Tunggu Dulu Cinta

  • Drama
  • Cinta
  • Dendam
  • Keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Tunggu Dulu Cinta karya Ayu Emelda
Dibintangi oleh
  • Hafreez Adam
  • Sarah Hildebrand
Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod26PenerbitanPenerbitJuita VidenTempoh siaran45 minitPenyiaranSaluran asalTV1 (Slot Widuri)Format gambar1080i (HDTV)Format audioDolby DigitalSiaran asal14 September 2022 – 27 Oktober 2022

Tunggu Dulu Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 di bintangi oleh Hafreez Adam, dan Sarah Hildebrand. [1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 bermula 14 September 2022 menggantikan Dia Bukan Bidadari.[2]

Sinopsis

Kamal dan Aivy dengan rela hati berkahwin walaupun tidak menjalin hubungan cinta. Mereka berjanji untuk bercinta selepas nikah. Namun, Kamal tidak menunaikan janji kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Aivy pula sudah jatuh cinta kepada Kamal dan tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya. Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy, Shark telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya.

Pelakon

  • Hafreez Adam sebagai Kamal Noah
  • Sarah Hildebrand sebagai Aivy Sofea
  • Amar Asyraf sebagai Shark
  • Hazman Al-Idrus sebagai Khairy
  • Nasz Sally sebagai Jinie
  • Azman Jantan sebagai Ayah Din
  • Kay Maria sebagai Puan Aini
  • Badrul Muhayat sebagai Ibrahim
  • Izz Zulkhazreef sebagai Hairie
  • Shasha Edora sebagai Fifa (Adik)
  • Aryan Naim sebagai Rayyan (Achik)
  • Syafiq Aiman sebagai Mika (Angah)
  • Hannah Halim sebagai Siti
  • Fifi Laura Olivia sebagai Yaya

Rujukan

  1. ^ Mohamamd Shahemy Azmi (13 September 2022). "Tunggu Dulu Cinta drama terakhir Sarah Hildebrand". Kosmo.com. Dicapai pada 14 September 2022.
  2. ^ Drama Tunggu Dulu Cinta mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.