Yong Peng
Yong Peng (يوڠ ڤيڠ) | |
---|---|
Pemandangan jalan raya utama di Yong Peng dengan aneka kedai di tepi jalan. | |
Mohor | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Daerah | Batu Pahat |
Penubuhan | 1950 |
Majlis Daerah | 1979 |
Pentadbiran | |
• Yang Dipertua | Hj. Mohd Khir Johari Hj. Salleh |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 29,046 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
Poskod | 837xx |
Laman sesawang | http://www.mdyongpeng.gov.my |
Yong Peng ialah sebuah bandar di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.[1] Kawasan pekannya 1,911.6 hektar, dengan jumlah penduduk di sekitar 29,046 orang. [2] Sebahagian besar penduduk di pekan ini adalah orang Cina.
Semasa Darurat Tanah Melayu pada pertengahan dekad 1950-an, Yong Peng merupakan salah satu kampung baru Cina yang bertujuan untuk mengasingkan penduduknya daripada memberi bantuan kepada pihak komunis.
Yong Peng kini mempunyai dua jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan Kuala Lumpur di utara, dan Johor Bahru di selatan.
Pentadbiran
Yong Peng ditadbir oleh Majlis Daerah Yong Peng[3] (MDYP, dahulu dikenali sebagai '"Majlis Daerah Batu Pahat Timur". Majlis Daerah Yong Peng diasaskan pada 1 September 1979.
Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng merangkumi Pekan Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong, Sri Medan, Kangkar Bahru, Parit Yaani, dan Lam Lee. Luasnya daerah Yong Peng sebanyak 12,680 hektar, dengan jumlah penduduk sebanyak 61,014 orang.
Makanan
Yong Peng memiliki banyak restoran yang menghidangkan masakan Fuzhou (Hock Chew). Ia termasyhur untuk mi goreng Fuzhou, Ayam Wain Beras Merah, serta juga Kepala Ikan Belanga.
Rujukan
Pautan luar
- Laman sesawang rasmi Kerajaan Negeri Johor Diarkibkan 2008-07-16 di Wayback Machine
Rencana mengenai lokasi di Johor ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s