Wawa

Wawa
Gambran dari Curtis's Botanical Magazine
pada 1904
Status pemuliharaan

Terancam  (Akta EPBC)
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Orchidaceae
Subkeluarga: Epidendroideae
Genus: Dipodium
Spesies:
D. pictum
Nama binomial
Dipodium pictum
(Lindl.) Rchb.f.[1][2]

Wawa atau turut disebut anggerik kirana;[3][4] dengan nama saintifik Dipodium pictum, ialah spesies anggerik yang tempatan di Malesia (termasuk Indonesia dan New Guinea) dan Semenanjung Cape York di Australia.[5]

Penerangan

Dipodium pictum ini pepanjat langsing dengan daun yang terusun dalam satah tunggal. Ia ada dasar yang bertindih dan sekitar 30 ke 40 cm panjang dan 2 ke 3 cm lebar. Bunganya sekitar 5 cm garis pusat dan bertompok merah manggis.[5]

Taburan

Di Australia, ia dijumpai di tepi atau di dalam hutan hujan, selalunya berdekatan alur air, di ketinggian yang menjulat dari 200 ke 400 meter. Hanya empat spesimen dicatatkan di Australia; dari Taman Negara Kutini-Payamu dan simpanan balak Banjaran McIlwraith di Semenanjung Cape York.[6]

Pemuliharaan

Di Australia, spesies ini disenaraikan "terancam" di bawah Akta Pemuliharaan Biokepelbagaian dan Perlindungan Persekitaran Komanwel, begitu juga Akta Pemuliharaan Alam Queensland.[7]

Rujukan

  1. ^ "Dipodium pictum (Lindl.) Rchb.f." The Plant List version 1.1. Dicapai pada 29 Januari 2014.
  2. ^ "Dipodium pictum (Lindl.) Rchb.f., Xenia Orchid. 2: 15 (1862)". World Checklist of Selected Plant Families. Dicapai pada 29 January 2014.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "wawa". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 648 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ Wannura (16 Disember 2010). "Dipodium pictum (Anggerik Kirana) – Orkid spesis". Wannura Orkid.
  5. ^ a b F.A.Zich; B.P.M.Hyland; T.Whiffen; R.A.Kerrigan (2020). "Dipodium pictum". Australian Tropical Rainforest Plants Edition 8 (RFK8). Centre for Australian National Biodiversity Research (CANBR), Australian Government. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  6. ^ "Approved Conservation Advice for Dipodium pictum" (PDF). Threatened Species Scientific Committee. 2008. Dicapai pada 31 Januari 2014.
  7. ^ "Dipodium pictum". SPRAT Profile. Department of the Environment (Australia). Dicapai pada 31 Januari 2014.