Wad pengasingan

Wad pengasingan Hospital Perbandaran Gulu, Gulu, Uganda, semasa wabak demam berdarah Ebola pada Oktober 2000
Pusat sukan diambil untuk pengasingan dan penjagaan orang yang terjangkit dengan penyakit koronavirus 2019, di Wuhan (China).

Dalam hospital dan kemudahan perubatan lain, wad pengasingan ialah wad berasingan yang digunakan untuk mengasingkan pesakit yang menghidapi penyakit berjangkit. Beberapa wad untuk pesakit individu biasanya diletakkan bersama dalam satu unit pengasingan.

Reka bentuk

Dalam unit pengasingan, beberapa langkah mesti dilaksanakan untuk mengurangkan penyebaran jangkitan. Unit biasanya diletakkan jauh daripada hospital utama, dan kakitangan biasanya hanya bekerja di unit itu. Di beberapa hospital, unit tersebut ditempatkan di dalam bangunan yang berasingan. Pengudaraan penting untuk mengurangkan penularan spora bawaan udara, dan kebanyakan pesakit yang dijangkiti teruk ditempatkan di wad yang berasingan.[1][2] Walau bagaimanapun, dalam beberapa keadaan, terutamanya dalam kawasan mengalami wabak besar, wad pengasingan sementara boleh dibina.[3]

Kegunaan

Wad pengasingan digunakan untuk mengasingkan pesakit yang menimbulkan risiko menyebarkan jangkitan berbahaya kepada yang lain. Jangkitan sebegitu berbeza-beza teruknya dengan luas, daripada penyakit seperti influenza hingga ebola, walaupun lebih pengawasan biasanya diambil dengan penyakit berkadar kematian yang lebih tinggi. Di luar hospital utama, wad pengasingan dapat didirikan untuk mengawal jangkitan di tempat sesak, atau tempat yang kekurangan kemudahan perubatan cukup banyak.[3] Banyak kapal penumpang utama major mempunyai wad berasingan yang boleh ditukar untuk digunakan mengasingkan pesakit.[4][5]

Rujukan

  1. ^ Lt Col SKM Rao. 2004 Medical Journal Armed Forces India "Designing Hospital for better Infection Control:an Experience" Diarkibkan 2010-02-15 di Wayback Machine
  2. ^ K D Bagshawe; R Blowers; O M Lidwell (1978)"Isolating patients in hospital to control infection. Part III--Design and construction of isolation accommodation." British Medical Journal
  3. ^ a b Transactions of the Royal Society of Tropical Medicine and Hygiene 2009 Infection control during filoviral hemorrhagic fever outbreaks: preferences of community members and health workers in Masindi, Uganda[pautan mati kekal]
  4. ^ World Health Organization Recommended procedures for prevention and management of probable cases of SARS on International Cruise Vessels Diarkibkan 2020-07-14 di Wayback Machine 4 June 2003
  5. ^ Marjo Hallowell 2009 Cruise is over at first port as hundreds fall prey to illness

Lihat juga

  • Perawatan sekatan
  • Kawalan jangkitan