Zakaria Md Deros

Dato' Haji Zakaria @ Zainal bin Md Deros (28 September 1946 - 11 Mac 2008) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Pelabuhan Klang selama sepenggal (2004-2008) dan mantan ADUN Selat Klang selama sepenggal (1999-2004).


Dato' Haji

Zakaria Md Deros

DSSA (Selangor); KMN; JP; PJK
Dato' Zakaria
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Pelabuhan Klang
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Tai Chang Eng @ Teh Chang Ying
Digantikan oleh Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Selat Klang
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Onn Ismail
Digantikan oleh Norliza Ahmad
Butiran peribadi
Lahir28 September 1946
Kuala Sungai Baru, Melaka
Meninggal dunia11 Mac 2008
(61 tahun)[1]
Taman Idaman, Klang
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Kediaman Selangor Klang, Selangor

Kehidupan awal

Allahyarham dilahirkan pada 28 September 1946 di Kuala Sungai Baru[2], Melaka. Mula mendapat pendidikan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka.

Kemudiannya, meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baru, Masjid Tanah, Melaka sehingga ke tingkatan tiga sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Persendirian Institute Tong, Telok Gadong sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jawatan pertama yang disandang ialah pada tahun 1964 sebagai peon di Keretapi Tanah Melayu (KTM) semasa beliau berusia 18 tahun.

Namun, bakatnya dalam bidang perniagaan mulai terserlah apabila pada tahun 1969, mula menceburkan diri secara langsung dengan menubuhkan syarikat Muara View Seafood serta beberapa syarikat lain seperti Syarikat Awaza Sdn Bhd, Syarikat Macinta Sdn Bhd, Masmanis Sdn Bhd, Pertama Ehsan Sdn Bhd, dan Yuntad Sdn Bhd.

Allahyarham telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Zizah Ngah dan hasil perkongsian hidup dikurniakan 11 orang anak iaitu Zamani, Zaidi, Zanariah, Zainuri, Zuraidah, Zulhisham, Zarina, Zainulliza, Zaremah, Zulaikha Nurain dan Zaidil Fitri.

Kerjaya sebagai ahli politik

Allahyarham mula berkecimpung dalam politik UMNO sejak tahun 1967 dan pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Selat Klang[ ialah pada tahun 1999 menggantikan Datuk Seri Onn Ismail.

Allahyarham yang terkenal dengan suaranya yang lantang mula bergerak aktif sejak tahun 1974 dengan memegang jawatan sebagai naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pelabuhan Klang sehingga 1975.

Pada tahun 1976, Allahyarham menjadi Ketua Pemuda UMNO cawangan sehingga 1985. Di peringkat UMNO Bahagian Allahyarham merupakan naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pelabuhan Klang merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian dari tahun 1983 hingga 1985.

Selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya, Allahyarham bertanding kerusi Ketua UMNO Bahagian pada tahun 1985 dan jawatan yang dimenangi itu disandang sehingga tahun 1987.

Pada tahun 1987 juga Allahyarham berjaya mempertahankan jawatannya dengan mengalahkan dua pencabar dan jawatan berkenaan terus disandang sehinggalah UMNO diharamkan pada tahun 1988.

Pada tahun 1989, Allahyarham telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO bahagian Klang sehinggalah pada tahun 1998, beliau masih mempertahankan jawatan berkenaan dengan kelebihan 71 undi menewaskan Datuk Adnan Zakaria setelah pemilihan dibuat dua kali.

Jawatan lain yang turut disandang ialah Ahli Majlis MPK dari tahun 1982 hingga 2007, Pengerusi Seni Silat Lintau, Penasihat Persatuan Kompang Bahagian Klang, Ahli Jawatankuasa (AJK) Gerakan Belia 4B Daerah Klang dan AJK Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Selangor.

Jawatan lain

Antara jawatan-jawatan lain yang disandang:-

Alamat Perhubungan

Bangunan UMNO Bhg. Klang, Tingkat 1, Jalan Sentul KM 5, Persiaran Raja Muda Musa, 42000 Pelabuhan Klang. Tel : 03-31654121 Fax : 03-31654122

Isu

Dalam Oktober 2006, akhbar-akhbar tempatan melaporkan bahawa Ahli Majlis MPK, Dato' Zakaria Deros, anaknya Zainuri dan menantunya Roselinda Abdul Jamil telah dijangka untuk mengangkat sumpah sebagai ahli majlis.

Dilaporkan juga Zakaria dan Mazlynoor Abdul Latiff, ahli Majlis yang lain telah membina rumah tanpa persetujuan MPK menyalahi Akta Pelan Bandar dan Negara 1974.[3]

Bebas dari tuduhan

Pada 24 Ogos 2007, Mahkamah Majistret Klang telah menggugurkan semua 13 tuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 terhadap Datuk Zakaria Md Deros. Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah turut menggugurkan semua 39 tuduhan terhadap 7 pengarah dari syarikat yang sama.

Azmi Harun selaku pendakwa kanan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memohon tuduhan itu digugurkan.Sebarang sebab pengguguran belum dimaklumkan setakat ini.

Antara tuduhan yang digugurkan ialah :

  • Gagal membenatang akaun ( dibawah Seksyen 169)
  • Gagal memberitahu perubahan alamat ( Seksyen 120).
  • Gagal mengadakan mesyuarat tahunan 2002 - 2005) ( Seksyen 143)
  • . Gagal menyerah penyata untung rugi ( Seksyen 165).

Peguam bela Zakaria Md Deros ialah J. R. Samuel dan Mozmi Sham Ahmad.

Pada 20 Julai 2007, Zakaria gagal hadir di Mahkamah Sesyen Klang kerana berada di Indonesia.

Syarikat tersebut beralamat di Jalan Papan, Pandamaran Industrial Area, Pelabuhan Klang, Selangor.

Adik Ipar ditemui mati

Pada 16 Januari 2008, adik iparnya, Fathil Ahmad ditemui mati di dalam bilik rumahnya Kampung Idaman, Pendamaran, disedari oleh isterinya kira-kira pukul 7.30 pagi apabila mangsa tidak membuka pintu rumahnya setelah diketuk beberapa kali[4] . Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa, Fathil Ahmad, 45, dipercayai berseorangan di rumahnya manakala isterinya, Saodah Md. Deros keluar menghantar tiga daripada empat anaknya ke sekolah.

Digugurkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum 2008

Pada pilihan raya umum 2008, beliau digugurkan daripada menjadi calon dan tempatnya digantikan oleh menantunya, Roselinda Abdul Jamil di DUN Pelabuhan Kelang.[5]

Rujukan

  1. ^ "Zakaria Md. Deros meninggal dunia", Utusan Malaysia. 11 Mac 2008
  2. ^ "Belasungkawa 'Abang Zek": Meniti kuasa", KLPos,
  3. ^ Rajendra, Edward (October 22, 2006). "Second councillor builds mansion without approval" (dalam bahasa English). The Star. Dicapai pada October 25, 2006. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Adik ipar ADUN ditemui mati" , Utusan. 17 Januari 2008
  5. ^ "Menantu Datuk Zek bertanding DUN Pelabuhan Klang", Utusan. 21 Februari 2008