FT Day honours list". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 1 Februari 2021. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  31. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-03-11.
  32. ^ "Tengku Zafrul dahului 104 penerima darjah kebesaran, pingat negeri Selangor". Astro Awani. 11 Disember 2022. Dicapai pada 11 Disember 2022.
  33. ^ "769 terima darjah kebesaran Negeri 9". www.arrisalah-elbi.blogspot.com. 2020-01-14. Dicapai pada 2020-05-03.
  34. ^ "Sultanah Kelantan dahului senarai penerima darjah kebesaran". Sinar Harian. 12 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
  35. ^ @istana_negara (27 November 2023). "Putera Albert II turut mengurniakan darjah Le Commandant de I'Ordre de Saint-Charles kepada YB Senator Tengku Zafrul". Dicapai pada 28 November 2023 – melalui Instagram.

Pautan luar

Jawatan yang pernah disandang
Didahului oleh
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan Malaysia
2020 - 2022
Rencana berkaitan Tengku Zafrul Abdul Aziz
  • l
  • b
  • s
Kabinet Muhyiddin II (2021)
Jemaah Menteri Muhyiddin Yassin kedua (2021)
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Kanan
Jemaah Menteri
Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Menteri Kanan
Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad meletakkan jawatan setelah diarahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Ahmad Zahid Hamidi
Kabinet terdahulu <> Kabinet seterusnya
  • l
  • b
  • s
  1. Henry Lee Hau-shik (1957-1959)
  2. Tan Siew Sin (1959-1974)
  3. Hussein Onn (1974-1976)
  4. Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (1976-1984)
  5. Abdul Daim Zainuddin (1984-1991)
  6. Anwar Ibrahim (1991-1998)
  7. Mahathir Mohamad (1998-1999)
  8. Mustapa Mohamed (1998-1999)
  9. Abdul Daim Zainuddin (1999-2001)
  10. Mahathir Mohamad (2001-2003)
  11. Jamaluddin Mohd Jarjis (2002-2004)
  12. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2008)
  13. Nor Mohamed Yakcop (2004-2009)
  14. Mohd Najib Abdul Razak (2009-2018)
  15. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (2009-2016)
  16. Johari Abdul Ghani (2016-2018)
  17. Lim Guan Eng (2018-2020)
  18. Tengku Zafrul (2020-2022)
  19. Anwar Ibrahim (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Tan Siew Sin (1957-1959)
  2. Ismail Abdul Rahman (1959)
  3. Mohamed Khir Johari (1959-1962)
  4. Lim Swee Aun (1962-1969)
  5. Ismail Abdul Rahman (1973)
  6. Hussein Onn (1973-1974)
  7. Hamzah Abu Samah (1974-1977)
  8. Mahathir Mohamad (1978-1981)
  9. Tengku Ahmad Rithauddeen (1981-1984)
  10. Tengku Razaleigh Hamzah (1984-1987)
  11. Rafidah Aziz (1987-2008)
  12. Muhyiddin Yassin (2008-2009)
  13. Mustapa Mohamed (2009-2018)
  14. Ong Ka Chuan (2015-2018)
  15. Darell Leiking (2018-2020)
  16. Mohamed Azmin Ali (2020-2022)
  17. Tengku Zafrul (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
Ahli semasa Dewan Negara mengikut kekananan
Yang di-Pertua: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB) • Timbalan Yang di-Pertua: Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  1. Aknan Ehtook (Bersatu)
  2. Paul Igai (PDP)
  3. Sarawak Nuing Jeluing (PBB)
  4. Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Bersatu)
  5. Melaka Koh Nai Kwong (MCA)
  6. Sabah Bobbey Ah Fang Suan (Gagasan Rakyat)
  7. John Ambrose (Gagasan Rakyat)
  8. Teo Eng Tee (Gerakan)
  9. Ti Lian Ker (MCA)
  10. Kelantan Wan Martina Wan Yusoff (PAS)
  11. Pahang Ajis Sitin (UMNO)
  12. Pahang Juhanis Abd Aziz (UMNO)
  13. Perlis Aziz Ariffin (UMNO)
  14. Perlis Seruandi Saad (UMNO)
  15. Razali Idris (Bersatu)
  16. Md Nasir Hashim (Bersatu)
  17. Terengganu Husain Awang (PAS)
  18. Putrajaya Mohd Hisamudin Yahaya (UMNO)
  19. Arman Azha Abu Hanifah (UMNO)
  20. Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
  21. Nelson Renganathan (MIC)
  22. Sabah Noraini Idris (UMNO)
  23. Perak Shamsuddin Abd Ghaffar (UMNO)
  24. Zurainah Musa (UMNO)
  25. Azhar Ahmad (UMNO)
  26. Mohamad Fatmi Che Salleh (UMNO)
  27. Negeri Sembilan Kesavadas Achyuthan Nair (DAP)
  28. Johor Lim Pay Hen (MCA)
  29. Sarawak Ahmad Ibrahim (PBB)
  30. Negeri Sembilan Ahmad Azam Hamzah (Keadilan)
  31. Mohamed Haniffa Abdullah (MIC)
  32. Ros Suryati Alang (UMNO)
  33. Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (UMNO)
  34. Zambry Abdul Kadir (UMNO)
  35. Saifuddin Nasution Ismail (Keadilan)
  36. Mohd Na'im Mokhtar (BEBAS)
  37. Fuziah Salleh (Keadilan)
  38. Saraswathy Kandasami (Keadilan)
  39. Terengganu Hussin Ismail (PAS)
  40. Pulau Pinang Lingeshwaran R. Arunasalam (DAP)
  41. Pulau Pinang Amir Md Ghazali (Keadilan)
  42. Anifah Aman (PCS)
  43. Awang Sariyan (BEBAS)
  44. Low Kian Chuan (BEBAS)
  45. Mohd Hatta Ramli (AMANAH)
  46. Sivarraajh Chandran (MIC)
  47. Mohd Hasbie Muda (AMANAH)
  48. Manolan Mohamad (Keadilan)
  49. Abun Sui Anyit (Keadilan)
  50. Isaiah Jacob (Keadilan)
  51. Noorita Sual (DAP)
  52. Roderick Wong Siew Lead (DAP)
  53. Kedah Abd Nasir Idris (PAS)
  54. Kedah Musoddak Ahmad (PAS)
  55. Perak Mujahid Yusof (AMANAH)
  56. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
  57. Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  58. Melaka Mustafa Musa (UMNO)
  59. Susan Chemerai Anding (PBB)
  60. Kelantan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS)

★Mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri

Kerajaan: (40) Barisan Nasional (24) Gabungan Parti Sarawak (6) Pakatan Harapan (5) Gabungan Rakyat Sabah (2) BEBAS (3)
Pembangkang: (11) Perikatan Nasional (12)

Bekas Ahli Dewan Negara: 1 ke-2 ke-3 ke-4 ke-5 ke-6 ke-7 ke-8 ke-9 ke-10 ke-11 ke-12 ke-13 ke-14