Yahya Saree

Brigadier Jeneral

Yahya Saree
يحيى سريع
Pengarah Jabatan Bimbingan Moral Angkatan Tentera Yaman[1]
Penjawat kini
Memegang jawatan
2018–kini
Butiran peribadi
Lahir1970 (umur 53–54)[2]
Saada, Yaman
PekerjaanJurucakap Angkatan Tentera Yaman
Laman web rasmiMedia Angkatan Tentera Yaman (SPC)
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Angkatan Tentera Yaman (SPC)
  • Gerakan Houthi
Pangkat Brigadier jeneral
Pertempuran
  • Perang Saudara Yaman (2014-kini)
    • Campur tangan Arab Saudi di Yaman
  • Serangan pimpinan Hamas terhadap Israel 2023
    • Krisis Laut Merah
    • Serangan peluru berpandu oleh Yaman 2024
  • Serangan Iran terhadap Israel 2024 (Operation True Promise)

Yahya Qasim Sare'e (Arab: يحيى قاسم سريعcode: ar is deprecated ) ialah brigadier jeneral dan jurucakap sejak 2018 untuk Angkatan Tentera Yaman (SPC), sebuah cabang yang berkait rapat dengan Gerakan Houthi.[3] Yahya Sare'e sering muncul di kenyataan rasmi Angkatan Tentera Yaman terutamanya tentang serangan yang menyasarkan kapal berkaitan dengan Zionis yang melalui Laut Merah dan Selat Bab-el-Mandeb. Kenyataan beliau disiarkan terutamanya di Al-Masirah TV, saluran Telegramnya dan akaun Twitternya yang ditubuhkan pada 15 Januari, 2021.[4]

Kehidupan awal

Yahya Sare'e dilahirkan pada tahun 1970 di Saada, bersebelahan dengan sempadan Arab Saudi-Yaman.[2] Beliau memperolehi ijazah sarjana dan sarjana muda dalam sains politik dan telah mengikuti kursus pertempuran, keselamatan, pentadbiran dan kursus khusus dalam sains ketenteraan.[2]

Kerjaya

Dalam 2017, beliau dilantik sebagai ketua Bahagian Perang Psikologi dalam Bimbingan Moral Angkatan Tentera Yaman.[3] Dalam tahun yang sama juga, beliau dinaikkan pangkat menjadi kolonel.

Pada pertengahan 2018, beliau dilantik sebagai pengarah Jabatan Bimbingan Moral Angkatan Tentera Yaman dan kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi brigadier jeneral. Pada 17 Oktober 2018, beliau dilantik sebagai jurucakap rasmi Angkatan Tentera Yaman, menggantikan Brigadier Jeneral Sharaf Luqman.[5]

Pada 3 Mei 2024, Yahya Sare'e mengumumkan dalam ucapannya bahawa 'kita akan menyasarkan mana-mana kapal yang bertuju ke pelabuhan-pelabuhan Israel di Laut Mediterranean ataupun dimana-mana kawasan yang kita boleh mencapai.'[6]

Lihat juga

  • Gerakan Houthi
  • Yaman

Rujukan

  1. ^ https://twitter.com/army21ye
  2. ^ a b c "تعرف على حقيقة اغتيال العميد يحيى السريع.. معلومات وحقائق كاملة". Aram News (dalam bahasa Arab). 22 December 2023. Dicapai pada 9 January 2024.
  3. ^ a b "Houthi Leader Yahya Saree: Murder Bids, $5 Million Saudi Bounty, 'Psychological War' Expert | Israel", Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris), 20 December 2023, dicapai pada 9 January 2024
  4. ^ "Yahya Sarea". Counter Extremism Project.
  5. ^ "من هو العميد يحيى سريع؛ المتحدث باسم القوات المسلحة اليمنية" [Who is Brigadier Yahya Sarea; Spokesperson of Yemeni Armed Forces]. ينبع بوست (dalam bahasa Arab). 19 December 2023. Dicapai pada 10 January 2024.
  6. ^ "Houthis say they will target Israel-bound ships anywhere within their range". Al Jazeera. Dicapai pada 4 May 2024.